Sunday, August 31, 2014

The Manhattan Fish Market.

8:31:00 PM 17 Comments
Yeay! Makan lagi...hehehe....Semalam masa keluar untuk jumpa dengan kawan Sally kat Nu Sentral...tetiba tekak teringin nak makan fish and chips...kali terakhir Sally makan fish and chips rasanya awal May lepas...lepas tu mmg tak makan dah...Sally susah nak makan benda-benda yang western ni unless tetiba craving gila...hah! kalau dah gitu mmg kena cari sesangat sangat...gittew!



Scallops Fish Chicken (SFC)
Huihhh...tempting gila...dalam ni ada Cajun grilled chicken breast, crunchy fried scallops and all-time favorite fish fingers...mmg sedap! Sebenarnya ni kali pertama Sally berkunjung ke The Manhattan Fish Market...sebab sebelum ni ingatkan The Manhattan Fish Market ada jual ikan je...semata...lagipun takde orang pernah ajak Sally pun...tapi sebab Sally dah craving sangat...tu yang gagah jugak g semalam...tapi mmg Sally suka la dengan makanan dia...


Comel gila kot menu dia...hahahaha...dia design macam piring hitam...dan boleh main pusing-pusing...ye...Sally kekadang mmg over sikit...remaja tua la katakan...hahahaha....


Semalam Sally ambik set...so, dapat haa Cirus Sundae (Citrus Mint, now given a frozen confectionary twist for a deliciously refreshing dessert) dengan air Float tu..hihihi...dua-dua ada aiskrim pulak...awak dah la batuk...seronok pulak makan aiskrim..hihihi...nasib baik la dada masih okay...hehehe...

Korang suka makan Fish & Chips?

Happy 57th Independence Day!

5:51:00 PM 18 Comments

Proud Malaysian People!

Salam Hari Kemerdekaan yang ke 57!

Dah 57 tahun kita merdeka...diharapkan kemerdekaan yang telah kita capai ni tidak akan diberikan kepada orang lain...sebagai warga muda, yang mewarisi kemerdekaan ni...diharapkan tidaklah cuma merdeka di tanah sendiri tapi pemikiran masih lagi dijajah oleh perihal yang melalaikan...jadilah generasi yang membawa kepada kebaikkan....jangan jadikan kemerdekaan negara sebagai alasan untuk membuat perkara yang tidak bermoral...

So, agak-agak bulan 5 nnt bape ramai baby yg tidak bersalah yg bakal dijumpai dlm longkang? dalam mangkuk jamban? dalam semak samun dan lain-lain lg?

#HanyaNegaraYangMerdekaTapiJiwaMasihDijajah

Petikan status daripada kawan Sally...Kalau boleh Sally tak nak benda yang tidak bermoral ni terjadi pada anak-anak muda kita...semoga semuanya dipelihara dan kemerdekaan negara tidak dijajah dengan pemikiran kolot manusia yang bertuhankan nafsu...

Saturday, August 30, 2014

Food | Gangnam Gimbap Korean Restaurant @ Ampang Point.

11:56:00 AM 15 Comments



Hoyeahhh...tekak Korea memulakan perjalanan mencari makan lagi..kekeke...Semalam rasa macam boring sangat..kebetulan Ain ajak keluar cari makanan Korea katanya...ingat nak ke Gomonae, tapi macam dah hafal makanan kat situ...so, kami pun cuba la kedai Korea yang baru, Gangnam Gimbap.

Lokasi dia adalah kat Tingkat 4, Pusat Beli Belah Ampang Point...Senang je nak cari...naik je escalator sampai atas sekali...terus akan nampak kedai dia...kawasan dia agak tenang, bersih...yang penting...makan sedap!



Menu dia agak terhad la...tak banyak choice pun...mungkin sebab nama pun kedai Gimbap kan...so, mmg banyak choice Gimbap dia selain daripada makanan-makanan Korea macam Kimchi-jjigae, bibimbap, udon, tteok-guk, pelbagai choice guksu dan yang penting ada Tteokbokki dan Rabokki..hehehe...



Antara menu yang ada...



Semalam Ain minum air anggur yang kami pernah minum masa pergi berbuka puasa kat Mr. Dakgalbi dan Sally amik hot green tea je sebab Sally tak sihat sangat...malas nak minum ais dan sebagainya....



