Tazkirah oleh incik bos dalam kereta.

2:46:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Masa g lunch dekat Wangsa Grill, Sally sebenarnya g dengan bos naik dua kereta...so, Sally, Filzah, Puan Samira dengan Asilah...yang lain naik dengan bos lagi sorang...Sally suka naik dengan bos Sally yang sorang ni...sebab semangat dia hampir sama macam Sally...Bos Sally ni orangnya bermula daripada bawah...jadinya sekarang dia dah owned company sendiri...dan bos Sally ni kaki travel, so mmg geng sangat la dgn Sally...hahaha...

Okay, back to topic...masa on the way balik ke office lepas pergi makan tu...bos Sally ada cerita satu kisah yang bagi Sally...sebuah kisah yang sangat bermanfaat untuk kita...tapi itu pada Sally la...korang Sally tak pasti pulak...

Kisah dia bermula masa bos Sally nak ambil duit dekat mesin ATM, dia berdiri dekat belakang seorang lelaki dalam linkungan 30-an, sama juga nak ambil duit...masa sampai turn dia, dia bukak wallet dia...bos Sally dalam hati..ohh..orang senang rupanya...

Kad pertama dia cuba, ada baki RM70, kad kedua ada RM50 dan dia cuba semua kad kredit yang lain...semuanya dah tak boleh bawa keluar duit sebab dah limit....Dia kira-kira apa nak buat dan akhirnya memilih untuk keluarkan RM50 daripada kad yang pertama yang ada RM70 tu...

Dia berlalu dengan muka yang agak kusut, berjalan dengan memandang kebawah sampai la kat kereta dia...Toyota Camry....

Pada awalnya Sally fikir...orang kaya pun takde duit...ini kan pulak kita...yang kadang-kadang pun sama...Sally selalu jadi macam dia...lagi-lagi kalau dah sememangnya gaji dah keluar tapi belum...Sally bukan orang yang senang...jauh sekali nak mengaku diri ni anak orang kaya...

Bos Sally kata,

"Tak semua orang yang kita nampak senang tu senang...Bila kita nampak orang dalam keadaan tu...kenang diri kita...kita pun ada masanya susah, ada masanya kita senang...dan yang penting sentiasa la pandang kebawah...sebab ada lagi orang yang kurang berkemampuan daripada kita...dan sesekali pandang keatas, untuk berusaha supaya dapat ubah cara hidup kita...Saya pun kalau tak usaha sejak dari muda, takkan saya boleh ada pada takuk sekarang..."

Bagi Sally...mmg ada betulnya...sebab kita selalu nak jadi macam orang tu, nak jadi macam orang ni..tapi kita takde usaha nak kearah tu...Bila Sally tgk diri Sally...Sally sentiasa berangan nak jadi macam bos Sally...ada RM100,00.00 dalam akaun bank masa umur mencapai 30 tahun...tapi apa yang Sally lakukan supaya dapat capai cita-cita Sally...? None! takde pape langsung! Berangan takkan bawak kita kemana-mana...usaha dan tawakal kepada ketentuan Allah...itu punca rezeki kita...banyakkan bersedekah, jangan kedekut ilmu...itu semua ganjaran kekayaan kita jugak nanti di akhirat...


Bak kata bos lagi,
"Sekian sahaja tazkirah daripada saya...dah gi naik atas buat kerja..hahahaha.."

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!