What do you really think about me..?

8:59:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Sejak mula berblog pada awal tahun 2010, Sally sebenarnya tak sangka yang akan aktif berblog sampai la ke tahun ni dan mungkin tahun-tahun akan datang....pernah Sally utarakan satu soalan dalam entry "Sally Samsaiman"..Tentang sejauh mana blogger yang datang singgah ke blog Sally tau tentang penulis bernama "Sally Samsaiman" ni...


Di malam yang hening dan syahdu ni...tetiba tertanya-tanya...apa yang korang fikir tentang Sally..? Yela...mana tau selama Sally menulis ni ada yang terasa hati ke...terkecik hati ke... (kalau tak menang GA jangan marah) ... 

Boleh tak korang komen ikhlas kat bawah ni...Jangan risau...Sally takkan marah ke kecil hati ke...Just nak tau apa pandangan korang pada Sally je...

What do you really think about me..?

Thanks! ^_____^

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

The Liebster Award by Mardiah Diana (Anugerah Terindah)

2:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Sally sebenarnya puas la membelek entry kak Diana (SINI), katanya dia tag Sally dalam entry tu...bila tengok dalam tu dia kata dia tag 5 orang blogger untuk jawab tapi Sally nampak 4 orang je...so, my assumption will be...yang halimunan tu Sally la kan?

Hahahaha...takpe la...Sally jawab jugak la ye kak Diana...


11 soalan dari kak Diana....
1) Orang Yang Anda Paling Sayangi
  •  Susahnya soalan...kalau Sally...orang yang paling Sally sayang sure la ibu, mama, abang-abang dan kakak Sally...Sally sayang jugak kawan-kawan Sally dan jugak Yong Hwa..keke
2) Fesyen Pakaian Yang Anda Minati
  • Asalkan tak pelik dekat pandangan mata Sally
3) Negara Yang Ingin Anda Lawati
4) Gambaran Tentang Blog Anda
  • Blog Sally senang je...blog peribadi yang banyak bercerita pasal makanan, kehidupan seharian, keluarga, pasal semua benda yang terjadi pada Sally...err...pasal CNBLUE...kecik je....hahaha
5) Permainan Yang Anda Minati
  • Congkak & Bowling
6) Kereta Idaman Anda
  • Porsche Cayenne / Range Rover / Honda CR-V (Semua 4WD punya kereta)
7) Jenama Hp Pertama Anda
  • Nokia 3315
8) Blog Yang Paling Anda Suka Terjah
  • Takde yang specifik...Tapi Sally akan terjah bloglist Sally lepas tu baru random blogwalking.
9) Makanan Kegemaran Anda
  • Korean foods, sate, bubur nasi, ayam goreng Upin Ipin..eh?
10) Sukan Kegemaran Anda
  • Sally tak suka bersukan sebenarnya...tapi Sally suka main equipment dekat gym..hehe
11) Bunga Kesukaan Anda
  • Sally suka bunga Daisy & Tulip 

 Liebster Award yang kak Diana tag ni lain sikit...sebab ada additional kena cerita 11 fakta tentang diri kita...kalau Sally la kan...kalau cerita pasal fakta ni...lagi best kalau orang yang senaraikan...baru kita tau apa pandangan orang pada kita...kan? Tapi takpe...Sally senaraikan jugak....

11 Fakta tentang Sally
  1. Sangat suka makan...suka cuba makanan...dan obses dengan makanan.
  2. Pantang tgk perkataan "Korea". Obses jugak.
  3. Terlalu minat dan sayang CNBLUE especially Jung Yong Hwa.
  4. Fanatik perfume.
  5. Suka Doraemon.
  6. Suka warna biru, tapi bukan pengaruh Doraemon atau CNBLUE.
  7. Traveling is my number one passion.
  8. Seorang yang sangat boros dan sangat suka duit.
  9. I'm addicted to caffeine and coffee. Like seriously serious.
  10. Suka kumpul keychains dan other cute little stuff yang membazir duit.
  11. Dah lama jatuh cinta dengan Taufik Batisah, Adam Levine & Jung Yong Hwa.
11 Soalan daripada Sally
  1. Idola korang dalam kehidupan?
  2. Kenapa korang jadi blogger?
  3. Definasi "CINTA" pada korang? (Not specific for human)
  4. Kalau diberi pilihan, korang boleh buat apa sahaja dalam sehari...Apa yang korang akan buat?
  5. Lagu yang korang wajib dengar dalam sehari / favorite song ever?
  6. Benda yang korang takkan tinggalkan kalau keluar?
  7. Seseorang yang ada dalam fikiran korang..sekarang?
  8. Describe diri korang sendiri dalam 5 perkataan. (eg : Comel, Cantik, Baik)
  9. 1 benda yang korang paling menyesal pernah beli?
  10. Negara yang dah pernah korang lawati dalam hidup (selain Malaysia)
  11. Describe Sally Samsaiman dalam SATU PERKATAAN

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jung Yong Hwa 1st Fan Meeting "Sweet Melody" in Japan.

