Friday, May 30, 2014

Hari yang ditunggu - Majlis Akad Nikah!

5:45:00 PM 17 Comments
Alhamdulillah..hehehe...biasa la...adik dia mmg over sikit...muahahaha...Nampak tak malas nak dengar khutbah? Yela..baru je minggu lepas dengar khutbah masa majlis akad nikah Eja..ni nak kena dengar lagi..hahahaha....ampun Tok Kadi..! Kakak sally dah pun selamat dinikahkan pukul 3pm tadi...alhamdulillah.. Berkat doa semua org, majlis berlangsung lancar dan mudah...

Hehehehe...meh Sally kongsi gambar sikit ek...kira ala-ala teaser la ni...muahahaha....




p/s : Sape yang ada kelapangan esok, yang ada dekat area KL ni..jemput la datang kenduri tau...Kalau nak tau kat mana, macam mana nak datang...korang contact je Sally! usha link kat page tu ek..hehehe...Sally jemput semua! :)

Haiya! Jadi tukang cat.

10:46:00 AM 12 Comments


Semalam jadi bidan terjun kena cat bilik pengantin sebab bilik sebelum ni tetiba bocor pulak...hmmm...terpaksa la kena cat bilik...dah lewat ptg baru g beli cat, terus cat bilik sampai malam...fuhhh...penat gila kot...


Nasib baik la ada Alan semalam...kalau tak mmg haru biru la Sally nak kena cat sorang.. Hahaha...mengecat...kena la...habis baju Sally sebab lupa nak tukar...



Lepas cat bilik, kena cat tangan dia pulak...haihh...nasib la dia jenis tak suka inai lukis tu...so, sally pakaikan jela mcm tu..janji pakai kan?? Hehehe..okay, sally nak g buat roti jala, nak goreng bihun dgn goreng karipap..Heee~ penat! Tapi seronok.. :)

Thursday, May 29, 2014

Dah mula bercuti ~

1:47:00 PM 18 Comments
Seperti yang diketahui...kakak Sally bakal menamatkan zaman bujang dia pada esok hari...jadi sebagai Unofficial Wedding Planner dia, Sally "dipaksa" bercuti daripada kerja bermula hari ni...hahaha...nak kena siapkan hantaran dia la...nak kemas rumah, nak kemas bilik...macam-macam la kan...inilah nasib "Aku Seorang Adik!"...hahahaha..



Perasaan..?

Speechless...Sama macam masa abang Sally kawen tahun lepas...Ya, sedih, sebak, seronok, sendirian...semua la...dah la ada kakak sorang je...ye...walaupun dia ni heartless, tapi dia sorang jela kakak yang Sally ada...Dia jela tempat Sally nak luah perasaan bila rasa seorang kawan takkan mampu faham...Ye...mungkin sebab dia jenis takde perasaan kot...


Jadual Sally pack hari ni sampai la ke hari Sabtu nanti...Nak berlari cari baju abang, ambil barang dekat Pertama Complex, nak balik buat kuih...fuuuuhhh~...

Sorry la kalau tak sempat nak balas komen, tak dapat nak blogwalking...Nanti kalau dah free sikit baru Sally ke sana ye...

Tuesday, May 27, 2014

Ekspresi wajah - macam mana nak sorok?

11:28:00 PM 4 Comments

Kisah ni Sally nak kongsi...bukan niat nak memalukan sesape...cuma nak mintak sedikit pendapat daripada korang la kan....Sally ada sorang kawan...yang jenis tak boleh nak sembunyi ekspresi wajah...kalau dia tak suka ke...tak gemar dengan sesape ke...semua kita boleh nampak pada wajah dia...kalau dia stress atau dia benci atau dia mmg tak boleh nak terima kenyataan sesuatu...semuanya nampak sangat kat wajah...Sally ni jenis suka baca muka orang...kalau jumpa dengan sesiapa untuk pertama kali...Sally suka baca ekspresi wajah...So, lepas ni kalau sape jumpa Sally...pastikan korang jaga muka masing-masing...


