Luncheon @ KyoChon, One Utama.

9:37:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Ni kisah cuti Merdeka lepas...Isnin la kiranya...hehehe...mmg terlewat sikit ceritanya...sebab malas nak transfer gambar daripada phone...Kalau korang ingat, dalam bulan March lepas Sally ada berkunjung kat restoran ni buat kali pertama...boleh baca entry SINI...Tapi sedih sebab Siwon dah takde kat situ...dah kena ganti dengan Lee Min Ho...sentap...




Basically...ni kedai ayam goreng...so, kita makan ayam jela..hahahaha...Kali ni sebab tak sakit gigi...Sally makan semua jenis ayam! sedaaaap gila...mmg Sally suka gila....eh, Sally suka makan ayam sebenarnya...ye...jangan pertikaikan badan Sally yang comel ni...kekekeke


Nampak...nampak...punya happy muka dapat makan ayam...ayam je tu yang sampai camtu sekali dia senyum...hahahaha...kat sini Sally datang dengan kawan MYBoice Sally, yang Sally kenal masa g konsert CNBLUE...yeay! meet my dearest Ann!


My Sarawakian friends...hehehe...oh! lupa...makan ayam yang sedap kat atas tu semua Ann yang belanja...sebab dia kata kesian sangat kat Sally yang mengidam nak makan ayam...tolong laaa....ayam goreng pun boleh mengidam...kekekeke....

Eh, Sally mmg syorkan korang g makan kat sini...even duta dia dah bertukar kepada Lee Min Ho...tapi takpe...janji ayam sedap...

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[10 Days Challenge] - Day 10 : 10 Secrets

4:12:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

The last day is here!

Dah 10 hari rupanya sally merapu ek...harini dah cabaran yang terakhir...10 secrets..kenapa rasa macam banyak sangat secret nak kena reveal ni..?

1. Sangat comel.

Hahahaha...rahsia ni ramai orang tak tau...tapi Sally mmg sangat comel...kan? *blerghhh

2. Pernah terfikir nak bomohkan Jung Yong Hwa / culik dia.

HAHAHA...okay, yang ni tak tipu...Sally selalu je komplot dengan kawan Sally nak culik Yong Hwa...simpan dalam luggage...tapi ni la padahnya kalau banyak sangat tengok kartun...nan hadooo kau nak letak manusia dalam luggage...kekekeke...tapi mmg pernah terfikir...tapi tu masa zaman jahiliah dulu la..sekarang dah waras..

3. Sombong bila tgh takde mood.

Yang ni Sally tak nafikan...kalau Sally dalam keadaan yang takde mood...Sally tak suka nak beramah mesra, tak nak bercakap dengan orang...sebab Sally mmg tak boleh kawal diri...tak boleh nak kawal marah...mmg pandai dalam sembunyikan emosi tapi bukan makian daripada mulut...so, beware of her.

4. Paling tak suka orang pijak kepala.

Sally mmg terkenal dikalangan kawan-kawan Sally sebagai orang yang sangat ceria, sangat happy go lucky...tapi Sally sangat tak boleh tolerate dengan orang yang suka pijak kepala kita...Kalau nak buat pasal, nak cari gaduh...pastikan letak Sally sebagai calon terakhir...kalau tak nak rasa kena maki la....tapi Sally tetap hati baik kalau orang tu baik... :)

5. Dalam perancangan untuk sambung Master.

Ini rahsia ke..? Rahsia la sebab Sally belum bagitau kat sesape lagi....Sally ada sorang kawan baik, Dayah...rasanya korang kenal kalau dah biasa baca blog Sally...Sally dah ada cita-cita nak sambung master dengan dia...maybe ke Melbourne, New Zealand atau Korea...tengok keadaan semasa...

6. Suka kumpul benda setempat.

Dalam erti kata mudah...Sally ni jenis pemalas sebenarnya...hahaha...Jadi Sally suka kumpul benda-benda yang Sally nak guna setempat...sebagai contoh, kalau Sally nak duduk buat kerja kat ruang tamu...buku, bantal, selimut, makanan, doraemon, CD, and others stuff yang berkaitan akan berada berhampirang dengan Sally...and Sally takkan kemas selagi tak siap kerja...even if its going to drag for a week or month! Sila jangan contohi saya!

7. Jenis senang bergaul tapi suka buat kesimpulan sendiri.

Sally jenis yang mudah bergaul dengan orang...tak kisah tua ke muda....tapi Sally ada satu masalah dengan hati dan otak Sally...sebab "dorang" jenis suka buat assumption sendiri...hahahaha...let's say...Sally baru kenal dengan seseorang...Sally jenis akan meneliti dan judging people dalam hati...tapi jenis yang susah nak percaya pada assumption sendiri la...tapi jangan la tanya Sally pasal orang yang baru Sally kenal...sebab mungkin akan berbeza pada pertemuan pertama dan kedua...



8. Terlalu mudah percaya dan kesian.

Ini kelemahan...Sally....Sally terlalu mudah percaya dan jugak terlalu mudah kesian dengan orang...kadang-kadang walaupun benda tu menyusahkan diri sendiri...haihhh....

9. Orang yang sangat boros.

Masalah ni Sally hadapi daripada zaman sekolah lagi...Sally jenis yang terlalu boros...suka membeli dan lepas tu akan menyesal...tapi tu la masalhnya...Sally tak boleh tahan diri daripada membeli...haihhh~

10. Suka berangan.

Ini tak tau la kategori rahsia atau tidak...tapi sally mmg kuat berangan...terumatam kalau nak tidur...borak dengan bantal tu perkara biasa dah sebenarnya..hehehehe....

Okay! done!
Semua 10 rahsia yang Sally pun tak tau la rahsia atau tidak...hahahaha...sebab bila dah menulis kat blog ni...dah rasa macam...eh, aku ada ke rahsia? haaa...gitu la gamaknya...muahahahaha....

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Lima gred dalam solat.

9:18:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Selalu kita dengar gred dalam peperiksaan je kan...sekarang ni ibubapa, anak-anak selalu menekankan gred yang bakal diterima dalam sesebuah peperiksaan...tapi apa gred kita dalam solat?


Gred E
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanya

Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, ,tidak bersedia untuk solat

Gred C
Bila azan berkumandang, .terus mengambil wuduk dan solat

Gred B
Bila azan,terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau

Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat kita...? Kalau exam kita nak gred A sokmo..Kalau tak dapat A tu rasa macam nak kiamat dah dunia...kadang-kadang tu kita bertungkus lumus supaya akan sentiasa dapat gred yang cemerlang... Solat macam mana? Ingatlah! solat adalah perkara nombor satu yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bukannya result exam...tapi bukan la kita perlu menolak segala hal dunia...


Solat terjaga, InsyaAllah benda lain pun...Sama-samalah kita balance kan hal dunia dan hal akhirat...Semoga dapat keberkatan hidup hendaknya!

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!