10:38:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Sally memerlukan banyak ketabahan dan kesabaran nak tulis entry ni...hahaha...Serius la...mmg teringin gila nak ke Japan sekali untuk konsert atau fan-meeting dengan CNBLUE...ye...maafkan saya...saya mmg sayang sangat kat bebudak biru ni..kekeke....By the way, event ni berlangsung pada Ahad lepas (21/9/2014)...


Walaupun Sally takde kat sana...tapi masih lagi la ada few activities yang Sally tau terjadi kat sana...fan meeting terbahagi kepada 2 sesi, (1.30pm-6.00pm) dan sesi kedua start pukul 6pm...Overall, dah nama pun fan meeting kan...so, it's a day with JYH...semua benda pasal dia...setiap sesi JYH akan menyanyi sebanyak 6 buah lagu..huhuhu...bestnya dengar dia menyanyi live...sobs..



Kalau yang minat Yong Hwa sure akan suka la fan meeting ni...sebab banyak sangat aktiviti....hahahaha...okay la...Sally tau korang dah tak nak baca pasal Yong Hwa kan...tapi Sally just bagi sikit details jela okay? Sally nak cerita banyak pun tak boleh sebab dah Sally takde kat sana kan...so, cuma boleh berharap jela...berharap kat fans yang update..hahaha...tapi saje je nak update dalam blog...kesian kat Nurie nanti sebab takde news pasal DUDA dia.. :P

  • CEO FNC Ent dan bagi kebenaran kepada Yong Hwa untuk start dating.
  • Yong Hwa dah tekankan kepada semua yang dia dengan Park Shin Hye hanya kawan.
  • Solo album akan dikeluarkan pada akhir tahun ni (dalam proses).
  • Solo tour jugak akan dijalankan tahun depan untuk promote album solo terbaru dia (ikut keadaan).
  • Yong Hwa sangat jeles dengan abang dia yang sentiasa lebih pandai daripada dia.
  • Mak, ayah & abang JYH datang pada fan meeting sesi yang kedua.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Movie | The Maze Runner

8:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Lambat betul Sally nak ambik mood nak review cerita ni kan...padahal nak update pasal Minho bukan main pantas lagi....Cerita ni Sally tengok pada ahad yang lepas...mungkin sebab jalan cerita dia yang hampir sama dengan The Hunger Games, jadinya Sally agak excited nak tengok...oh! Blogger Ayuni kata, cerita ni diambil drpd novel "The Maze Runner" & plot ada persamaan dengan 1954 "Lord of the Flies" oleh William Golding...


Sinopsis
 
Cerita ini mengisahkan sekumpulan manusia telah diculik oleh sekumpulan penyelidik (WCKD - Wicked is Good) dan mereka diletakkan di dalam maze yang dipanggil "The Glade" yang memisahkan mereka daripada dunia luar. Setiap 30hari akan ada seorang manusia yang dihantar kesana dan telah berlanjutan selama 3 tahun dimulakan dengan Alby (Aml Ameen). Mereka yang dihantar kesini telah dipadam ingatan mereka kecuali nama mereka sendiri. Setiap hari, sebelum senja menjelma, pintu Maze itu akan ditutup dan sesiapa yang masih dalam Maze tersebut, pasti tidak akan terselamat kerana kewujudan makluk Griever yang akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja. 
 
Mereka telah mewujudkan beberapa pasukan seperti "Runner", "Slayer" dan "Builders" dan setiap satunya mempunyai tugas yang berlainan..."Runner" merupakan pasukan yang akan masuk kedalam maze pada awal pagi untuk mencari jalan keluar daripada situ...
Kedatangan Thomas (Dylan O'Brien) telah mengubah kehidupan mereka.. Thomas yang pada awalnya menjadi yang terakhir untuk berada di Maze telah bertugas bersama Minho (Ki Hong Lee), salah seorang "Runner" cuba mencari jalan keluar dan menempuh pelbagai halangan termasuk terpaksa tinggal semalaman didalam Maze kerana cuba membantu Alby. Setiap hari pelbagai buruk berlaku sehingga mereka terpaksa mencari jalan keluar dalam kadar yang segera.. Adakah mereka berjaya keluar daripada Maze tersebut? Apakah motif (WCKD - Wicked is Good) mengurung dan membunuh mereka?
 
Haaaa...saspen tak cerita dia...?


Minho - Thomas - Newt
Overall Sally bagi rate 6.5/10...Bukan sebab tak best ke ape...tapi sebab jalan cerita dia tak thrilled sangat...tapi mmg banyak part kita akan suspen gila-gila la...Sampai rasa nak luruh jantung ni haa...yang kawan sebelah Sally siap main sorok-sorok belakang Sally lagi...sabar jela....

By the way, jangan terleka walau sekejap pun cerita ni...sebab jalan cerita dia pening sikit...kalau tak concentrate...mau blur la jadinya...kekeke...So, go and watch it, okay?

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!