Friday, October 31, 2014

Tazkirah oleh incik bos dalam kereta.

2:46:00 PM 16 Comments
Masa g lunch dekat Wangsa Grill, Sally sebenarnya g dengan bos naik dua kereta...so, Sally, Filzah, Puan Samira dengan Asilah...yang lain naik dengan bos lagi sorang...Sally suka naik dengan bos Sally yang sorang ni...sebab semangat dia hampir sama macam Sally...Bos Sally ni orangnya bermula daripada bawah...jadinya sekarang dia dah owned company sendiri...dan bos Sally ni kaki travel, so mmg geng sangat la dgn Sally...hahaha...

Okay, back to topic...masa on the way balik ke office lepas pergi makan tu...bos Sally ada cerita satu kisah yang bagi Sally...sebuah kisah yang sangat bermanfaat untuk kita...tapi itu pada Sally la...korang Sally tak pasti pulak...

Kisah dia bermula masa bos Sally nak ambil duit dekat mesin ATM, dia berdiri dekat belakang seorang lelaki dalam linkungan 30-an, sama juga nak ambil duit...masa sampai turn dia, dia bukak wallet dia...bos Sally dalam hati..ohh..orang senang rupanya...

Kad pertama dia cuba, ada baki RM70, kad kedua ada RM50 dan dia cuba semua kad kredit yang lain...semuanya dah tak boleh bawa keluar duit sebab dah limit....Dia kira-kira apa nak buat dan akhirnya memilih untuk keluarkan RM50 daripada kad yang pertama yang ada RM70 tu...

Dia berlalu dengan muka yang agak kusut, berjalan dengan memandang kebawah sampai la kat kereta dia...Toyota Camry....

Pada awalnya Sally fikir...orang kaya pun takde duit...ini kan pulak kita...yang kadang-kadang pun sama...Sally selalu jadi macam dia...lagi-lagi kalau dah sememangnya gaji dah keluar tapi belum...Sally bukan orang yang senang...jauh sekali nak mengaku diri ni anak orang kaya...

Bos Sally kata,

"Tak semua orang yang kita nampak senang tu senang...Bila kita nampak orang dalam keadaan tu...kenang diri kita...kita pun ada masanya susah, ada masanya kita senang...dan yang penting sentiasa la pandang kebawah...sebab ada lagi orang yang kurang berkemampuan daripada kita...dan sesekali pandang keatas, untuk berusaha supaya dapat ubah cara hidup kita...Saya pun kalau tak usaha sejak dari muda, takkan saya boleh ada pada takuk sekarang..."

Bagi Sally...mmg ada betulnya...sebab kita selalu nak jadi macam orang tu, nak jadi macam orang ni..tapi kita takde usaha nak kearah tu...Bila Sally tgk diri Sally...Sally sentiasa berangan nak jadi macam bos Sally...ada RM100,00.00 dalam akaun bank masa umur mencapai 30 tahun...tapi apa yang Sally lakukan supaya dapat capai cita-cita Sally...? None! takde pape langsung! Berangan takkan bawak kita kemana-mana...usaha dan tawakal kepada ketentuan Allah...itu punca rezeki kita...banyakkan bersedekah, jangan kedekut ilmu...itu semua ganjaran kekayaan kita jugak nanti di akhirat...


Bak kata bos lagi,
"Sekian sahaja tazkirah daripada saya...dah gi naik atas buat kerja..hahahaha.."

Thursday, October 30, 2014

Lunch at Wangsa Grill by Chef Zubir.

5:10:00 PM 26 Comments
What a super duper busy day harini...Baru sempat nak cerita....

Semalam, sesi menghabiskan duit bos kali ni, macam entry teaser yang sally tulis semalam...Kali ni pilih restoran Wangsa Grill by Chef Zubir yang terletak di Wangsa Melawati...Makan-makan kali ni sempena majlis perpisahan akauntan Sally...dia kira senior la sebab dia mula kerja since company ni bukak lagi...so, bos bagi appreciation lebih sikit laa...hehehe..kitorang tumpang sekaki jeeeerrrr...


