A Night In Spain di Corona Del Mar!

3:36:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments

Sabtu lepas, Sally dapat jemputan ke restoran Corona Del Mar yang terletak di The Strand, Kota Damansara. Malam yang bertemakan "A Night In Spain", kami disajikan dengan makanan yang berkonsepkan masakan Sepanyol.


Corona Del Mar adalah sebuah perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud 'Mahkota Lautan'. Kedudukannya yang strategik di tengah Kota Damansara, Corona Del Mar menjanjikan menu Mediterranean yang sempurna dan tema "A Night In Spain" pada malam tersebut memang kena dengan hidangan yang diberikan.
 
Malam tu Sally bawa kawan baik Sally, Atid sebab abang dan ibu tak nak pergi pulak...Sampai sana jumpa dengan Mohd Zarin dengan isteri dia, jadi la satu meja kami malam tu..Untuk Tapas, yang bermaksud pembuka selera, kami disajikan dengan gabungan 5 jenis menu.


Dalam hidangan ini ada Olives Marinadas (Buah zaitun hijau dan hitam yang di perap dengan herba Mediterranean dan minyak zaitun), Champinones (Cendawan segar yang dimasak dengan bawang putih, herba dan krim), Brushetta (Roti Perancis dengan tomato dan basil), salad sayuran dan Bread Basket.

Untuk sup pula, kami dihidangkan dengan Seafood Bisque Soup, sup makanan laut dengan saffron, tomato, dan isi ikan..Hidangan ini dilengkapi dengan potongan roti Perancis yang segar.


Hidangan utama malam tu ada 4 pilihan, jadinya kami sepakat untuk ambil kesemua menu yang ada untuk dicuba. Mana la tau kalau tak dapat berkunjung lagi kesini kan...


Charred Grilled Moroccan Chicken *Chef's Recommendation*
Dada ayam telah diperap dengan rempah Moroccan, digril dan di hidangkan dengan sayuran yang digril serta kentang bakar.


Robo De Toro
Stew ekor lembu yang dimasak perlahan disertakan dengan kentang lenyek dan sayur-sayuran.


Paella De Marisco
Ini antara hidangan yang paling popular di Sepanyol. Hidangan nasi ini mengandungi gabungan sotong, udang, kupang, kepah dan sayuran segar. Sedap!


Spaghetti Valencia
Ini hidangan yang khas buat mereka yang vegetarian. Hidangan spaghetti yang dimasak dengan herba-herba segar, sos istimewa dan gabungan beberapa jenis sayuran!

Secara keseluruhan...makanan yang ditawarkan agak selari dengan harga yang ditawarkan. Kawasan premis yang cantik, kemas dan selesa. Makanan yang sedap dan segar memang membangkitkan selera untuk kita makan disana.

Disana, sempat juga Sally bertemu dengan kak Suria Amanda, setelah sekian lama tak berjumpa dia. Rambut cantik la kakak! :)


Dan akhir sekali, bergambar dengan kawan semeja!


Kalau korang  suka dengan masakan Mediterranean, Sally sarankan korang mencuba makanan di Corona Del Mar ni..tentu puas hati..!

Corona Del Mar
8, Jalan PJU 5/20,
The Strand, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-6151 0050
Facebook | Website

You Might Also Like

11 comments:

  1. Haaaaaa.. macam sedap.. tpi part daging n ayam je.. seafood kte alergik.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...alaaaa...sally pun sama...tapi mmg tak boleh kalau tak makan seafood :P

      Delete
  2. ai mi mor..ewah, terus keluar bahasa Spain.ada waiter muka cam Fernando Torres tak kat sini?haha..akak pun suka Spanish food walaupun sedar diri tak boleh makan seafood sanghat...hehe

    ReplyDelete
  3. pergh...mmg semua nampak sedap lagi2 yang stew ekor lembu gan ayam dada tu...hadoi...boleh meleleh air liuq...

    ReplyDelete
  4. oihhhh apesal dok tayang gambar makanan sedap sedap ni. nak menagis tengok. hahhahaha :P

    ReplyDelete
  5. Gulp !.. sedapnye grilled chicken tu

    ReplyDelete
  6. agak ada persamaan ke dengan hidangan Italy... di KK ni ada sebuah restoran yang makanan nya lebih kurang sama macam di atas dan harga nya agak mahal... mungkin sebab bertopikkan meditrenian sebab tu corak masakkan dia hampir sama... nice review

    ReplyDelete
  7. Ayam tu nampak sedap sangat! :D

    ReplyDelete
  8. Charred Grilled Moroccan Chicken macam sedap je..

    ReplyDelete
  9. wahhh.... bestnya dpt invitation mkn camni. lg best dpt mkn free..hehe.. cantiknya kak SA ^_^

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  10. semuanya nampak sedap..tapi seafood bisque soup tu memikat hati

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!