Mungkin sebab Sally dah berkecimpung dalam bidang pembimbing rakan sebaya dan kaunseling sejak berada di sekolah menengah sampai la ke zaman kolej...dan sebab dah selalu berjumpa dan bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang...Sebab tu Sally senang sesuaikan diri dengan sesapa pun walaupun kadang-kadang ada yang Sally tak suka dengan kelakuan mereka pada pertama kali...tapi kita kena hormat la perangai orang lain....Sally takkan tegur melainkan kalau betul-betul Sally rasa annoying...

Berbalik kepada kisah kawan Sally....Dia ni seorang yang nak kata anti-sosial tu tidak la...tapi dia kalau dekat tempat kerja mmg takkan bercakap...unless kalau perlu...Dia bukan jenis yang suka berbual, berborak benda yang tidak perlu...even dengan office mate dia sekali pun...Dekat office pun dia takde kawan...melainkan sorang je...Dia suka duduk dalam dunia dia sendiri...Dia cuma akan berbual dengan orang yang dia dah biasa atau orang yang dia rasa selesa...kalau dia rasa mereka tak penting...korang faham kan?


Masa pertama kali jumpa dia, Sally boleh perasan yang dia bukan jenis yang mudah bergaul dengan orang...tapi mungkin sebab Sally ni jenis merapu...so, dia rasa agak selesa dan nak berbual dengan Sally...dan macam biasa la..kalau kita dah boleh berbual dan selesa, kita senang nak cerita apa-apa pada kita....

Sampai satu malam, dia tanya pendapat Sally...dia baru dapat naik pangkat...tapi office-mate dia yang mulut murai tu asyik mengata dia la...mereka rasa yang dia tak layak untuk dapat pangkat tu...dan mula la bercakap dibelakang dia...dan perangai dia ialah bila orang bercakap benda yang tak baik...ekspresi wajah dia akan tunjuk whether dia bengang atau tak suka dengan mereka...mmg takkan ada tapis...serius! Sally sendiri pernah nampak kalau dia marah, seronok, dan Sally tak pernah bgtau dia sampai la malam dia bercerita pada Sally dan dia agak terkejut bila Sally cakap yang Sally tau kelemahan dia...jadi sekarang ni dia agak tak selesa nak bekerja sebab dia rasa geram dengan orang, dan dia tak mampu nak sorok ekspresi wajah dia...


Kalau pada pihak Sally, persetankan dengan orang dan buat je kerja kita...Jangan kisahkan orang lain...sebab bagi Sally...bila orang mengata kat belakang kita..itu bermakna kita dah setapak dihadapan mereka yang mengata kita...

So, sekarang ni Sally nak tanya pendapat korang la...macam mana nak jadikan seseorang tu mudah untuk bergaul, nak jaga ekspresi wajah dan nak kurangkan tekanan di pejabat sebab dapat office-mate yang mulut takde beli insuran....?

Bila kat office takde Internet..

2:51:00 PM 9 Comments
Masuk je pagi ni..on desktop mcm biasa...tetiba nak bukak email (baca blog)...dia tulis takde network... Pelik jugak...tunggu la semua org sampai...masih sama jugak...rupanya mmg semua tak boleh...

Panggil orang IT yang selalu tgk sistem...dia kata modem dah rosak...alahai...nasib la semakfong awak ada...masih boleh pakai WiFi... Lagipun ada je back up mobile data...hari ni tergendala semua keja..sbb tak boleh bukak email...tak boleh nak print...semua la...sbb semis bersambung pakai internet...hari ni sengeh jela kat office... Cuba buat keja yg tak pakai internet...

Nasib la dapat bos yang memahami...tapi esok baru dapat modem baru..hehehe...hari ni kita buat keja office boy jela...


Tak semua sama, Tak semua tahu.

10:35:00 AM 13 Comments

Entah kenapa...semalam hari yang memberatkan dada...macam-macam rasa yang ada...nak ekspresi mcm mana pun tak tau la..kalau org tanya kenapa, nak mula kat mana pun tak tau...umpama mcm takde apa yang berlaku tapi dada sebak, sarat...tapi takpela...semua org kadang jadi benda yang sama...takde bezanya pun...

Senyum seorang manusia tu tak selalunya menandakan dia gembira, tapi senyum tu jugak salah satu cara nak kuatkan hati dan sembunyikan rasa yg bersarang...

