Habis DUIT membeli..!

8:54:00 PM Sally Samsaiman 27 Comments

Haaa....pergi konsert je dah habis banyak duit...dah sampai kat stadium pun membeli lagi...hahaha...err...kira barang kenang-kenangan...boleh ke macam tu...? Eh, korang dah baca ke pasal 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur version Sally...?

Heee~ apa yang Sally beli ek?

1. White falcon guitar key chains





White falcon guitar keychain ni...Sally beli sebab dia nampak comel sangat...keychains ni imitate gitar kepunyaan Yong Hwa...nampak cantik sangat kan...? Mmg nampak sebiji macam JYH punya gitar...tapi gitar ni dah jarang dia bawak kemana-mana konsert...dia dah beli gitar baru sekarang...

p/s : Kalau korang nak beli keychains ni...Sally tgh bukak preorder....harga dia RM20/pcs..including postage...kalau nak...korang boleh usha details kat instagram Sally...

2. Slogan


Slogan ni macam muffler la...tapi yang ni Sally dah beli masa kat Singapore...so, masa konsert sabtu lepas...Sally bawak je lagi sekali..hihihi...

3. Tickets & Light stick.


Yang tiket tu mmg kena beli la kan...kalau tidak mau kena dengar konsert masa kat luar stadium je..hahahaha...dan light stick tu Sally kirim kat MYCNBLUE je masa dorang pergi konsert kat Busan, sebab kat sana murah sikit..hihihi...

4 . T-Shirts




ye...sekali tiga...huwaaaa....kenapa la Sally terpedaya beli t-shirt sampai 3 helai...hahahaha...balik rumah terus buat muka comel kat ibu...hehehe...

"Ibu, duit dah habis...."

5. L-shape file


Ini dapat free je...Rasanya orang-orang daripada China datang menjual...sebab ada seller yang langsung tak reti cakap bahasa melayu atau english...

6. Poskad


Free item lagi masa beli T-Shirt...

7. Kipas Tangan


8. Paper bag



First beli satu RM10...lagi sekali beli...2 untuk RM5...kuang ajaq! hahahaha....

9. Takde motif


Sally nak beli...tapi tak beli pun...hahahaha...kawan Sally je yang beli...

Seronok membeli belah...tapi banyak nya Sally beli untuk orang...tapi xde la Sally borong habis...banyak memborong untuk orang jugak...yela...tak beli, kesian....yes...mmg nampak membazir...tapi InsyaAllah bukan niat nak mambazir...cuma nak simpan buat kenang-kenangan...Simpan jela pun kan :)

27 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur. (Sally's version)

4:34:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Finally!

Hahahaha...ada ke yang menunggu Sally update...well, masih lagi ada yang bertanya kenapa Sally merajuk dengan Jung Yong Hwa...hehehe...sebenarnya takde ape yang besar pun...cuma kami agak kecewa bila Yong Hwa langsung tak senyum masa kat Malaysia start daripada dia sampai ke airport, masa kat press conference dan jugak masa konsert dan dia nampak terlalu letih dengan schedule dia sekarang...tapi cut off the moment! Meh Sally nak cerita pasal konsert 2014 CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur!

(Bila dah update ni bukan bermakna Sally dah tak merajuk ye..)

Agak berbeza sikit cara dorang masuk kat KL ni dengan Singapore yang lepas...kali ni dorang tak masuk daripada depan pentas tapi keluar daripada backstage macam biasa...konsert start dalam pukul 7.40pm...lewat 10 minit daripada jadual asal...tapi takpe...performance dorang sangat menarik dengan lagu opening "Time is Over" dan yang penting, Sally rindu dorang.. (wuuwuwwwww~)


Malam tu hampir 5,000 orang yang hadir...walaupun tak la sepenuh macam konsert dekat Japan atau Busan mahupun Seoul...tapi ni dah cukup meriah!  Kali ni Sally dan kawan-kawan memilih untuk berdiri berhampiran dengan stage...walaupun agak sesak sikit...tapi...layankan jela...dah dekat dengan CNBLUE kan..hahahaha...


Set list kali ni agak berbeza daripada kat Singpore, tapi lagu-lagu yang best dan popular semua ada macam I'm a loner, I'm sorry, Intuition, Can't Stop, Greedy Man, Coffee Shop dan tak lupa lagu wajib masa encore (Love Light, Wake Up)...Kalau korang nak tengok boleh la search channel Sally kat YouTube...tapi belum sepenuhnya la Sally upload..hihihi...dan kualiti pun agak tak berapa cantik la...