Bos dua orang dengan staff dia dia yang kelaparan seramai 7 orang terus serbu masa lunch...tak ramai sangat pun masa tu tapi almost 20 minit jugak la tunggu makanan...sebab semua mintak yang lain-lain kan...so, agak complicated mungkin...Lagipun fine-dining...mana boleh nak bising...kena tunggu course by course :)


Nasib baik Nachos ni sampai dulu...eh, dah nama pun starter kan..hahahaha...ini Sally yang gatal gi order...kesian bos duit dia banyak sangat sampai tak habis guna kan...so, Sally pun order la macam-macam...hahahaha...yang penting Sally sorang je perangai gitu walaupun end up semua orang sapu Nachos Sally...huhuhu..malu konon nak habiskan duit bos..huh!

Filzah punya.

Encik Bos punya...makan spaghetti je dia...

My super marvelous Lamb Rack! Sedap gilaa oiii...

New Zealand sirloin, dua orang makan ni..sedap!

Chicken Burrito

Baby chicken.
Ada beberapa menu lagi tak sempat ambik..Encik Bos lagi sorang makan Lamb Shank and akuantan Sally makan medium cooked beef steak...jauh sangat nak ambik gambar...hehehehe...ke pemalas eh sebenarnya??





Kasi up Chef Zubir satu kali...hahahaha...overall makanan kat sini quite okay la...ada yang kena dengan tekak, ada yang tak kena...awak pulak tekak kampung kan...sekali sekala je makan western pun....so-so la kan...kalau rasa nak cuba makanan kat sini...boleh la ke alamat Wangsa Grill, No.8-10 Jalan Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Senang je nak cari dia...

ohh...total up makanan untuk 9 orang : RM 590++, So, decide la okay ke tak okay..heheh...

p/s : Macihhh encik bos! :P

Free sample LipIce Sheer Colour by Mentholatum!

12:05:00 PM 22 Comments
Ye...Sally mmg suka benda free...free sample ni Sally dapat masa isi dalam laman Facebook Lip Ice ni rasanya...err...rasanya la...Sally pun tak tau la korang Sally dapat daripada mana..hahahaha...short term memory lost :P


Haritu dapat lip balm daripada Maybeline, lepas tu dapat make up remover daripada Pixy...kali ni dapat lip balm daripada Lip Ice pulak...hehehe...eh, asyik make up je...nak suruh makin cantik ke camne ni..? Hehehehe....


Err...gini la jadinya lepas pakai...xyah la tengok kalau Sally yang pakai..LOL..sesegan ubi :)


Different pink on different lips

LipIce Sheer Colour is a unique color changeable lipbalm. It goes on clear and gradually changes color to a sheer pink which further enhances the natural beauty of your lips.
  • Gentle Beeswax formulation for long lasting hydration. Suitable even for sensitive lips.
  • Enriched with natural ingredients of Shea Butter, Macadamia Nut Oil, Jojoba Oil, Ternifolia Nut Oil, and Aloe Vera Oil Extract to keep lips moisturized, smooth & healthy.
  • Contains effective anti-oxidants of Vitamin E to soothe and protect lips from the harmful environment.
 

Thank you Mentholatum & Lip Ice!

Tuesday, October 28, 2014

Mini gathering at Sally's house!

2:12:00 PM 26 Comments
Bersambung daripada entry gathering blogger di rumah Sally, hari sabtu lepas masa Maal Hijrah...Rumah Sally kena serbu dengan segerombolan blogger yang sangat suka membebel..hehehe...Aisya & Encik Barney, Qila antara orang yang terawal sampai...mmg betul punya punctual pukul 12pm kan...hahaha...yang lain tu janji kelaut..kekeke...tapi takpe..janji sampai dengan selamat masing-masing...



Hari tu Sally masak Nasi Kerabu je sebab Niesa yang request..yela..orang jauh pulak yang mintak..kita masakkan la jugak..hehehe...yang lain yang mana tak makan Nasi Kerabu tu Sally gorengkan macaroni je..makan la mereka dengan gembira..hahaha...


Sally yang busy tu pun sempat jugak la curi-curi ambil gambar..