Benda pertama masa Sally masuk kedai ni...Sally nampak dekorasi pokok belakang tu...hahahaha...terus cakap dengan Ain, weh...aku nak amik gambar jugak...kekeke...segan punya segan tapi layan kan jela...



Side dish dia semalam...eh, kimchi dia kat sini sedap..serius! Yang semalam ada timun, white radish, dengan labu serta kimchi kobis...hehehe...



Semalam Ain cuba Tteokbokki...sebab dia stress tak dapat rasa Tteokbokki kat The Cup Stylish Korean Food Rice & Noodles @ Publika, Solaris Dutamas weekend lepas..kira sesi balas dendam la ni...hahaha...kesian pulak tengok punya la dia mengidam kan...hehehe...



Semalam Sally cuba Beef Gimbap...sedap la jugak...fresh..inti banyak...padat...sedap....overall Sally berpuas hati la dengan restoran ni...masakan dia mmg sedap...orang yang tak kuat peas elok la datang sebab kita boleh mintak nak pedas ke tidak...so, ikut selera...Sape yang nak g cuba...ajak la Sally ye..kekeke...kita orang Ampang je :P

Friday, August 29, 2014

Sambutan Merdeka Raya MNM.

4:08:00 PM 10 Comments
Macam yang sally cakap dalam entry popiah ketam, kan Sally ada bagitau kenapa Sally buat popiah kan...hehehe...Semalam la hari kejadiannya untuk sambutan Merdeka Raya MNM...cuma bezanya kali ni kami semua kena bawak makanan sendiri la...



Sebenarnya sambutan ni pun untuk kak Nurul (yang pakai baju kuning)...sebab hari ni dah hari terakhir dia bekerja dekat MNM ni selepas 8 tahun dia kat sini...ada rezeki kat tempat lain...tak salah kalau kita nak majukan diri kan...insyaAllah akan murah rezeki dia lepas ni...
 

Hah! dalam bekas biru tu la popiah ketam Sally...semalam mmg banyak gila makanan...ada satay, chapati, nasi dagang, spaghetti, nasi impit kuah kacang, roti jala, bihun goreng, kek lapis, buah-buahan, rendang ayam, rendang kerang, kerutub daging kambing, koktel, red velvet cuppies, cheese cake...banyak la...sebab semua orang bawak menu yang berlainan kan...hehehehe...seronok gila semalam...




Tapi sayang la...sebab Sally lupa bawak phone...so, nothing to capture la semalam...haihhh...kalau blogger buat pape aktiviti tanpa kamera, tanpa gambar mmg sangat tak cool okay...nanti jadi la macam Sally...xde gambar nak kongsi...ini pun habis amik ikhsan daripada fesbuk...sadisnya...

Tapi alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar semalam...makan sedap...sepanjang hari tak buat kerja...kejap makan kejap rehat..hehehe...bos pun join sekaki...kita pun apa lagi...hahahaha...kekeke...sekali sekala buat aktiviti macam ni mmg sangat bagus untuk mengeratkan staf-staf yang ada kan...yela...habis yang kat site semua kena datang jugak...

RESEPI : Popiah Ketam.

3:23:00 PM 17 Comments
Semalam ada makan-makan dekat office ni sempena Merdeka Raya, sebab kan semua orang kena bawak makanan sendiri...kira style port luck la gitu...Sally pulak dengan badan tak sihat ni kan...tu yang malas nak masak...jadi Sally memilih untuk buat benda yang simple, popiah...

Tapi popiah ketam...?

Heehehe...korang ingat ada Maggi Kari Ketam je..? Popiah ketam pun ada okay...resepi ni Sally terfikir nak buat masa tengok blog cik lily putih...alaaa...kakak blogger yang femes emes tu...kekeke...masa tu Sally tak terfikir akan buat....


Tapi jangan la korang g bayang letak sekor ketam pulak...hehehe...Sally pakai crab stick je ye sayang... Kalau nak letak ketam sekor...mau rabak poket nak membeli oii...dah la ketam mahal sekarang...kan...?

Kalau nak senang, beli la yang pendek kulit popiah yg kecik...so, nanti takde la tebal sangat....Camne nak gulung tu rasanya korang tau kan..?


So, dapat la 48 keping...sebab cukup-cukup je crab stick tu...pastu kulit popiah tu ada baki sehelai...ye...mmg tak cukup 50 keping...yang baki satu tu Sally letak je Nutella sebab malas nak g ambik serunding dalam peti ais..boleh? Hahahaha...nanti korang cuba la...kalau nak kelainan kat korang punya popiah...asyik inti sayur je kan..?