Sebelum korang marah Sally kenapa banyak muka Yong Hwa dengan Jong Hyun...meh Sally nak bagitau...Sally berdiri di kawasan Jong Hyun...meaning that berlawan kawasan dengan Jung Shin...dan kenapa takde gambar Min Hyuk...sebab Sally jauh sangat dan dia pun jauh sangat daripada stage...mmg susah nak ambik gambar dia...



Gambar yang terbaik Sally dapat yang nampak semua 4 orang..not including the screen...

Walaupun penat, dorang mmg sangat energetic! Eh, kalau dah Sally kan...anything pasal CNBLUE semua dia kata okay..hahaha...tak la...serius...walaupun dorang tak tukar baju...tak mekap untuk menari dan sebagainya...dorang tetap rockers yang paling bagus yang Sally tau...(KPOP version please)...

Durasi masa 2 jam setengah tu sangat la tak cukup! Hehehehe...nampak tak dia punya tamak...Sally rasa baru je dorang nyanyi 20 lagu dah habis 2 jam...hahahaha...amboi...sekali 20 lagu tu...




Masa ni Yong Hwa tengah bergurau dengan Jong Hyun...tapi konsert malam tu Jong Hyun agak diam dan macam khayal dalam dunia sendiri...dia main gitar sorang-sorang...tu belum lagi masuk dia boleh bantai bersila dengan duduk kat stage tepi tu main gitar...dia ni mmg jenis comfort kat mana-mana kot...hahahaha
















Gosh! kenapa la pakai V-Neck Yong Hwa oii...luruh jantung kejap tau tak..damn! you so hot man...hahahaha...terus tak lena tido malam...okay, Sally tipu...balik konsert je terus terlentang tidur sebab penat...kalau korang ada baca live update...mesti korang tau Sally sampai sana pukul berapa lagi kan...? Sally kesana awal bukan sebab ape...tapi sebab banyak tiket kawan-kawan Sally ada kat tangan Sally....



Nothing much to say sebenarnya, Sally just happy dapat jumpa dorang lagi sekali... (even bulan May dah jumpa)...Camne nak kata ek...Sally minat sangat kot...dah macam mak-mak dah rasa...sayang oii kat adik-adik biru ni haaa..ihiksss...okay, dorang sebaya dan lagi tua dari Sally...kenapa Sally rasa macam kakak pulak ni haaa....

haihhh...last stop dekat Manila, Philippines ni sangat menarik perhatian...hahahaha..okay, okay...back to reality....Sally tak nak pergi..eh bukan tak nak..tak mampu!

CNBLUE janji akan datang ke Malaysia lagi sekali...walaupun Sally agak kecewa sikit dengan "mood" dorang masa kat Malaysia, tapi kalau nak dibandingkan persembahan mereka, muzik mereka...rasa kecik hati tu Sally tolak ketepi dulu....Nanti Sally akan cerita kat korang kawan-kawan Boice Sally dan jugak benda-benda yang menarik duit Sally daripada keluar purse sampai Sally kena makan rumput sebulan ni..hahahaha..

cheerios! :)

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

[News] Kosmo! | CNBLUE penuh aura

3:12:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments

Lagi cover daripada media tempatan kita...kalau belum baca yang MyMetro punya edition, boleh baca kat [News] My Metro | CNBlue tunjuk taring sebenar. Tapi sebelum Sally komen, Sally bagi korang baca dulu..hehehe....ayat pertama lagi Sally rasa dia dah salah fakta...

FENOMENA lagu K-Pop di Malaysia semakin hari semakin hilang auranya. Namun, itu bukan suatu halangan buat band rock yang berasal dari Korea Selatan, Cnblue untuk menarik peminat menyaksikan konsert kali kedua mereka di Kuala Lumpur. Buktinya, pada malam Sabtu lalu, pekarangan Stadium negara dipenuhi dengan peminat Cnblue. Kebanyakan mereka merupakan gadis belasan tahun yang tidak ralat untuk berhabis wang sehingga RM588 demi sekeping tiket VVIP.

Konsert jelajah yang diberi nama 2014 Cnblue Can’t Stop Live in Kuala Lumpur itu boleh dikatakan cukup berjaya. Ruang stadium dipenuhi dengan 5,000 peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menatap wajah artis pujaan mereka dari jarak dekat.