Hehehe...Sally pun tak tau nak cerita apa...biasa la kalau jumpa dorang...mmg dah macam konsert dah rumah Sally tu...belum masuk suara si Nurie dengan Hana..pecah gegendang telinga...nasib baik la Qila tu diam sikit...err..Nad tu mmg mintak pandangan je kerjanya...Bella dengan Niesa..makan dan makan dengan gembiranya..kekeke...eh! Lupa kak +Lieya Von Jay pun datang jugak...hehehe...Sally malas nak cerita banyak...korang baca la entry bebudak ni nanti..hehehe





Time ni masing-masing dah nak balik..sedih tu tidak la..tapi rasa macam tak puas jumpa dengan dorang...nak borak pun tak sempat...just borak-borak sikit-sikit je...Rasanya lepas ni baiknya buat percutian 3 hari 2 malam dengan dorang ni baru la cukup masa nak berbual...

Till then kesayangan! :)

Monday, October 27, 2014

Sally dan Bun!

3:28:00 PM 25 Comments
Semalam...seharian menunggu doh bun naik dan menggebukan diri..hehehe...Biasa la weekend, takde kelas pulak semalam...kakak Sally mmg akan buat banyak benda kat rumah...hari sabtu dia dah buat RVC & Chocolate cuppies, sampai hari Ahad dia sibuk nak buat bun dan roti pulak..hehehe...




Sausage bun, Mexican bun & Kaya bun...yang Kaya bun tu...filling dia homemade..hehehe...sendiri kacau ooo...no preservative added okay...mmg kaw kaw punya... Resepi tu semua ambil kat internet...nanti kalau Sally rajin, Sally up la resepi...itu pun kalau rajin laaa....

Banpo Bridge, Seoul, South Korea.

10:47:00 AM 15 Comments
Banpo Bridge merupakan salah satu tarikan yang ada di Seoul...Terletak di Seobinggo-dong, Yongsan-gu, Seoul, Banpo Bridge sangat terkenal kerana terletak betul-betul di Han River yang mana jambatan ini menghubungkan dua buah daerah iaitu Seocho and Yongsan.

Banpo Bridge Rainbow Fountain is the world’s longest bridge fountain. The fountain is programmed to play different shows during the day and night. During the day, the fountain shows a hundred different configurations meant to evoke waving willow branches and willow leaves. When the sun goes down, 200 lights illuminate the fountain as it sends up dancing, rainbow-colored jets of water in the air in synchronization with music.
Yang lebih menarik ialah pada waktu malam...apa yang best...? Semestinya lampu neon yang berwarna-warni pada jambatan ini yang menghasilkan efek yang menarik...Kalau kat KL ni kita ada I-City di Shah Alam, kat Seoul kita ada rainbow fountain bridge..teruja kot!
  
 

Sunday, October 26, 2014

Aku.

11:40:00 PM 13 Comments
Aku.
Kadang-kadang leka.
Selalunya alpa.
Terkadang terlupa.

Aku.
Bicara cinta.
Cerita tentang cinta.
Mencari cinta.

Aku.
Mohon aku dicintai.
Minta aku dikasihi.
Mimpi aku dapat apa yang dihajati.

Aku.
Tulis tentang cinta.
Bicara tentang cinta tuhan.
Berkajang mungkin takkan cukup.

Aku.
Andai aku dicintai.
Aku harap DIA.

Aku.
Andai aku mencintai.
Aku tetap berharap DIA.

Kerana DIA.
Tersangat, terlalu, teramat indah.
Kerana DIA, tuhanku.


Saturday, October 25, 2014

Sally.

9:00:00 AM 10 Comments



All I ever wanted...and continue to want out of life, is to give 100% to whatever I'm doing and to be committed to whatever I'm doing and then let the results speak for themselves. I have been very blessed in my life and rewarded with good friends (for meantime) and good health...and also to I will never take myself or people for granted and always be thankful and grateful to the people who helped me.
 
Salam Maal Hijrah 1436!