Thursday, August 28, 2014

Robbani Razali :)

4:46:00 PM 13 Comments
Robbani Razali ni jarang-jarang korang nampak nama dia dalam entry Sally...sebab Sally banyak bahasakan dia dengan panggilan "Apek"...Kekeke...kalau datang part keji mulut Sally ni, Sally panggil dia apek muallaf...hahahaha...tapi tu pun kalau dia tak nak dengar Sally bebel la kan...

Kalau Qim tu korang dah biasa baca kan..? Sebab Sally sekarang sambung belajar dengan Qim...so, tu jela kawan lelaki yang kalau korang perasan yang Sally banyak cerita...beberapa minggu lepas, Apek call Sally...pastu dia bebel...

"Kau tak pernah tulis pasal aku dalam blog kan..?"


Actually masa zaman lepas kolej dulu ada la sekali dua cerita pasal dia...tapi lepas tu dah jarang dah sebab dah jarang jumpa...tapi kalau sekali lepak...mau makan 23 jam kot..kekeke...exaggerated! Takde la...sebab lepas zaman diploma, dah jarang jumpa...tapi selalu jugak la contact kan...Sally rapat dengan apek since semester satu lagi...sampai la ke semester enam, Sally sekelas dengan dia...senang cerita...pakcik ni dah macam saka...ada je kat mana-mana...hahaha....

Sebelum korang nak tanya...Sally tak jatuh hati ke dengan dia..? Sama jugak macam Qim...Sally anggap dorang macam abang Sally...sebabnya dorang akan selalu ada bila Sally dalam masalah atau perlu pertolongan..Dorang sentiasa akan cuba bantu walaupun kadang-kadang Sally ni minta benda yang merepek...apek cakap, zaman kolej dulu kau banyak tolong aku...so, sekarang aku balas balik...

Sumpah, jujur...Sally tak pernah terlintas dalam hati nak orang balas ape yang kita pernah bantu atau kita tolong...tapi mmg akan ada satu masa bila kita mmg akan perlukan bantuan, dan Allah bagi mereka untuk bantu kita...

Iera & Apek
Apek ni jenis tak ramai kawan...sebab kalau yang tak kenal dia sure akan cakap pak cik ni jenis yang suka mendabik dada...Apek ni jenis dia suka cakap besar...kadang tu Sally rasa nak tepuk dahi dia...tapi kadang-kadang tu...sebenarnya apa yang dia cakap tu benda yang betul...cuma orang yang dengar rasa macam dia ni cakap besar la....


He's getting engaged next month! Hehehe...Sally la antara manusia yang paling happy bila apek dah move another step closer to marriage...Hehehe...jujur kata la...Sally happy bila satu persatu kawan baik Sally dah mula nak membina masjid, nak kahwin...Semalam pun Sally baru je dapat "anak buah" sebab Wan yang kawen masa Sally g Melaka dulu dah dapat anak...kalau nak baca boleh g entry Wedding, Melaka Trip (Part 1)... Nanti korang tau la parents kepada "anak buah kami"...

eh, kita bukan cerita pasal Apek ke..? jauh pulak melalut kan...hehehe...so, entry ni Sally dedikasikan kepada kawan lelaki yang paling Sally rapat, "abang" yang banyak membantu...dan seorang sahabat...dunia akhirat...InsyaAllah...

p/s : Apek, done! ^_^

Tuesday, August 26, 2014

The Cup Stylish Korean Food Rice & Noodles @ Publika, Solaris Dutamas

8:07:00 PM 14 Comments

Semalam, Ain ajak Sally keluar sebab nak tebus kupon yang dia beli kat Groupon.my...ye...mmg Sally dah dapat tarik ramai orang membuang duit kat Groupon ni..kekeke...tapi takpe la...benda makan kot...bukan nya benda yang membuang duit kan..(Photobook tak termasuk dalam benda yang tak berfaedah ye..kekeke)


Katanya dia beli kupon untuk The Cup...actually Sally ada 2-3 kali dengar pasal The Cup ni cuma nak ke Publika tu susah sikit la sebab Sally kan takde kenderaan nak ke sana..hihihi...selalu dengar orang cerita jela yang mampu....Semalam kami try Jajangmyeon (Korean Black Bean Sauce Noodles)...nak kata sedap sangat tu tidak la...tapi nak kata tak sedap..habis jugak....portion dia pun besar even kita nampak macam kecik je dalam cup tu kan...


