Kekurangan yang membawa bahagia.

12:35:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Dapat inspirasi nak tulis entri ni lepas baca entri Una, kenapa si gigi bersepah senyum begitu?

Pada awalnya malas nak tulis tapi saje jela tengahari ni...Sally bukan nak komen entri yang Una tulis...tapi lebih kepada nak share pengalaman Sally bawak "adik-adik yang diternak di perut..."

Jujur kata, siapa yang tak nak dilahirkan cantik..? Kalau ada yang gembira dilahirkan kurang cantik, kurang putih dan sebagainya...nescaya takkan ada pusat kecantikkan, pusat pelangsingan badan, salon kecantikkan, dan yang paling ekstrem, pembedahan plastik macam rakyat Korea...

Sally ni badan mula naik sejak umur 2 tahun dan sejak tu makin membesar dengan penuh kegembiraan..hahahaha...sumpah, Sally takde la pernah kurus dalam tempoh 24 tahun hidup ni...turun berat tu ada la..tapi takde la ekstrem daripada Sally terus jadi Yoona Girls Generation tu..hihihi...


LOL...tetiba masuk pasal Yoona kan..hahaha...Sally kan selalu teringin nak pakai baju cecantik, baju lelawa macam dalam iklan...lagi hampa bila tetiba dia tulis free size atau sampai size XL je..Sedih tau...mmg susah nak cari baju...bila nak g event mana-mana pun sampai nak menangis cari baju semua takde saiz...

Tapi...bagi Sally...we are who we are...kita semua cantik...dalam cara kita sendiri...mungkin kita tengok orang kurus, molek je muka...tapi mana kita tahu dalamannya sakit ape...Kita nampak orang ceria, tapi dalam hatinya mungkin menangis teriak seribu bahasa...

Rasanya antara kita ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kita kurniakan pada kita...manusia dengan mengeluh mmg tak dapat nak dipisahkan...tak lupa juga Sally ni...selalunya bermonolog kenapa dan kenapa...

Sally..?

Masih lagi dalam cubaan memperbaiki diri...mungkin bukan dengan cara fizikal, lebih kepada rohaniah...sebab masih terlalu lagha...Rasanya kena ikut cakap ibu bila dia nak carikan jodoh Pak Ustaz neh..kekekeke...eh, kalau jodoh..nak cakap apa..?

Takde laa...Sally cuma nak cakap...semua orang tu cantik...cantik dalam definasi dia sendiri...ada yang cantiknya terbit bila senyum...ada yang cantiknya terbit bila dia ketawa, ada yang cantiknya datang bila dia memasak, melukis, menyanyi, berlakon dan sebagainya...So, cantik tu terlalu luas maknanya...

Sally..?

Dia cantik bila dia gemuk..hihihi ^_^

You Might Also Like

15 comments:

  1. I love Sally ! Tak kesahla besar mane sekali pun , sedap apa peluk. Ehek. :D

    ReplyDelete
  2. Tolong tetiba masuk pasal Yoona tu. Hahaha. bersyukur dengan apa yang kita ada asalkan hidup ceria selalu. Hehehe :D

    ReplyDelete
  3. betul, cantik itu abstrak...

    ReplyDelete
  4. yang penting cantik dalaman.and sentiasa yakin dengan diri sendiri.secara tak langsung cantik luaran tu akan terserlah.ehehehe.

    ReplyDelete
  5. yay..akak suka entry ni! akak selalu perasan akak ni cantik walaupun gigi bersepah jugak..hehe.kita kena confident sally..dan akak rasa Sally cantik.in your own way...hehe

    ReplyDelete
  6. allaaaaa sally una bersyukur dengan ape yang Allah kurniakan.. and TQ sally,,
    You are beautiful no matter what they say
    Words can't bring you down....oh no
    You are beautiful in every single way
    Yes, words can't bring you down, oh, no ok nyanyi sikettt hehehehe lebiuuu sally!

    ReplyDelete
  7. Allah jadikan kite sebaik2 kejadian, sebab tu kita semua cantek <3
    jadi diri kita sebenar..kadang sy pon jeles tgk org kulit putih bersih takde jerawat tp tak bemakna dia takde kekurangan kan?? Kita tetap ada kelebihan kita heeee
    happy2 sokmo ye...yg penting kita semua sama di sisi Allah cuma yg beza amalan kita..
    chill ya!

    ReplyDelete
  8. Salam singgah jumaat dik sally....cantik adalah ciptaanNya...semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang di miliki....

    ReplyDelete
  9. amboi landing baik punya..
    betul tu Sally, kita cantik dlm definisi tersendiri..
    just be whatever we are..
    Asalkan kita sihat.. sihat itu nikmat.. :)..

    ReplyDelete
  10. Sally... suka sangat entry ni...kita kena konfiden.mcm lagu all about that bass.hihi

    ReplyDelete
  11. Setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangannya masing2. Apa2pun kena bersyukur sahaja. Hmm, macam yang orang selalu kata, kalau dalam cantik mesti luarnya nampak cantik. Seronok ja kita tengok dia. Kalau cantik pon tapi dalaman tak cantik kita tengok pon gatal mata. Hehehe..

    Amboi kak, boleh lah tu kalau kahwin dengan ustaz. Hohoho. Pi suruh mak carikan cepat2 eyh! Kikiki.. XD

    ReplyDelete
  12. We have to love ourselves if we want someone to love us :)

    ReplyDelete
  13. we are in the same boat.. dulu rasa down jugak sbb CT asalnya kurus but lepas sakit kena pam pam..
    sooner CT mula sedar.. laaahai peduli la orang nak cakap apa..

    yang penting kita sndiri tak pandang rendah ngan diri kita..
    kita kena sayang diri kita dulu..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!