Be sensible.

Monday, May 26, 2014

Every single things.

8:26:00 PM 10 Comments

Every single things happened in our life, there's always a reason for it...
Allah knows best...

Kalau menangis pun ada sebab,
Kalau ketawa pun ada jugak sebab...
Kadang-kadang tu semua benda bersebab....

Starbucks Buddies!

2:58:00 PM 29 Comments
eh, lupa...sebenarnya lepas majlis akad nikah Eja, Sally nak kena jumpa dengan Qim untuk shoot video mandarin..haihhh...berkejar kesana sini...tapi sebabkan Qim agak lewat, so, Sally, Nash, Itah dengan Ajiel lepas majlis akad tu bergerak la ke Ampang Point sebab Sally janji nak jumpa dengan Qim kat sana...kiranya dorang tolong hantar sementara nak tunggu ada kenduri cukur jambul anak buah Eja pukul 3pm...

Sampai Ampang Point je blur, apa benda nak buat kat sini..hahahaha...so, end up la ke...Starbucks gittew~


Semuanya Sally kenal since darjah satu lagi...tahun 1997 sampai la sekarang...Ya Allah...rindu sangat! kadang-kadang tu ada jugak lepak...tapi biasa la...kalau kat sekolah dulu..setiap hari jumpa...bila masing-masing dah kerja dah sambung belajar...sebulan sekali pun susah kot!



Seoronok gila bila sekali sekala dapat lepak, duduk dan berbual..tanya itu tanya ini...Nash dah jadi QS, Ajiel sekarang kerja kat Petronas dan Itah, InsyaAllah akan jadi cikgu kaunseling lepas tamat pengajian kat UIA...semuanya berjaya...alhamdulillah.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Credit : SGFC
Bila cerita pasal Starbucks, teringat hadiah yang ditempah khas oleh SGFC masa konsert CNBLUE kat Singapore...tumbler daripada Starbucks utk cinta hati kami, CNBLUE...kenapa la dorang buat untuk dorang je..hahahaha...kan bagus kalau buat utk jual sekali..hahahaha....

Finally! It's mine!

1:04:00 PM 14 Comments
Lepas g majlis pernikahan Eja & Najmie, sebenarnya ada agenda lain yang Sally nak sangat ke sana..hahahaha..selain daripada jumpa dengan pengantin...Sally nak jugak jumpa dengan Farah! hahahaha....sebab Farah dah janji nak bagi something yang Sally dah tunggu sejak 5 bulan lepas! Gila lama kan?


Hahahaha..YES! official t-shirt untuk konsert 2013 CNBLUE BLUE MOON WORLD TOUR! hahahaha....even dah terlewat pun kan...tak kisah la...sebab yang penting dapat kumpul merchandise ni...masa konsert nak beli tak sempat sebab Sally tak withdraw duit...sedih gila masa g tu...tapi better late than never kan?

Farah dapat pass untuk jadi media tahun lepas...sebab dia bekerja di stesen televisyen....Dia tak tau yang Sally minat CNBLUE..kalau tak dah lama dah Sally dapat g sana sekali...huhuhu..sedihnya jiwa dan raga...masa tu ada la few merchandise dia dapat termasuk la official t-shirt ni...tapi Farah ni tak minat KPOP...tu yang dia simpan dan bagi kat Sally....yang special untuk media sebab ada "Samsung Galaxy Music" tu...sebab yang dijual sebagai official merchandise masa konsert macam yang kat bawah ni....



Hahahaha...biar lambat..janji dapat!
Sebab serius Sally dah google...mmg mahal la orang jual...sehelai dah mencecah RM80 kot...haiya! 