Tadaaa...ni la rupa Jajangmyeon...sedap jugak la...bagi anak tekak korea macam Sally ni...oh! the best part is dia punya kimchi dan dia punya kitchen ni open kitchen...so, kita boleh nampak dia masak makanan kita depan mata...bersih...boleh tahan la...kalau tanya either Sally akan kembali ke sini ke tidak, Sally akan jawab ya sebab Sally nak rasa Tteokbokki (Spicy Korean rice cake) dia...nampak macam sedap!

Kalau rasa nak cuba, boleh la g Publika...alamat dia kat bawah ni ye:

The Cup
Lot 53, Level 1 UG, Publika
No.1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6205 1007 / 014-638 8907
Business Hour: 10:30am - 21:00pm
Website (Korean): http://www.thecupfood.com
Facebook (Malaysia): https://www.facebook.com/thecupmy

[10 Days Challenge] - Day 1 : 1 Picture

7:09:00 AM 34 Comments

Macam yang Sally dah cerita pasal 10 Days Challenge sebelum ni...So, hari ni kita mula dengan Day 1 : 1 Picture...

Sally suka laut...suka air la sebenarnya...Kalau nak bg excited sikit...nampak laut ke pantai ke sungai ke...terus gembira...entah kenapa kalau nampak air rasa tenang...atau mungkin sebab orang bandar jarang sangat kot jumpa airnya...tu yang jadi macam jakun kejap bila nampak pantai ke laut....

Benda pertama bila Sally nampak pantai ke laut...Sally akan bawak keluar telefon dan ambik gambar..kekeke...Lepas tu duduk dia kat tepi gigi air tu dan pandang jauh kat tengah laut... 

Monday, August 25, 2014

10 Days Challenge, Sape berani...?

8:41:00 PM 63 Comments

10 Days Challenge..

Sally jumpa benda ni dekat satu blog tapi last dia update tahun lepas la..mungkin dia bukan blogger tegar kot...so, Sally macam tertarik nak buat jugak..hehehe...sebab kadang-kadang tu macam takde idea nak update ape kan...So, dengan 10 Days Challenge punya soalan ni secara otomatik kita dah ada 10 entry...haaaa...macam best kan...?

Sally akan mula esok...dengan Day 1 - 1 Picture...kalau nak join, sila la...hihihi...boleh kita main kenal-kenal kan..kekeke...

^_____^

Makan - makan raya rumah bos.

3:54:00 PM 15 Comments
Dikesempatan ni...Sally nak ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa nahas MH17 dan selamat kembali ke tanahair...Bukan la tanpa entry takziah bermakna kita tidak sensitif dengan kejadian ni...cukuplah kita bertafakur dan juga berdoa didalam hati agar roh-roh mereka sentiasa dirahmati...

#MalaysiaBerkabung #MH17

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepatutnya entry ni ditulis oleh Sally pada Jumaat lepas...tapi disebabkan otak penuh dengan bank reconciliation yang tak balance sampai sudah tu...menyebabkan Sally tak sempat nak ambik mood nak update pasal ni...ni cerita khamis lepas bila bos Sally ajak pi beraya kat rumah dia...tahun lepas pun kami ada beraya jugak...boleh baca kat entry House Warming Party En Pojee..Kiranya tahun ni kali kedua la kami jejak umah dia..kekeke

Tahun ni beza sikit sebab division atas (tempat Sally) ada buat baju sama..geng marhaban MNM katanya..kekeke...bos pun terkejut bila kami pakai baju sama...cuma ada sorang je kaki spoil sebab baju dia tertinggal kat rumah lain...aishhh...InsyaAllah khamis ni akan pakai lagi...




Masa ni kat office lagi...masuk pagi je dah takde mood nak kerja...asyik photoshoot je kojenya...almaklumla...first time pakai baju sama kan...hehehe...boleh la...bukan baju uniform je...saje je Sally dengan kakak-kakak kat office ni beli masa kami g Vietnam awal Februari lepas...




Makanan dia sedap oii...serius! Sally mmg suka bila bos bini Sally masak...mmg sedap..kekeke...yang penting...serawa doyan dia..MashaAllah! boleh habis satu periuk kot kalau hadap diam-diam..kekeke... (perumpamaan yang melampau..Sally tau...hahahaha)


 Yang ni semua geng satu divison sama dengan Sally...semua dah berpunya kecuali Sally..kekeke...


