Pelayaran Islamik 3.0, Pelayaran Islamik pertama di Malaysia dan di dunia!


Selalunya kalau tengok pakej percutian, Sally mmg suka tengok pelayaran di atas kapal...Asyik naik kapal terbang je sekali sekala nak jugak tengok laut daripada atas kapal pelayaran pula...tapi kalau setakat belayar kosong je tak seronok jugak, kalau dapat belayar sambil belajar ilmu agama ada la jugak faedahnya...

Selalunya kalau kita dengar, kem ibadah, kem pemantapan aqidah kebanyakkannya dibuat di kawasan riadah seperti tapak perkhemahan, tepi sungai dan sebagainya kan...itu pun selalunya untuk kanak-kanak, remaja...jarang ada yang untuk orang dewasa...


Tapi ni ada berita baik, satu-satunya yang ada kat Malaysia ni...kita belayar sambil mempelajari ilmu agama dengan Pelayaran Islamik 3.0 yang akan membawa kita menaiki kapal pelayaran mewah dengan pengisian beberapa program dakwah sepanjang 4 hari tempoh pelayaran tu...Selari dengan tema penganjuran mereka, "Syukur . Tenang . Damai" mmg sangat bertepatan sebab sambil melihat keindahan laut, kita dapat mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan, mencari ketenangan dan kedamaian dalam hati serta dapat lari daripada hiruk pikuk bandar.

Pelayaran daripada Penang ke Phuket dan seterusnya ke Krabi tu akan turut memuatkan pengisian program agama seperti mengetahui kedudukan kiblat, belajar solat Jama' dan Qasar, sesi ceramah serta kuliah yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa melayu, qiyamulail, sesi soal jawab tentang segala kemusyikan tentang agama, program ziarah dan juga majlis makan malam kesyukuran. Sambil kita bercuti, kita juga dapat isi masa kita dengan pelbagai ilmu agama yang mungkin pada kita nampak remeh tapi masih lagi ramai yang tak tahu pasal ni.

Bagi Sally, program yang berbentuk percutian sambil mempelajari ilmu agama ni mmg agak terhad di Malaysia, tapi dengan adanya program Pelayaran Islamik 3.0, kita dapat bercuti dan dalam masa yang sama kita akan dapat pengisian ilmu agama, baru la berbaloi...!


 Jangan takut sebab ustaz-ustaz yang bakal ada bersama kita dalam pelayaran ni semuanya ustaz yang sangat dikenali dan mmg terkenal dalam bidang mereka...Antara ustaz yang bakal ada untuk program Pelayaran Islamik 3.0 ialah Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato' Hassan Mahmud. Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan Imam Muda Miril.

Pelayaran Islamik 3.0 ini dianjurkan oleh Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd yang ternyata mmg diyakini dan mereka merupakan agensi pelancongan pertama yang menganjurkan pelayaran islamik di Malaysia. Mereka sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih daripada 10 tahun dan telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan mereka yang rata-rata merupakan pelanggan tetap yang sudah berulang kali mendapatkan khidmat mereka.

Kapal pelayaran yang akan digunakan untuk program Pelayaran Islamik 3.0 ini ialah Kapal Star Cruise Libra (SuperStar Libra). SuperStar Libra direka untuk memenuhi perubahan keperluan penumpang hari ini, mencabar model konvensional dengan menyediakan pelayaran, pelayaran gaya - resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan berkualiti tinggi.



Pelayaran ni mmg sesuai untuk mereka yang ingin berhijrah atau yang ingin mendalami dengan lebih lagi perihal ilmu agama Islam, juga sesuai sebagai hadiah kepada kedua ibubapa selain daripada mengerjakan haji dan umrah, sebagai hadiah cabutan bertuah untuk majlis makan malam atau ulangtahun syarikat, hadiah korporat serta mmg sangat sesuai sebagai hadiah ulangtahun kelahiran atau perkahwinan..

Pelayaran Islamik 3.0 akan dijalankan pada 1-4 Februari 2015

Klik untuk lebih jelas.
Jadi macam mana..?

Ada rasa nak ikut turut serta dalam pelayaran ni...?

Kalau anda rasa nak ikut turut serta dalam pelayaran ni...jangan berlengah lagi...boleh segera ke laman web rasmi mereka dan pilih pakej yang sesuai atau hanya perlu klik Daftar Pelayaran Islamik 3.0 untuk menempah!

Hanya serendah RM 1,677 seorang dan anda dapat belayar, singgah ke Phuket dan Krabi serta mendapat pelbagai intipati tentang ilmu agama islam sepanjang pelayaran anda! 

Dan....dengan hanya tambahan sebanyak RM499 seorang, anda juga dapat:
  • Sarapan pagi setiap hari di Lounge Eksekutif (peluang bertemu ustaz)
  • 1x Makan tengahari di Lounge Eksekutif (peluang bertemu ustaz)
  • Free flow minuman halal sepanjang pelayaran
  • Reserve tempat duduk di hadapan semasa kuliah Dhuha
  • Menaiki bas yang paling hadapan sepanjang 2 lawatan luar.
**Sally nak ingatkan ye...tambahan RM499 ni untuk 5 item yang berada diatas sahaja, tiada istilah kalau nak solat belakang ustaz kena bayar mahal...kita kira siapa cepat dia yang dapat berada di saf depan...kan bagus kalau duduk di saf depan...tapi ianya tidak perlu dibayar!

Ada 9 pakej mampu milik dan 3 pakej sudah habis terjual! Jangan berlengah lagi dan tempah la sekarang sebelum kehabisan!

Hah! Lagi satu!

Suka Sally nak bagi tahu anda, sebahagian daripada duit pakej yang terjual ni, pihak penganjur akan menyumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz serta fakir miskin. Jadinya, sambil korang bercuti...korang sebenarnya turut sama menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik, dah dapat bersedekah. Senang je kan?

Selamat belayar dan selamat mendalami ilmu agama!

Post a Comment

13 Comments

  1. teringin sangat nak join tapi tapi harga dia boleh tahan :D

    ReplyDelete
  2. wow..nice...make things happens....

    sally....anda di tag..sila tgok entry terbaru akak

    ReplyDelete
  3. ya allah bestnye, first time dengar ni. bagusnya buat mcm ni. tak ada lah lagha sangat atas kapal. hihi

    ReplyDelete
  4. Pelayaran paling bermakna dan penuh pengisian ilmu nice bagus lah..

    ReplyDelete
  5. tarikh lak tak sesuai lah sally ...

    ReplyDelete
  6. seronoknya berlayar sambil dengar cerama dari ustaz

    ReplyDelete
  7. agak kontrobesi sikit pasal pelayaran ni sbb ada yg kurg bersetuju dengan pendekatan ni.. apa2 pun, kalau yg anjurkan dan yg join tu berniat baik, rasanya tak ada masalah sangat.. bukan bnda x baik.. :)

    ReplyDelete
  8. wow hebat
    pelayaran islamik..gud2
    x sangka starcruiselibra wat mcm tu..terkesima
    tahniah starcruise

    ReplyDelete
  9. Ehem mcm best sangat ni ish nak gi ish need more moneyyy $$$$

    ReplyDelete
  10. hehehe yang duduk penang ni tak pernah naik cruise ni lagizz

    ReplyDelete
  11. eh.. hari tu dh tgk ttg ni.. tp sb buka dr hp so susah nk belek2 web ni. pastu terus tlupa.. alhamdulillah sally pos ttg benda ni.. than u so much :-)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!