Yang dua kat bawah ni t-shirt untuk konsert 2014 CNBLUE Can't Stop Live Tour....Yang warna putih ni murah sikit berbanding yang warna dark blue tu...kalau kat Singapore yang t-shirt putih tu SGD $28 (RM72) tapi yang biru ni lagi cantik..tangan pun 3/4 panjang...serius cantik...teringin gila nak beli...muahahahaha...kat Singapore, SGD $50 (RM 130) ... sana mmg mahal kot...so, tunggu kat KL nnt la baru beli...hehehe...Sape nak bagi Sally hadiah? :P


Tapi yang bengang nya...t-shirt tahun lepas saiz yang paling besar XL...tahun ni punya Can't Stop...saiz paling besar...L....agaknya FNC Entertainment ni ingat semua fans CNBLUE ni tak makan simpan duit nak g konsert agaknya...tu yang boleh turun saiz tu...kejadahnya lahaiiii....Nasib baik la konsert kat Malaysia bulan August...sempat nak diet...hahahaha..kejadah lahaiii dari saiz XXL nak turun ke L...mau terperanjat rakyat Malaysia kalau turun Sally camtu...

Sunday, May 25, 2014

Kelas habisss awal!

5:53:00 PM 23 Comments

Ikut hati nak letak gambar sendiri..bila fikir kalau sally buat macam kat atas..buruk sangat rupanya..hahaha...so, letak la gambar Min Hyuk...lalalala~ 

Hahaha...hari ni kelas habis awal..sebab budak laki bodek lecturer nak balik tengok Piala Thomas..hahaha... xkisah la janji balik awal kan? Heee~ 

**happy face!** 

Stupidos Trivia..

2:40:00 PM 9 Comments

Hahahaha...okay! yang ni mmg sumpah hilarious gila...Sally bila terfikir kadang-kadang dalam kartun kan...mesti ada aksi-aksi yang macam ni...kadang tu kita tengok je tapi langsung tak pernah terfikir kan...Lagi satu Sally terfikir..macam mana tangan doraemon yang bulat tu pegang barang...heee~

Apa lagi ek scene yang tak masuk akal dalam kartun???

p/s : Dalam kelas ^___^

Saturday, May 24, 2014

Love is...Can't Stop...Cold Love...

10:26:00 PM 7 Comments

Sally says,
I'm loving you for no reason...that I can actually flying around the world to find you...


Sally says,
I'm tired of waiting...it's been a while since the moment we become strangers again...it's been hard for me to fulfill my stupidity with this endless love...


Sally says,
it's not forever..I can even saw you here and there...
but I need to make sure this would be the last time I say it...
Goodbye...
it's not the words...it's just the feeling that I let go...for real...

Majlis Pernikahan Eja & Najmie

11:16:00 AM 13 Comments
Sorang-sorang kawan-kawan Sally dah mula menamatkan zaman bujang mereka...Eja merupakan kawan sekelas Sally daripada zaman sekolah rendah sampai la ke zaman sekolah menengah...masa Form 4 & Form 5, kami sekelas...sama-sama jadi pengawas...hehehe...dah 7 tahun berlalu dan sekarang Eja dah nak menamatkan zaman bujang dia dengan Najmie...hehehe...Kami memang rapat sebab masa Form 4 dan Form 5...ada 8 orang je perempuan dalam kelas...hahahaha...pasal tu masing-masing rapat...Kalau nak kenal budak-budak kelas Sally...boleh la baca entry SINI dan SINI...


Esok sebenarnya majlis, tapi Sally tak dapat hadir sebab nak kena menjalankan tugas hakiki sebagai seorang pelajar PJJ kan...kelas dah la full sampai pukul 7pm esok...haihhh laa...terpaksa la gagahkan hari ni nak kena g majlis pernikahan dia...kang Sally pulak menyesal kalau tak pergi...even kena korbankan cuti sehari kan....tapi takpe la...demi sahabat kita...lagipun nikah sekali seumur hidup...apa la sangat cuti yang sehari tu kan?


Sekarang Sally dah ada kat rumah dia...Eja baru je selamat dinikahkan tadi....Alhamdulillah...sebak pulak rasa bila sahabat kita yang daripada zaman comot-comot dah sah jadi isteri orang...huhuhu...serius sebak...lepas ni akan ada Belle dan Diyana yang akan tamatkan zaman bujang mereka...


Hah! Jangan nak tanya Sally bila pulak...sekeh kepala nak?

Love Light.

7:14:00 AM 6 Comments
OMG!!!
Hahahaha....
(Sally mohon tutup mulut!)