Ambik mood kot nak ambik gambar ni...hahaha...kejap lawan cahaya la..kena cahaya la..muka tak ready la...mencabar! Nasib baiklah outcome dia sangat cantik...ehh...bukan la Sally cakap kami ni cantik tau...tapi errr...comel sikit kot?


Dalam entry sakit, korang kata muka tak sakit kan...? Mmg la tak sakit...sebab tu muka khamis lepas...kalau Sally tunjuk muka hari ni...seram dia tahap mencabar kot..hahahaha...macam obses kejap dengan phone Samsung S5...cantik kan? test selfie pinjam phone kak Atikah...wuwuwuwuw...cantiknya gambar...

Nak satu...

Yong Hwa yaa...chabal...Samsung S5 juseyooo....

(T___T)

Sakit.

11:31:00 AM 21 Comments
Selamat hari Isnin...!

Hari ni Sally takde la Monday Blues...tapi badan agak tak sihat...demam, sakit tekak, batuk, selsema...yela...geng berangkai kan....

Tapi masih lagi tak mc hari ni...cuma badan agak letih sikit sebab smlm kena asthma masa tengah nak tido...terus macam tak selesa sangat nak tido...Sally satu jela...kalau dah selsema, batuk...terus ada potential nak kena asthma...nasib baik jugak la jarang kena...kalau tidak...penat jugak nak menghidu inhaler tu....

Sally masih belum sempat nak umumkan pemenang untuk 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur Merchandise Contest, InsyaAllah dalam masa terdekat ni ye Sally akan cuba uruskan...paling awal esok pagi la ye...maaf sangat kat sesape yang join tu...terlewat pulak umumkan...

So, doakan Sally cepat sihat ye...GTG..


p/s : sebab ramai ckp muka tak sakit...sebab ni muka khamis lepas..huhuhu...kalau amik muka harini...tak nmpk ape...putih pucat je -_-'

Sunday, August 24, 2014

Kampung Baru view.

12:36:00 PM 16 Comments

Malam Jumaat lepas, Sally, kakak dengan mama berjalan ke Kampung Baru...hehehe..bukan sengaja tapi sebab ada keja sikit malam tu...balik pun dah lewat..

Sally jarang ke Kampung Baru sebenarnya...tapi bila dah alang-alang ada kat sana ajak la mama berjalan tgk KLCC...gagah oii orang yang lahir kat KL nak tgk KLCC waktu malam...boleh? Kekeke...

Tapi serious la...tengok lampu waktu malam kat bandar ni lain feel dia...tapi kalau dapat tengok bintang kat kampung lagi seronok kan?

Saturday, August 23, 2014

CSMY Photobook is here!

7:49:00 AM 14 Comments

Selasa lepas Sally ada bagi tau yang Sally dah dalam proses untuk print photobook Sally nombor 2 untuk konsert Can't Stop...So, kali ni Sally print out untuk konsert kat Malaysia pulak.... Mmg excited gila nak tunggu photobook ni...yela...sebab kita yang design dia kan...hehehe....

Altogether ada 40 pages...tapi Sally just tunjuk beberapa mukasurat yang Sally suka jela ek..hehehehe....macam biasa la kalau nak tengok, g usha kat Instagram Sally kat sana ada full video untuk semua layer...






Yeay! I have both for Singapore and Malaysia concert...errr...FNC Ent dah tambah Philippines sebagai last stop untuk konsert Can't Stop yang sebelum ni sepatutnya Malaysia...haihhh la...kenapa la hati ni macam berkeras nak g sana ek...kekeke....Kalau dibuatnya ikut kepala gila kawan-kawan Sally...mmg sah la sampai Manila tu...tapi disebabkan masih "waras" kononnya...Jadinya Sally pandang dari kejauhan jela...LOL... 

Friday, August 22, 2014

RACE START Season 2 in Malaysia Running Man Fan Meeting!

4:22:00 PM 34 Comments
Running Man!
Siapa yang tak tau pasal rancangan realiti televisyen Korea dan sangat diminati di seluruh dunia kerana lawak mereka yang bersahaja dan juga permainan yang kadang-kadang tak masuk akal tapi sangat menghiburkan...ni kan...

Sally pun selalu tengok Running Man ni...kalau time stress, serius boleh menangis ketawa kot..kekeke...So. to all Malaysia Running Man fans, here the news you have been waiting for..ticketing details for the RACE START Season 2 in Malaysia Running Man Fan Meeting!

