Ke MATTA Fair 2014 la kita.

8:20:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments


Sabtu lepas, Sally sempat berkunjung ke MATTA Fair 2014 yang diadakan di PWTC berlangsung daripada 5th - 7th September (10am - 9pm)...Berjalan okay...berjalan...hahahaha...even dia punya entrance fee RM4 tu rasa macam berat nak bayar...tapi apa yang dapat daripada situ...mmg berbaloi...!



Kak Huda - Kak Nadia - Kak Fiza

Macam yang Sally pernah cerita dalam entry ngedate kat Nu Sentral, Sally ada bagitau yang korang akan jumpa dorang ni banyak kali dalam blog Sally in the future...hahahaha...ada plan baik punya!




Booth yang menjadi pilihan Sally...semestinya Japan, Korea, Hong Kong, Macau dan jugak cruise...hehehe...ambik je apa yang penting dan yang free...muahahaha...serius, dekat booth Japan...banyak gila benda Sally dapat...


...and...booth PixaJoy pun wajib singgah sebab dia bagi kupon photobook percuma! ohmaigod! lepas ni nak buat photobook ape lagi...kekekeke....



Korea Tourism Organization (KTO)


Meet my dearest cousins, Aqila...masa kat booth KTO tu banyak aktiviti yang kami join la...masa ni dorang semua cuba pakai baju hanbook, tapi yang version untuk queen...Jujur kata ek...kat mana-mana mmg susah sikit nak dapat try baju hanbook queen punya even dekat Korea sekalipun...sbb sangat limited...tapi masa MATTA Fair ni, KTO bawak jugak...


Kak Fiza try sampai 2 kali...hihihi...baju queen dia pakai...baju biasa pun dia cuba...Sally? Sally hanya mampu jadi photographer je sebab tak muat -_-'


Kak Huda.


Kak Nadia.


Kekekeke...Kalau korang perasan, di Korea ada satu Trick Art Museum yang diberi nama Alive Museum yang terletak di Insadong, Seoul...Jadinya...yang mampu Sally cuba, yang ni jela...hahaha...okay, maaf sebab tak senonoh sikit...Ni jela yang mampu Sally buat...kekeke...


Sebelum cuba pakai Hanbook tu, sempat jugak la food testing makanan dalam flight Korean Air...dorang bagi cuba Bibimbap dan jugak Ginseng Chicken...so, kat atas ni ialah Gochujang (Korean Hot Pepper Paste)...Gochujang ni digunakan di dalam masakan dan jugak sebagai "sambal" dalam Bibimbap...sebab dorang bagi FREE, Sally ambik la...kekeke..jangan risau sebab Gochujang ni halal tapi kalau korang nak cuba beli...Sally sarankan cari yang kat ingredient dia tanpa rice wain!


Ini antara benda yang Sally sempat collect..hehehe...banyak dapat kat booth KTO, Korea dan jugak Japan...Actually banyak lagi...tapi malas nak ambik gambar...muahahahaha....


Kbai. Malas nak explain gambar kat atas.

^_________^

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Dating dengan Blogger Ainim Rashihah.

3:34:00 PM Sally Samsaiman 38 Comments

Rasanya rata-rata korang kenal dengan Anim, pemilik kepada blog Ainim Rashihah ni kan...Sally actually selalu je jumpa dengan dia...tapi takde la kerap...kadang-kadang tu bila dah rindu dengan kembar Sally yang sorang ni...terus la set time nak dating...okay, Sally tipu...reason dia sebab kembar Anim yang original ada tempah cookies dari Sally..muahahaha...


Tempat pilihan kami, Coffee Planet di Nu Sentral. Mohon sangat abaikan muka Sally yang serabai balik kerja tu...hahaha...dengan tudung senget lahaiii...dah macam kanak-kanak terbiar dah lagaknya!

Espresso Caramello

Eh, helo...kanak-kanak terbiar yang muka serabai kat atas tu reti jugak minum kopi tau...kekekeke..Sebab dia kan hantu kopi...minum kopi nak yang sedap je...


Incase kalau tak jugak kenal..hahahaha...ni la Anim...ye..dia mmg tak serabai walaupun dia balik keja tu...hahahaha...kami jumpa Jumaat lepas, lepas kerja...lupa pulak nak ajak kak Suria Amanda...haihhh...ampun kakak!


Ye...gambar dari tepi sangat tak serabai...kalau gambar depan...haihh...mintak maaf kat diri sendiri tau!

Ice Hazelnut Chocolate
Lepas ni kalau korang nak rasa kelainan, boleh la cuba mengopi atau mengeteh atau menge-coklat ke ikut suka korang kat Coffee Planet ni...recommended tau...sedap and (affordable dalam kurungan)...hahahaha....

eh, sape nak ajak Sally dating...masih dibuka.... :)

p/s : Kalau nak order cookies.

38 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Special Entry | Deepest Condolences for Ladies Code's EunB & RiSe

10:51:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments

Awal minggu lepas, dunia KPOP gempar apabila salah seorang daripada 5 ahli kumpulan Ladies Code, EunB, mati dalam satu kemalangan jalanraya. Salah seorang lagi RiSe, kritikal dan juga telah menghembuskan nafasnya semalam walaupun dah survive selama hampir seminggu di Hospital Suwon...Salah sorang daripada 3 yang selamat hanya retak pada bahagian dagu manakala dua lagi ahli kumpulan tersebut berasa dalam stabil dan hanya luka ringan.

Go Eun-bi (EunB)
 
Kwon Ri-sae (RiSe)

Ladies Code baru sahaja debut sebagai artis pada tahun lepas dibawah naungan Polaris Entertainment. Kemalangan tersebut berlaku pada masa hujan dan pemandu van mereka didakwa membawa agak laju kerana hendak mengejar jadual mereka yang agak padat.

Pihak polis masih menjalankan siasatan kepada pemandu yang membawa van tersebut yang hanya luka ringan untuk keterangan lanjut. Semoga peminat kepada kumpulan Ladies Code dapat bertenang la hendaknya...Kepada lagi 3 ahli yang masih dalam rawatan, semoga mereka cepat sembuh la.

-Deepest Condolences for Ladies Code's EunB & RiSe-

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!