Cnblue yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa (gitar/vokal utama), Lee Jong-hyun (gitar/vokal), Kang Min-hyuk (drum) dan Lee Jung-shin (bass) sememangnya mempunyai aura tersendiri kerana masih mampu membuatkan peminat menggilai mereka sehingga ke hari ini. Persembahan band Cnblue dimulakan tepat pada pukul 7.40 malam. Tanpa sebarang gimik, tanpa sebarang bicara, mereka muncul di atas pentas dan terus menyanyikan lagu "Time Is Over" yang dipetik daripada album Code Name Blue. Persembahan diteruskan sehingga lagu Diamond Girl dan Intuition tanpa sebarang bicara. Tamat sahaja lagu ketiga, mereka berhenti sebentar untuk berinteraksi dengan peminat.

“Apa khabar, kami Cnblue. Selamat datang ke konsert kami. Semua mari bergembira. Selamat berkenalan. Aku cinta padamu dan kami sudah bersedia,” itulah antara sesi bicara dalam bahasa Melayu yang dituturkan oleh anggota band Cnblue.

Bertanya khabar
Selesai bertanya khabar, mereka meneruskan persembahan dengan lagu yang berjudul Love. Paling menarik perhatian peminat apabila Yong-hwa bertukar alat muzik daripada gitar ke keyboard. Dia bijak membelai jiwa peminat dengan memainkan lagu cukup romantis iaitu "These Day" dan "My Miracle".

Sesekali mereka berhenti untuk berbual dengan peminat. Meskipun sebutan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mereka kadangkala sukar untuk difahami tetapi itu sudah memadai untuk membuatkan peminat menjerit kegembiraan.

“Adakah anda semua seronok? Saya sayangkan Malaysia,” itu antara bait bicara yang terluncur daripada mulut vokalisnya, Yong-hwa.

Persembahan diteruskan sehingga pukul 10 malam tanpa henti dengan 24 buah lagu keseluruhannya. Antara lagu lain yang didendangkan ialah I’m A Loner, Let Me Know, Lady, Can’t Stop, Robot, Wake Up dan Love Girl.

Melihat persembahan mereka secara langsung, nyata mereka antara artis berbakat yang layak untuk diminati peminat Malaysia. Walaupun tidak faham lirik yang dinyanyikan dalam bahasa Korea tetapi kejujuran dalam lagu yang disampaikan sampai di hati setiap peminat. Bukan itu sahaja, tenaga mereka juga tidak pernah surut. Mutu vokal Yong-hwa dan vokalis keduanya, Jong-hyun tidak pernah sumbang sehingga ke lagu terakhir. Menariknya, selesai sahaja menyanyikan lagu terakhir, "Love Light" mereka berempat berjalan ke kiri dan kanan pentas sambil tunduk pada peminat sebagai tanda hormat atas sokongan yang diberikan


Merendah diri

Sesuatu yang cukup meruntun hati peminat betapa mereka merendah diri dan sedar tanpa peminat mereka tidak akan berjaya seperti hari ini.

Menurut Yong-hwa yang ditemui pada sidang akhbar sehari sebelum konsert berlangsung, selepas konsert jelajah ini berakhir mereka akan kembali sibuk di studio untuk merakamkan album terbaharu mereka selain album solo Yong-hwa.

“Selepas ini kami akan sibuk di studio. Saya akan sibuk dengan persiapan album solo. Kemudian akan sibuk dengan rakaman album terbaharu Cnblue,” balasnya.

Setakat hari ini, Cnblue telah menghasilkan enam album studio dan sembilan mini album. Album terbaharu mereka Can’t Stop yang dikeluarkan pada tahun ini juga disifatkan antara album yang berjaya kerana mengandungi banyak lagu popular.

Kata akhir daripada mereka, konsert kali ini bukanlah konsert terakhir mereka di Malaysia. Mereka berjanji akan datang ke Malaysia secepat yang mungkin. Apa yang pasti, dengan kualiti muzik dan persembahan yang diberikan Cnblue, tidak mustahil mereka akan kekal lama dalam industri muzik dan akan berkunjung ke Malaysia mengadakan konsert saban tahun.

Overall, Sally takde la nak condemn orang yang menulis ni...tapi fakta pertama dia salah dah tu...atau mungkin dia jarang mengikuti dunia KPOP..pasal tu yang boleh salah...huhuhu...dan Sally sangat setuju pasa mutu lagu dan jugak tahap stamina dorang yang ditekankan penulis...

Kebanyakan mereka merupakan gadis belasan tahun yang tidak ralat untuk berhabis wang sehingga RM588 demi sekeping tiket VVIP.

Rasa macam kena perli pun ye jugak..hahaha...tak kisah la...setiap orang ada minat mereka yang tersendiri...mungkin minat Sally lebih menghala kepada band yang membawa genre muzik rock...mungkin yang lain suka yang menari...siapa tahu kan...

eh, Sally minat dangdut jugak kot..hahahaha

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!