Movie | Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.

2:55:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Sinopsis :

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf - Serigala Jadian) bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan.

Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jenab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jenab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.
Pelakon dan watak.

1. Zizan Razak - Pilun
2. Saiful Apek - Mirdu
3. Usop Wilcha - Usop
4. Rab Khalid - Yeh Sekupang
5. Adi Shamsul - Adi
6. Ahmad Sharwani - Wani
7. Emma Maembong - Jenab

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali...cerita ni mmg tak masuk akal...dah nama pun cerita rekaan kan..jadinya jangan la korang nantikan benda fakta pulak...hehehe...Sally sebenarnya agak kurang faham dengan struktur filem dia...mungkin kerana banyak sangat bercakap dalam bahasa Bangladesh daripada bahasa melayu...tak sempat hadam la senang kata...


Jalan cerita mudah...mmg penuh dengan lawak komedi...Gandingan Zizan Razak, Emma Maembong, Usop Wilcha dan Saiful Apek sebagai teraju utama filem ni bagi Sally sebenarnya tak berapa kena...Sally rasa Saiful Apek mungkin boleh bawa watak Pilun (lakonan Zizan) dengan lebih baik atau beri watak tu kepada Sharul Shiro...tu pada pandangan Sally la...takde niat nak perkecilkan kebolehan Zizan...

Antara pengajaran nya, kita jangan pandang hina pada rakyat asing yang datang mencari rezeki kat sini...Jujur kata, pekerjaan Sally membolehkan Sally akses kepada gaji dan maklumat pekerja asing yang ada berdaftar bawah syarikat...Jadinya Sally tau jerih payah mereka nak dapatkan duit dan sebagainya...Apapun, mereka masih hamba Allah kan?



Filem ni kalau masa tengah boring atau sedih boleh la tengok...sebab kelakar dan tidak terlalu berat untuk kita hadam. Walaupun tidaklah lebih baik atau paling tidak setanding dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang, tapi filem ke-13 arahan Mamat Khalid ni masih lagi Sally rasa satu kejayaan buat dia..dan syabas buat abang Mamat Khalid!

Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 5hb Mac 2015...!

You Might Also Like

11 comments:

  1. ok stanby nak g tengok nanti hehehehehe tq sally nice review.. sape laginak sokong filem kite kalau bukan kite sendiri kann .. :)

    ReplyDelete
  2. Taknak tengok sebab tak suke Emma tu. Eh. Hahahaha. :P

    ReplyDelete
  3. nanti nak tengok filem ni..nice review sally.

    ReplyDelete
  4. hehehehe mcm besttt jerk...n mcm dh boleh agak dh jln citer dia mcm mn tp why not kan?

    ReplyDelete
  5. cerita mengarut..layan p la bg hlang stress..haha..thank review..for review ai bg 4 bntang..hikhik..

    ReplyDelete
  6. 3 bintang? jalan cerita menarik tu..

    ReplyDelete
  7. kena pergi tonton ni.. mesti havoc macam hantu kak limah jugak

    ReplyDelete
  8. tunggu masuk astro first lah.. hehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!