Macam mana la tak jatuh cinta kat mamat ni...wehhh...super handsome! LOL...eh, persetankan BB Cream yang tebal dan muka sure operate tu...tapi dia mmg sangat la super duper handsome! kan? Takpe! biar sally yang jawab...terus jadi wallpaper handphone yang baru...hahahaha.....

tapi....

Cinta Sally tak seindah tahap meroyan Sally...senyum..? kadang-kadang Sally sendiri tak tau whether semua tu senyuman yang ikhlas atau tidak...Orang kata...manusia ni pandai menipu..termasuk la hati dan perasaan dia...entah kenapa...lately je jadi balik...rasa sakit...sakit yang dah lama tak rasa...It's gonna be 6 years this year...Quite sometime....quite difficult....


Okay, malas nak layan perasaan....

Friday, May 23, 2014

DIY Bangles

8:36:00 PM 13 Comments
Semalam mintak bangles kat Qila...yang inspired by Pandora tu..tapi dia tak nak bagi...hahahaha...terpaksa la DIY sendiri...hehehe...which is Sally tak buat pun lagi...feeling je nak buat...sampai ke tua la tengok je bangles ni...weee~

Before this Sally ada jugak kongsikan idea DIY yang lain kat entry ni, nak buat kad birthday sendiri ke...atau kalau malas boleh print je kad kat SINI....


Hehehehe...Sally kan rasa macam nak buat...tapi dia punya rangka dia pakai ape ek tu...? Macam tak tau je...pakai dawai ke haa?? alaaa....cantik sangat ni...aishhh~

Remember.

12:23:00 PM 12 Comments

People called this..the reality of life....before you become successful, always remember that someone somewhere will always help you from the back...to help you achieve you dreams...so, don't forget to thanks and don't forget to help others when you're capable enough :)

Thursday, May 22, 2014

Tips nak tidur lena.

11:56:00 PM 15 Comments

Manusia...walau ape pun kita buat...mesti akan ada yang pertikaikan...kalau kita buat jahat, orang akan ingat sampai mati...tapi kalau kita buat baik...takkan ada orang yang akan ingat budi baik....

Tapi...walau ape pun orang cakap...jangan la kita simpan dendam...Maafkan la kesalahan mereka sebelum kita masuk tidur...Cuba bayangkan kalau kita tidu Dan tak bangun esok hari...kan kesiannya orang yang kita berdendam x dapat nak mintak maaf....

So,tips nak dapatkan tidur yang lena...maafkan semua kesalahan orang pada kita..basuh kaki, jangan lupa baca doa dan baca ayat-ayat yang bersesuaian... Kurangkan cahaya dalam bilik, jangan dengar muzik..bagi otak kita rehat...

Semoga mimpi yang indah...Sally nak g cari cinta hati dalam mimpi..hehehe...goodnight...

Telekung Emerald Green.

2:59:00 PM 14 Comments
Sally kan...daripada kecik mmg suka gila warna biru...sampai la kehari ni...kalau electric blue tu kan...jangan cakap la...Kalau dulu setiap kali raya sure baju warna biru...hahaha...Sampai kena marah dengan ibu sebab suka sangat warna biru...pastu wardrobe penuh baju warna biru je..takde warna lain..hahahaha...Nasib baik la mama Sally tak suka warna Emerald Green..kalau tak Family Wedding Theme dah warna tu dah...


Hoyeah! Muka Sally lagi..hahahaha....Jangan terkejut bila Sally beli telekung warna Emerald Green instead of Electric Blue! hahaha...mmg pelik..tapi entah la...macam jatuh cinta pulak dengan warna ni...mungkin sebab dia tak striking kot...tu yang Sally jadi suka agaknya..hehehe...

Telekung ni Sally beli masa ke Vietnam February lepas....baru je nak upload weh..hehehe...

Korang suka warna apa? Kongsi la!

^____^

Happy Thursday!

10:30:00 AM 17 Comments

Dah..dah...jangan nak buat muka comel korang yang boring tgk CNBLUE tu..hahaha...

Sally tgh nak prepare gaji workers Bangladesh ni..hehehe...sorry tak dapat jalan-jalan lagi...nanti kalau sempat ye..InsyaAllah....lagipun ada banyak assignment nak buat..huwaaaa~

Morning guys! Happy Thursday! Let's smile and forget all the things that happened yesterday...!