As far as I concern, ticket sales will start on 29th August 2014, Friday, 10am via TicketCharge!
To purchase the tickets, you can log on to www.ticketcharge.com.my or call 03-9222 8811. You may also download the TicketCharge app to purchase the tickets.


Event Details

Date: 1 November, Saturday
Venue: Stadium Negara
Ticket Price: RM729 (VIP*), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) and RM199 (CAT 4)

*All VIP ticket holders can receive an exclusive autograph pass to meet the stars up close and get an autograph from 1 of the cast members!


Race Start Season 2 in Malaysia is proudly presented by ONE HD, with Supporting Sponsor Red Bull - No.1 Energy Drink in Malaysia. Lepas pembatalan fan meeting pada bulan September tahun lalu, kali ni mereka kembali, for real ek sebab kali ni organizer dia mmg dah selalu bawa artis KPOP masuk...so, don't worry..hehehe

For more info, visit www.ONEtvasia.com or follow them on twitter @ONETVASIA!


Hah! apa lagi...Don't miss this chance to catch Kim Jong Kook, HaHa, Ji Suk Jin & Song Ji Hyo LIVE! Depan mata! Hahahaha...kali ni Sally pass la...takkan g kot...sebab Sally takde la fanatik sangat kat Running Man...minat tengok je...sekarang ni pun dah lama tak tengok sebab terlalu busy dengan kerja dan study...

Anyway, kepada sesape yang pergi nanti...have fun!

^_____^

Apa itu Ice Bucket Challenge? ALS?

2:41:00 PM 28 Comments

Sekarang ni menjadi viral di media sosial tentang #icebucketchallenge yang sedang dijalankan oleh selebriti-selebriti di dunia dan tak kurang juga daripada para menteri kita di Malaysia...Yang Sally pernah tengok antaranya ialah YB Khairy Jamaluddin.

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

The Ice Bucket Challenge is an event started by the ALS Association in order to raise awareness of ALS, also known as Lou Gehrig's disease, and to raise donations. If you're nominated, you must dump a bucket of ice water on you or donate money to the organization, which will go to funding the research to find treatments and a cure for ALS.

"Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) is a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and the spinal cord. Motor neurons reach from the brain to the spinal cord and from the spinal cord to the muscles throughout the body. The progressive degeneration of the motor neurons in ALS eventually leads to their death. When the motor neurons die, the ability of the brain to initiate and control muscle movement is lost. With voluntary muscle action progressively affected, patients in the later stages of the disease may become totally paralyzed." - ALS Association

Pada pendapat Sally, tak salah sebenarnya apa yang dibuat oleh para selebriti kita dan juga beberapa individu di dunia ni...Walaupun mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima cabaran atau membayar, tapi kebanyakkan para selebriti memilih untuk melakukan keduanya, menerima cabaran dan juga membayar $100 kepada yayasan ALS.

Setiap yang berlaku tu sentiasa ada pro and cons dia...berbalik kepada kita sendiri untuk berfikir apa yang perlu dilakukan...sokong atau tidak, derma atau tidak, semuanya berbalik kepada jiwa dan pendirian kita...Sally tertarik dengan statement daripada kak Fynn Jamal...

apa yang penting bukan persetujuan orang--
tapi justifikasi kita pada Tuhan.

Cuma bukankah agak kelakar--
Trending ni bagai terlalu tiba-tiba--
sebab nak kita lupa Gaza kita.

Walau cuma sementara.

Di Malaysia ni, sesuatu yang viral cepat je tersebar...kadang tu benda yang tak sepatutnya viral pun dijadikan sesuatu yang sangat diberi perhatian...kelakar, lawak kadang tu...entah la..persperktif orang takkan sama dengan kita..kan?


Antara beberapa selebriti KPOP yang Sally tau dah kena buat termasuklah Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, HAHA (Running Man cast), Jong Hyun (SHINee) dan tak lupa juga kepada abang-abang biru Sally, Jung Yong Hwa & Lee Jong Hyun...Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin pun kena jugak tapi mereka masih belum terima cabaran tu...so, kita nantikan jela ye..Walaupun kita rasa macam mereka ni buat untuk mengikuti apa yang orang lain buat...tapi mereka sebenarnya dalam proses untuk mengajak sendiri kita untuk menderma dan juga merasai apa yang mereka (pesakit) rasa...sebab daripada situ la akan timbul rasa tanggungjawab dan juga kita akan sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sihat...