Friday, October 24, 2014

Hafiz Hamidun - Kasih Padamu

4:08:00 PM 9 Comments
Hari ni Sally nak kongsi lagi satu lagu...lagu ni terbit dalam tahun 2013 kalau tak silap...lagu ni jatuh dalam kategori lagu nasyid la rasanya...daripada mula Hafiz Hamidun bergiat dalam kumpulan nasyid dulu, Sally dah minat dia...sampai la sekarang walaupun dia bergiat sebagai artis solo...Sekarang ni dia agak terkenal sebagai artis yang mendendangkan zikir-zikir dalam bentuk yang lebih menarik perhatian dalam album beliau "Zikir Terapi Diri"...


Tapi hari ni Sally nak share lagu Kasih Padamu...sape dah pernah dengar lagu ni...? Sebelum korang nak feeling ni lagu cinta...baiklah Sally bagitau...lagu ni lagu tentang kerinduan pada junjungan besar kita, Rasulullah SAW...Lagu ni kalau kita baca lirik dia...mmg akan ada sedikit terusik la hati...itu Sally laa...korang Sally tak pasti...


Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Lagu: Hafiz Hamidun / Lirik: Fedtri Yahya
Muzik: Hafiz Hamidun

{Ulang}
Rasulullah...
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah...
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah...
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

{Ulang}

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasulullah... Ya HabibAllah...
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku

Gathering blogger di rumah Sally!

2:49:00 PM 15 Comments
Esok Awal Muharram kan...so, kita cuti...tapi Sally tak dapat nak cuti sebab esok akan ada segerombolan anak-anak nak datang menyerang rumah Sally...hahaha...yes, macam yang dah ditulis kat tajuk tu haa...

Sebenarnya Sally tak buat besar-besaran pun...cuma saje nak gather balik lepas kitorang jumpa awal bulan May lepas...boleh baca dalam entry Mini Blogger's Gathering in Flora Cafe. Esok, InsyaAllah yang dah confirm datang Aqilah, Nurie, Bella, Nad, Aisya, kak Lieya dan yang paling jauh, Niesa..hehehe...yang lain Sally tak tau la sape lagi sbb belum confirm...

Hehehe...kepada blogger yang dekat-dekat yang rasa nak join..boleh la contact Sally nanti..okay?

Bersyukur dalam kegembiraan.

10:16:00 AM 12 Comments

Selalu kita dengar...orang cakap pasal nikmat bersyukur..kita kena bersyukur...bla bla bla...tapi kadang-kadang tu mesti akan ada satu-satu masa bila keinginan kita mengatasi pemberian yang Allah berikan...manusia, nafsu dan kehendak tu tak dapat dipisahkan...


Kalau kita nak bahagia..nak gembira...bersyukurlah dengan apa yang kita ada...sebab tak semua orang bernasib baik macam kita...Mungkin kadang-kadang tu kita dapat apa yang orang lain impikan...kadang-kadang tu terbalik...

Percayalah...Allah tahu sebaik-baik perkara yang kita perlukan walaupun kadang-kala bukan benda yang kita inginkan...So, keep focusing on your life...Don't ignore whatever HE gives you...HE know best...Choose to be positive and having a grateful attitude is going to determine how you're going to live your life in future....

Be happy! =)

Thursday, October 23, 2014

Taufik Batisah - #AwakKatMane

4:26:00 PM 20 Comments
Eh..eh...hari ni Sally nak kongsi satu lagu baru daripada Taufik Batisah selain daripada lagu OST Drama Kasih Berbisik yang bertajuk Menakluk Cinta..Kalau yang tengok APM2014 haritu sure perasan lagu opening dia kan...Lagu ni salah satu single yang ada dalam album terbaru Taufik, Fique.



#AwakKatMane

(ULANG)
(Ditanya) Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane (ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane (ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (ditanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane (ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane

Asik awak kat mane macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluat ku dibuatnya
You nak pergi mana. Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit sikit dia mesti tanya di mana

(ULANG)
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau budak budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada
Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mana, awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)
Lain kali cuba berdikari
Beerti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana
(ULANG)

Cuaca sekarang....

1:04:00 PM 14 Comments

Sekarang ni cuasa sangat la tak menentu kan...sekejap hujan...sekejap panas terik matahari...sekejap lagi ribut yang entah dari mana-mana datangnya...terkadang kita yang duduk dalam pejabat ni pun rasa takut jugak...mmg tak senang duduk jadinya...fikirkan apa akan jadi..kalau-kalau itu...kalau-kalau ini...

