Rowden and Leizel .

4:02:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Sally tak pasti korang dah dengar belum pasal couple ni...tapi Sally rasa kisah dorang sangat la sedih...nasib tak menangis kat office ni.. (okay, nanges sikit)...


Okay...serba sikit la pasal pasangan ni...

Pada awal tahun ni, Rowden dan Leizel telah membuat keputusan untuk berkahwin pada 8th July 2014, pada hari Rowden akan menyambut harijadi yang ke 30 tahun...walaupun belum berkahwin, tapi mereka dah ada seorang anak yang perempuan yang comel berumur 2 tahun dan mmg dah sempurna dah keluarga dorang...


Tapi takdir kan...pada penghujung May yang lepas, Rowden dikesan menghidap kanser hati pada tahap yang keempat dan antara harapan terakhir dia ialah berkahwin dengan perempuan yang paling dia sayang, Leizel. Lepas persiapan yang mengambil masa hampir 12 jam dan sebab tak dapat nak bawa keluar Rowden daripada hospital...mereka pun berkahwin di hospital dengan bantuan paderi daripada gereja...


Rowden Go meninggal dunia pada umur 29 tahun pada 11 Jun 2014, kurang 10 jam selepas dia menjadi suami sah kepada Leizel May....mmg sedih bila tengok anak dorang, Zakiah. Baru je berumur 2 tahun dah takde ayah...sedihnya...

Kalau korang tengok sure korang pun rasa sedih...lagi-lagi bila adik beradik Rowden asyik cium dahi dia berulang kali...macam tak dapat nak describe perasaan Sally...huihhh...sedih oii~

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pedoman membeli makanan di Bazaar Ramadhan!

12:35:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Seorang sahabat sally berkongsi petikan daripada tazkirah Subuh oleh Ustaz Fawwaz Mad Jan. Sama-sama la kita cuba hayati...bukan la niat Sally nak menyekat rezeki mereka yang berniaga di bazaar tu...tapi tak salah kiranya kalau kita ambil berat tentang apa yang diperkatakan....



"Mintak tolong bila kita nak beli makanan yg kita nak makan waktu berbuka nanti kita tengok sama orang yg menjual tu macam mana. Kalau yg jual tu pakai kemas elok, yg laki pakai kopiah elok atau elok cara pemakaiannya, yg perempuan elok tutup aurat, cara buat pun cermat elok, time sembahyang dia berhenti sembahyang, kita yg tengok pun tak rasa was-was apa-apa, maka belilah kat dia.
Tapi bila yg menjual tu pun kelabu asap je, dengan yg lelaki pakai gelang rambut berwarna siap tercacak lagi, dgn yg perempuan pakai ketat, dah la ketat baju tu pulak lengan pendek nampak habih lengan dia, dengan tudung tak pakai, nasihat saya tak payah dok beli laa."

Pasal imam Ghazali ada berkata,

"Jika kamu nak tahu puasa kamu diterima Allah atau tidak, lihat siapa yang menyediakan makanan utk kamu ketika berbuka.."

Kalau yang sediakan makanan kita tu elok budi bahasa, bijak menjaga aurat dan menjaga imannya... InsyaAllah takkan terjejas puasa kita...kalau tidak, dikhuatiri puasa kita tidak diterima Allah...bukan tak sah tau...tak diterima...ada beza disebaliknya...Lecturer Sally sendiri selalu mengingatkan kami, pergi bazaar selain daripada nak cari juadah berbuka...jangan tarik pahala puasa orang lain dengan berpakaian yang tidak menutup aurat ataupun hanya membalut aurat...Sally bukan la alim...jauh sekali nak berlagak macam ustazah...tapi macam kita tau..bulan Ramadhan bulan untuk kita kumpul pahala...sebab semua yang kita buat Allah berikan ganjaran yang berlipat kali ganda...

Daripada mengurangkan pahala yang tak tau berapa dapat tu, baiklah kita tingkatkan amalan kita..okay?

17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!