Alahai rambut abang Yong~

3:57:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments

Buat kesekian kalinya...apa yang akan berlaku kepada Sally setiap kali CNBLUE akan keluar negara untuk konsert jelajah dunia mereka dan dia tak dapat pergi...sesungguhnya dia akan meroyan dan terus meroyan sampai la habis konsert seminggu lepas konsert....

Hari ni cerita pasal rambut la...semalam agak trending dekat Twitter (CNBLUE FANS jela) pasal Lee Jong Hyun akan potong rambut dia yang dah panjang sangat melampau tu....


Sebenarnya Jong Hyun sayang rambut dia...tapi dah nama pun selebriti kan...dia kena la jaga penampilan diri...potong jugak la rambut dia semalam...sampai la jadi hensem balik macam ni....


Kali ni mmg tak boleh nak nafikan...Jong Hyun mmg handsome...padan la ramai orang minat kat dia...ramai tu refer kepada CNBLUE fans jela...korang excluded kot...hehehe...tapi...tapi yang tak dapat Sally nak terima...rambut Yong Hwa...


Nampak tak Jong Hyun kat belakang tu...adoi...apa punya airport fashion la Yong Hwa ni...setewess pulak ahkak ni...hahaha...rasa macam nak capai rambut tu terus kerat pakai gunting kasi pendek! Hahahaha...mmg serabai gila...ni la fashion airport dia yang paling serabai sekali pernah sally tengok sepanjang 5 tahun jadi fans dia...kekeke...adoi...pakcik ni kalau dah hensem, hensem sangat...kalau dah serabai...ish!

Kes ni jadi sebab Yong Hwa datang straight ke lapangan terbang daripada sesi penggambaran drama The Three Musketeers yang sedang ditayangkan sekarang...dengan tak tidur, terus ke airport untuk flight ke Manila, Philippines untuk konsert terakhir bagi jelajah 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Manila.
 
Ye..kali ni Sally hanya mampu tgk dari kejauhan sebab tak sempat nak kumpul duit kesana...So, kalau nampak Sally meroyan sebulan seminggu tu...maafkan jela ye...dia mmg masalah jiwa dan raga bila tak dapat pergi...Harap-harap konsert berjalan lancar...nak kena shut down uninstall Twitter sebab ramai yang update...


p/s : I missed CNBLUE.

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

RESEPI | Bibimbap style melayu berlagak Korea macam Sally.

12:58:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Hahahaha...Tajuk dia..bukan main panjang...ye...sepanjang entri yang bakal korang baca ni nanti...sorry la ye...Sally baru ni sempat nak tulis resepi ni...sebab banyak kerja nak siapkan...So, kita terus pergi kepada bahan-bahan dia la ye...Firstly, Sally nak ingatkan...jangan lupa beli Gochujang dulu baru buat...kalau tak jumpa...pakai jela kimchi pun boleh...hahaha...


Serving ni sesuai untuk 3-4 orang makan.

Daging dan bahan perapan
100g daging cincang (kalau korang tak suka daging, tukar jela ayam...tapi adjust sikit la kot...)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil gula (pakai gula perang la kalau tak nak manis sgt)
¼ sudu kecil bawang putih (cincang)

Sayur-sayuran (Ini ikut korang la nak letak apa..nak letak jagung, kacang panjang, timun ke semua boleh)
200g bayam (rebus, toskan, cincang dan perasakan dengan garam, minyak bijan & tabur la bawang putih cincang dan biji bijan sikit)
350g taugeh (rebus, toskan, dan perasakan dengan garam, minyak bijan & tabur la daun bawang dan biji bijan sikit)
100g cendawan shitake (Bersihkan, potong nipis dan memanjang dan goreng dengan sedikit minyak sayuran sampai agak layu, perasakan dengan garam)
120g lobak merah (Bersihkan, potong nipis dan goreng dengan sedikit minyak sayuran, perasakan dengan garam)
3-4 mangkuk nasi, kukus lagi sedap...
3-4 biji telur goreng (ikut berapa ramai la nak makan) - Goreng telur buat telur mata kerbau
(Optional) Rumpai laut yang kering (potong panjang-panjang)

Sos Bibimbap (Cukup utk 2 serving je kalau suka pedas tapi Sally pakai raw je gochujang tu)
2 sudu besar gochujang
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula (ikut lidah la)
1 sudu besar air
1 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil cuka (cuka epal lg elok)
1 sudu kecil bawang putih (cincang halus)

Cara-cara nak masak Bibimbap.
  1. Sediakan semua bahan-bahan kat atas.
  2. [Daging] Campurkan semua adunan untuk perapan tu. Sally perap dia semalaman sebab Sally prepare barang pada waktu malam...tapi kalau boleh biar at least 30minit bagi dia sebati dengan bahan perapan dia...Cara nak masak dia, panaskan sedikit minyak pastu goreng la sampai masak..hehe
  3. [Sayur-sayuran] Tengok kat bahan-bahan kat atas.
  4. [Sos Bibimbap] Campur semua bahan...double kan adunan kalau korang suka makanan pedas..
  5. Letak nasi, letak telur dan susun sayur-sayuran ikut suka, letak sos.
  6. Campurkan semua bahan tu sampai sebati dan makan dengan penuh gembira!
Antara perkara derhaka Sally pada resepi ni....
  • Tak pakai biji bijan tapi tukar dengan chia seed, bukan sengaja...lupa beli...!
  • Pakai gochujang tu mentah je...sebab tak sempat nak buat sos dia...
  • Tak pakai daging cincang sebab kat kedai takde...
  • Sally letak black pepper sikit masa perap daging..haha

p/s : Ni kalau Jung Yong Hwa tak jugak masuk meminang Sally..tak tau la...hahaha ^_^

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bibimbap version Sally.

10:43:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Hehehe...since last week lagi Sally dah teringin nak buat Bibimbap lepas teringat yang Sally dapat banyak gochujang daripada Korean Air...hehehe...lepas ni nanti Sally share resepi dia ye...sebab nak kena siapkan dokumen required by Petronas ni...kang lambat dia tarik balik pulak tender kang..kekekeke...

:)

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!