Kadang-kadang bila tengok berita...sedih jugak bila ada beberapa kemalangan, ada kejadian yang merosakkan rumah dan tempat tinggal, harta benda semua...Masih bersyukur kerana tak kena pada diri sendiri dan masih mendoakan supaya takde bencana lain yang akan menimpa saudara mara seagama, sebangsa, yang satu Malaysia kita ni haa...

Err...sebenarnya nak cakap...nak suruh jaga diri, jaga kesihatan, jaga harta benda...mmg la malang tu tak berbau, tapi tak salah kan kalau kita cuba cegah...Selalu la berjaga-jaga supaya kita dapat elak bencana...tapi kalau dah terkena tu kiranya mmg dah takdir Allah...kita yang berjaga ni pun kalau dah itu takdirnya...mmg tak dapat nak elak...


Tuesday, October 21, 2014

Troll The Three Musketeers.

2:58:00 PM 8 Comments
Sape kat sini tgk cerita The Three Musketeers? Hehehe...kalau yang follow cerita ni mungkin akan faham la...yang tak tengok mungkin agak tak faham sangat....ini antara sedutan episod yang paling latest...episod 10...pada awalnya dalam episod ni JYH mati tapi sebenarnya tak...sebab tu la Crown Princess tu macam terkedu sikit....

Yang bestnya bile kena troll...hehehe..

 

Sengal punya troll...hehehe...yup...mmg betul...Yong Hwa dan CNBLUE sekarang dah mula dengan konsert Arena Tour Japan mereka yang akan bermula pada 29-30 Oktober di Tokyo dan diikuti di Osaka, Miyagi, Fukuoka, dan Nagoya pada bulan November... ehhh laaa...macam nak je pergi ke sana...okay tak-tak..tipu je...

Teringin masakan Korea!

11:27:00 AM 15 Comments
Hari ni sangat sibuk dekat office...mencari barang yang hilang...haihhhh...entah kemana la perginya....cut it off...

Harini belum sempat sarapan lagi...lapar gila rasa sebab sibuk mencari "barang" yang hilang tu...sampai la duduk keja tetiba terasa lapar yang teramat sangat dan tetiba teringin makanan Korea...entah la...rasanya bulan ni belum makan makanan Korea lagi kot tu yang craving lain macam je ni....

Dalam mulut ni teringat la nak makan yukgaejang, nak makan gimbap...nak makan ramen, nak makan Tteokbokki, Rabbeokki, nak makan bibimbap, hoppang, jjampong, dakgalbi, kimchi, japchae...wehh...semua benda la tetiba melayang dalam kepala ni...aisehhh!

Lapar nyaa...


p/s : motif sangat update -___-''

Monday, October 20, 2014

Membaca buku di telefon pintar.

10:18:00 AM 15 Comments
Sally rasa ramai yang tau akan benda ni tapi tak tau la korang baru jadi macam Sally ke kan...Kadang-kadang kalau naik train atau bas seorang diri...selain daripada dengar lagu, Sally akan baca buku yang percuma dekat Xperia ZL Sally...kadang-kadang tu bukan tak nak beli buku...tapi malas nak bawak sebenarnya..hahaha...lagi-lagi kalau balik daripada kelas kat UiTM Shah Alam...lagi laaa...


Ini antara buku yang tgh Sally baca...sekarang ni Sally tgh baca buku Driven to Date by Susan Hatler...agak best jugak la...ada 125 mukasurat..hehehe...on the way balik ke rumah semalam pun dah hampir suku Sally baca...cerita yang berkisar tentang latar belakang wanita yang menghampiri umur 30tahun tapi belum ada pasangan dan terlalu taksub dengan pekerjaan dia...

Synopsis:

Career-driven attorney, Jill Parnell, has worked long and hard to become a partner at Corbett, Gray, & Shaw. When the coveted position is given to the boss’s nephew, she does what any intelligent employee would do—attends a colleague’s wedding and schmoozes a high-powered partner at another law firm.

