Kad ghaye Sally udoh nyampei~

2:55:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments

Yeay! segmen Sally dah pun tamat...kepada yang tak sempat nak join tu...tahun depan masih ada..kalau dipanjangkan usia la..iye dok..?


kepada 20 orang yang bakal terpilih nanti...Sally akan bagi kad ni...terima kasih kepada Dayang Deno yang sudi editkan dan jugak kak Shida Radzuan yang sudi print kan bagi pihak Sally...tanpa diorang siapalah kad raya Sally..hahahaha...


ohh! sebelum terlupa...terima kasih kak Shida sebab jadi orang pertama yang bagi Sally kad ghayo...terharu sampai nak nanges guling-guling...eh..metafora sangat kan..?


heee~ Sape nak kad ghayo??

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Koleksi Baju Kurung Moden 2014 Daripada 4 Fashion Designers Terhebat di Malaysia!

12:45:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments

Haaa! Sape yang belum beli baju raya...? Raya dah dekat ni...ada yang nak beli tapi dah takde saiz yang sesuai...takde warna yang korang nak...takde design yang lagi rare daripada orang lain...? Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang sedikit hari lagi, terdapat pelbagai rekaan baju raya yang terkini boleh korang temui di pasaran. Apa yang pasti, pada tahun ini sekali lagi baju kurung moden menjadi pilihan para wanita untuk tampil bergaya. Rata-rata pereka fesyen dan butik-butik pakaian tidak melepaskan peluang ini dengan membawakan koleksi baju kurung yang cukup menakjubkan. Jadi, hari ni Sally nak ajak korang tengok koleksi baju kurung moden 2014 daripada 4 fashion designers yang terhebat di Malaysia!

1. JOVIAN MANDAGIE



Siapa yang tak kenal dengan Jovian Mandagie? Pereka fesyen muda yang berbakat ini merupakan nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jovian pernah memeriahkan industri fesyen tanah air dengan koleksi baju kurung moden LS for Jovian dan JLuxe pada tahun yang sudah. Tahun ini, Jovian sekali lagi menampilkan koleksi baju raya untuk anda yang menggemari hasil tangan beliau yang cukup teliti.



2. RIZALMAN
Dikenali sebagai pereka fesyen yang paling terkenal dikalangan selebriti tanah air, Rizalman juga merupakan salah seorang nama besar yang telah lama bertapak dalam industri fesyen Malaysia. Bagi tahun 2014, Rizalman turut membawakan koleksi baju kurung moden yang cukup elegan dan pastinya menambat hati anda!

3. MELINDA LOOI

Seterusnya adalah Melinda Looi, pereka fesyen berbangsa Cina yang cukup sinonim dengan rekaan baju kurung yang menawan. Melinda yang sentiasa mengetengahkan idea yang ‘fresh’ kini membawakan koleksi baju kurung moden Diana Danielle untuk anda yang bertubuh kecil molek!

4. SYOMIR IZWA 

Last but not least, Raya tahun ini juga turut dimeriahkan dengan koleksi baju kurung moden daripada Syomir Izwa! Pereka fesyen yang cukup terkenal dengan idea minimal ini hadir dengan koleksi pakaian yang berkonsepkan geometri untuk anda yang menginginkan kelainan pada Syawal 2014 ini.

So, kalau mereka merupakan semua ni merupakan favorite fashion designers korang, apa lagi...layari la laman web ZALORA Malaysia sekarang. Postage pun free sampai depan pintu rumah..tapi kalau pakai alamat office jangan la tunggu depan rumah pulak... Errr...Sally pun nak g usha jugak even takde saiz kan..hahahaha...Happy shopping korang!

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Selipar bulu-bulu :P

9:29:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments


Carrot!


Ulat gonggok!

Hahahaha...kan Sally dah pernah cakap...Sally suka buang duit! -___-''

Eh! tak la...kaki Sally ni jenis kering dan cepat merekah...so, kat rumah ke kat office mmg sally selalu pakai selipar atau stoking...kat office pakai carpet pulak...lagi la kaki sakit...so, Sally beli la selipar instead of pakai stoking...malas nak pakai nak nak sarung nak bukak...

Lagi satu pakai kat rumah...sebab ibu dah ambik selipar Sally lagi satu...terpaksa la beli yang kedua..hahahaha...sadis tak cerita Sally...? ni bukan alasan ye..haip! haip!

Korang ada masalah macam Sally?

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!