Allah Maha Mendengar :')

1:43:00 PM Sally Samsaiman 27 Comments

Sejak seminggu lepas Sally ada bagi tau yang phone Sally rosak kan....since masa Aidilfitri lagi Sally punya phone dah buat hal...sedih...tu jela yang Sally boleh cakap...mana tak nya...telefon baru je berusia 9 bulan kot...Sape yang tak sedih...kalau dah 3-4 tahun tu yela takde nak ralat mana kan....

Macam yang korang semua perasan, Sally akan menghadiri konsert CNBLUE pada hari Sabtu ni...meaning that esok la...tapi bila phone rosak...Sally terus rasa macam...

"okay, takde motif aku g konsert.."

which is sebenarnya takde kaitan pun...bukan sebab sape ada phone boleh masuk...tapi sebab kali ni Sally nak sangat kongsi dengan korang kemeriahan konsert kat Malaysia...bila kita kat negara lain...feeling dia tak sama sebab kita tak duduk kat negara kita....

Beberapa hari ni...Sally sentiasa berdoa...semoga Allah permudahkan segala urusan Sally...tak kisah la apa-apa pun...Baik daripada segi hidup mahupun rezeki atau pelajaran Sally..(budak takut next week result keluar)...tapi betul la orang kata...bila kita bersungguh-sungguh minta pertolongan Allah, In Shaa Allah...Allah akan bantu kita....


Semalam sebelum balik kerja...Sally dapat satu panggilan daripada Sony Center kat KLCC yang phone Sally dah selamat...dah sihat...terus Sally speechless...rasa nak menangis...rasa terharu...rasa yang tak dapat nak ungkap...betapa sayangnya Allah...sehingga DIA bantu permudahkan segalanya..(even sebenarnya pergi konsert tu melalaikan)...aisehman...semoga Sally dapat kawal diri dan jaga pergaulan...

So, let's celebrate people! Nantikan live update daripada stadium....kalau korang rajin boleh follow instagram Sally...nnt sally update lagi banyak gambar kat sana...okay..?

27 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!