Her potential new boss has only one condition for her, that she demonstrate a personal life that will support a thriving career. Pretending to have a boyfriend is outside Jill’s comfort zone, but she invites the best man to act the part and Ryan is all-too eager to play her significant other. Sparks fly between them, but she reminds herself she’s only driven to date to get back on the partner track.

When Jill discovers Ryan is the lawyer who stole her promotion, her charade threatens to implode. But breaking off their pretend relationship could cost her the job of her dreams. And the more she gets to know Ryan, the more she’s tempted to tame the bad boy, and make him her own.



Kalau korang suka membaca, tapi malas nak bawak buku...boleh je download kat Google Play-store tu...untuk I-tunes tu Sally tak pasti la pulak ye...Just klik dekat bahagian books tu...korang pun boleh beli buku kalau nak...tapi Sally banyak baca yang free jela...sebab kedekut...kan nak simpan duit borong kat Big Bad Wolf 2014..hehehe...okay, tu mmg alasan!

Selamat membaca!

Sunday, October 19, 2014

Action is the foundational key to all success.

12:40:00 PM 8 Comments

Infuse your life with action. Don't wait for it to happen.
Make it happen. Make your own future. Make your own hope. Make your own love.
And whatever your beliefs, honor your creator, not by passively waiting for grace to come down from upon high, but by doing what you can to make grace happen...
You, yourself, right now, right down here on Earth

P/s: Tgh study dengan penuh dedikasi...

From Bandung with love!

7:47:00 AM 16 Comments
Kan dah kata...minggu ni minggu Sally dapat parcel daripada luar negara.... Mula-mula Canada, lepas tu Germany dan sekarang Indonesia pulak...hahahaha...alhamdulillah betul rezeki minggu ni...kali ni datangnya bukan daripada blogger tapi daripada junior Sally masa kat kolej dulu, Hazeed.


Dapat la kacang bandung dengan fridge magnet daripada Bandung, yang Singapore tu sebab dia beli masa g Singapore awal tahun hari tu...tapi tak sempat nak jumpa Sally nak bagi...hehehe...syok oii jadi kakak...sebab kalau adik-adik g memana sure akan ingat kat kita...

p/s : makan kacang dalam kelas.

Saturday, October 18, 2014

Header baru lagi ~

11:16:00 AM 18 Comments
Well, sesape yang nak buat muka terkejut dan pelik tu harap jangan la...hehehe...ye, Sally tau Sally baru je tukar header beberapa hari lepas...tapi rasa tak puas hati jugak...so, pagi ni buat lagi satu...simple je pun...janji orang tau ni blog Cik Sally Samsaiman...


Sally ni mmg buta seni sikit...jadi buat jela yang simple...tu pun pakai photoscape je sbb yang lain mmg tak reti...hehehe..maafkan jela saya...hahaha...nak mintak orang tolong buat segan...jadinya buat jela sendiri...hehe

Simple is nice huh?

Congratulation Taufik Batisah for winning the APM2014 award!

9:23:00 AM 9 Comments

Masih lagi terbawa-bawa kegembiraan semalam bila Taufik Batisah menang 3 award dekat Anugerah Planet Muzik 2014 (APM 2014) yang telah diadakan di Suntec Singapore...dah macam apa dah Sally semalam masa opening sebab Taufik jugak yang buat persembahan...lepas tu tak henti-henti dapat award kan...alhamdulillah...tak sia-sia la Sally yang mengundi dari kejauhan ni...hahahaha...




Ibu pun pandang je anak dia menjerit seronok kat depan TV...tu dia belum tgk anak dia jumpa Jung Yong Hwa...kalau dia jumpa lagi la ekstrem punya jerit...boleh pecah gegendang telinga orang kat sebelah...hahahaha...okay la...dah melalut ni...

Just want to say I'm so proud of you Taufik Batisah! =)

Friday, October 17, 2014

Ibu dah pilih menantu.

11:31:00 PM 8 Comments
Malam ni Ibu dah confirm reject Jung Yong Hwa jadi menantu dia...dia dah pilih yang lain...aisehman~ kenapa ibu..? kenapa...? (︶︿︶)


Takpe la...Taufik Batisah pun boleh laa...kita suka jugak...LOL

p/s : Entry gedik sbb mlm ni Taufik menang banyak awards kat APM2014...hehehe