Travelogue Korea : Silla Guest House in Gyeongju

10:39:00 AM Sally Samsaiman 17 Comments

Okay, seperti yang Sally janjikan...Sally akan sambung menulis travelogue Sally...kali ni tempat penginapan pertama kami sejurus tiba di Busan, Korea...tempat persinggahan pertama ialah Gyeongju...dan tempat penginapan kami diberi nama Silla Guest House...

Sally mmg puas hati dengan guesthouse ni...walaupun staff dia seriously tak boleh bercakap English langsung...tapi dia tetap cuba nak bantu...masa awal-awal masuk nak check in...muka masing-masing macam tengok orang daripada planet lain selain bumi...hahahahaha...mungkin ni kali pertama dorang dapat customers Muslim yang berhijab kot?



Silla Guest House ni merupakan anak syarikat kepada official Gyeongju City Tour and Cheon Ma chartered Bus Company yang mana dah beroperasi sekitar 40 tahun..Dekorasi dalaman guesthouse ni menyatakan dan memperkenalkan kepada pelancong tentang Traditional Korean Hanok yang mana bagi Sally sangat cantik dan selesa...Serius rasa macam duduk kat rumah zaman dulu laa...hehehe...

Disebabkan kami berlapan masa kunjungan ke Korea, jadinya kami ambil dorm yang ada 8 katil...mmg cukup selesa, cukup bersih...


Dekorasi dia mmg macam ada kat rumah lama kan...serius best...katil lebar kot...mmg agak kecik sikit kalau duduk berlapan...tapi kalau backpackers rasanya takde masalah...Toilet dan bilik mandi dia berasingan...so, kiranya boleh take turn la kalau nak masuk...Suka Sally nak ingatkan...Korea bukan macam KL yang ada paip kat tandas ye...so, hadapkan jela..kekeke...



Kebiasaannya kalau kita menginap kat mana-mana, selalunya kita akan dibekalkan dengan sarapan pagi percuma...tapi kat sini lain sikit...kita boleh makan sarapan pagi dengan bayaran KRW 2,000 (RM6.40)...Kiranya tak free la...dah paling penting lepas bayar kena masak sendiri..hahaha...untuk seorang dia bagi telur 2 biji, roti 4 keping, butter + jam dan orange juice...




Dia ada small bar lounge dekat sini...kat bawah tu ada macam-macam jenis permainan...Mini football game, pocket ball, board game, nak main piano, tengok TV dan macam-macam lagi la...kalau boring ke tak tau nak buat ape...boleh la turun dan main kat situ...ada vending machine yang jual makanan dan minuman segera...atau kalau nak sight seeing dekat-dekat, boleh sewa basikal dengan harga KRW 5,000 (RM16.00...) pendek kata semua ada la...

 So, kalau korag rasa nak berkunjung ke Gyeongju...boleh la menginap di Silla Guest House...

Silla Guest House
Address : Noseodong 152-3, Gyeongju, Kyung-Buk.
Tel : 054-745-3500
Fax : 054-745-3509


17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!