Mitsubishi Electric : Delegasi Terbaru Barangan Elektrik

Kalau sebelum ni kita sentiasa mencari barangan elektrik daripada pelopor barangan elektrik yang terkenal, tetapi sekarang ada delegasi terbaru dalam dunia barangan elektrik di Malaysia ni. Sebenarnya Mitsubishi Electric bukanlah nama yang baru kita dengar tetapi kini Mitsubishi Electric sudah dapat menarik perhatian dan melopori dunia barangan elektrik.


Pada 3th Januari yang lepas, pihak Mitsubishi Electric telah menjemput beberapa orang blogger untuk sesi pengenalan kepada beberapa produk terbaru. Diadakan di Pejabat Mitsubishi Electric di Petaling Jaya, para blogger dikenalkan dengan 4 variasi produk terbaru mereka yang menjadikan mereka lebih unik daripada pesaing pasaran mereka antaranya kipas, penghawa dingin, peti sejuk dan "Jet Towel" (alat pengering tangan). 

Pihak Mitsubishi Electric juga mengumumkan tentang pelancaran aplikasi mudah alih mereka yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Januari untuk pengguna Android dan dipenghujung bulan bagi pengguna IOS.


Barangan pertama yang diperkenalkan oleh pihak Mitsubishi Electric ialah...
Penghawa dingin.


Penghawa dingin mereka dilengkapi dengan label kecekapan tenaga, label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan. Lebih bintang pada label, tenaga kurang digunakan.



Penghawa dingin mereka juga dilengkapi dengan penapis nano platinum, yang menyedut debu lebih baik daripada penapis konvensional. Penghawa dingin mereka juga dibina dengan sistem "vane control & swing" yang membolehkan anda mengawal arah aliran udara untuk memastikan bahawa aliran udara mencapai setiap sudut bilik

Penghawa dingin keluaran Mitsubishi Electric ini mudah dibersihkan. Dan dengan hanya 3 langkah mudah anda boleh membersihkannya sendiri tanpa mengupah syarikat penyelenggaraan penghawa dingin. Kekerapan membersihkan penghawa dingin anda akan membawa kepada kos yang lebih rendah dalam bil elektrik

"Jet Towel" (alat pengering tangan)

Jet Towel atau alat pengering tangan ni lebih bersih dan mudah digunakan serta tindakan pengeringan yang lebih selesa. Ianya hanya mengambil masa 10 saat untuk mengeringkan tangan anda, kerana keluasan zon pengeringan tangannya dan yang penting dapat mengurangkan penggunaan kertas tisu.

  Jet Towel menggunakan operasi pengeringan tangan secara penuh sehingga sejauh pergelangan tangan tanpa menyentuh unit. Rata-rata tandas awam di pusat beli belah juga sudah mula menggunakan Jet Towel sebagai pengganti kepada kertas tisu.


Kipas

Dengan waranti motor sehingga 3 tahun, kipas keluaran Mitsubishi Electric ini merangkumi standard keselamatan premium. Kipas ini juga dibina dengan peningkatan keselamatan produk melalui penggunaan bahan-bahan tidak mudah terbakar & motor yang tersembunyi, yang menghalang bahan yang tidak diingini daripada memasuki motor & meminimumkan kemungkinan kadar kemalangan.

Kipas keluaran Mitsubishi Electric ini juga dilengkapi dengan perlindungan dua fius. Fius akan menghentikan kipas daripada beroperasi apabila arus telah melebihi, manakala fius termal akan memotong pengaliran arus elektrik jika motor terlampau panas.

Peti Sejuk


Sama juga seperti penghawa dingin, peti sejuk keluaran mereka juga dilengkapi dengan label kecekapan tenaga, label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran.
Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1-5 ditunjukkan dalam label bermakna (1) adalah yang paling kurang cekap dan (5) adalah yang paling cekap.

Eco Mode, membantu secara automatik merendahkan tahap penggunaan tenaga pada waktu bukan puncak. Dengan kapasiti besar (lebar 950mm), peti sejuk ini susuai untuk kegunaan dirumah. Dilengkapi dengan kawalan kelembapan, peti sejuk ini juga sesuai untuk sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kekal segar lebih lama.
 
  Lampu LED berwarna yang bertindak sebagai 'matahari kecil'
membantu supaya dapat kita dapat merasai kesegaran yang tahan lebih lama, mengekalkan nutrien dan meningkatkan vitamin dalam sayur-sayuran.

Hakikatnya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang agak mahal sebenarnya kalau kita nak beli tapi dia sebenarnya sangat menjimatkan dan mungkin jugak meningkatkan tempoh penggunaannya atau jangka hayat dia. Dalam kata mudahnya, benda yang elok ada harganya.Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak berfikir dan pandai membuat pilihan tentang alatan yang kita ingin beli.
Mitsubishi Electric, terbaik! 

Post a Comment

16 Comments

  1. Ehhh , sama timing je update. Lol ! :P

    ReplyDelete
  2. suka la tengok peti sejuk dia tu...nak grab satu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan kak...sally pun rasa mcm nak beli tp umah punya baru lg...huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Kata nak bodek incik suami...? Hahahaha (≧∇≦)/

      Delete
  4. harga peti ais tu mahal....tp sempoi....

    ReplyDelete
  5. berkenan dekat jet towel tu. hahaah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut hati nak rembat yang kat shopping mall..hahahaha

      Delete
  6. peti sejuk 4 pintu mmg idaman sis ...

    ReplyDelete
  7. uish.. daku tergoda tgk fridge dia. kaler merah ada x..hehehe.... tp kalau ada pn bkn nk beli lg seb blm ada rumah sendri...

    ReplyDelete
  8. Macam best jer peti sejuk nye tu....mantap

    ReplyDelete
  9. Mcm brkenan je kat pghawa dingin tu kihkih

    ReplyDelete
  10. tengah bercita2 nak ada peti ais besar. hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!