Rise and shine baby! Love and Hugss!

:)

Wednesday, May 21, 2014

My Tom & Jerry :)

7:30:00 PM 8 Comments

Masa kritikal untuk video tu pada saat 0.03-0.06,
pastikan elak diri anda daripada senyum tanpa sebab macam Sally....

Video kat atas tu Sally share daripada kenalan Sally, tu masa konsert Can't Stop kat Hong Kong beberapa hari lepas....malam semalam entah kenapa video tu jadi viral sangat sampai ke hari ni dah ditonton dan dapat lebih daripada 200 like kat Instagram Sally...hehehe...followers Sally pun tak pasal-pasal meningkat hampir 80 orang malam semalam...sampai rasa Sally kelip mata kejap je dah ada new notification daripada Insta....


Hehehe...just pelik je sebab dah 2 hari Sally post video tu tapi semalam pulak viral dia lain macam...hehehe...lepas ni nak kena jadikan insta Sally akaun CNBLUE jela gamaknya...muahahahaha....sentap kita takde orang nak tengok gambar kita...LOL..hahahaha...


Tak boleh la kalau tak cerita pasal CNBLUE sehari..boleh ke gitu? Hahahaha...Sorry la korang...belum sebulan lagi ek tahap meroyan Sally...hadapkan la...ampun!

Lee Jung Shin & Jung Yong Hwa...

Member yang paling tua dan paling muda...Yang tua sure la Yong Hwa...tahun ni dia dah 26 tahun, Jung Shin baru nak masuk 24 tahun...Dalam konsert selalunya kalau yang minat Jung Shin akan ada kat side A, yang minat Jong Hyun akan berada kat side B...kalau Sally, macam biasa akan ada kat side A...sebab possibilities untuk nampak Yong Hwa akan berat ke side A...sebab dalam mana-mana konsert...Yong Hwa akan lebih bergurau dengan Jung Shin daripada Jong Hyun..Min Hyuk jangan kira la dah dia drummer...sure menyendiri kat backstage tu..Sally suka gila tengok chemistry dorang masa kat pentas...Mmg dorang nampak rapat gila...eh, kalau dah Sally kan...sebut CNBLUE je semua dia suka..hahahahaha...~

2014 Korea Day in Malaysia.

4:46:00 PM 21 Comments
Korean freaks in Malaysia! Say Hi to Korea Day in Malaysia that will be held in Mid Valley Exhibition Centre on 24th to 26th July 2014. 2014 Korea Day in Malaysia is brought to you by Korean Society in Malaysia and supported by KOTRA and Korea Tourism Organization (KTO) and others agencies.


This 3 days exhibition is brought to you to let you explore more about Korean culture and opened an opportunity to Korean people in Malaysia to promote their business in Malaysia.




2014 Youth Music Contest

As part of Korean Wave in Malaysia...Korean Society in Malaysia will be organizing an event called 2014 Youth Music Contest that will be held with Korea Day events. They are expecting many talented Korean and Local Youths to join the contest!

When : July 26th, 2014 (Saturday)
Where : Midvalley Exhibition Centre
Who : Korean and Local Youths
Genre : Singing, Dancing, Musical Performance
(Required 2 songs for each stage)
*They will not offer musical instruments for performance.
Email : ksmkl@hanmail.net
Phone : 03-6203-3834/2834

Teenagers and youths early 20s can join this music contest, and it will be a competition with prizes. The contest is going to be like, youths will do musical performances (dancing, singing, musical performance and etc) and they will be graded and get prizes. It is as normal as other music contest. The time for contest is not specifically decided yet. They will schedule the time and let everyone know. Required 2 songs for each stage means you will be given 8-10 min time to perform.

Bahana KFC!

2:17:00 PM 36 Comments
Sally ni kan...jenis yang suka teringat makanan...pastu secara automatic akan craving...Sampai sekarang still tak dapat Sate Minang lagi...huwaaaa...dah berapa lama dah craving macam nak gila...tapi hampeh! Nasib la masa craving Yuk Gae Jang tu dah berlalu masa Wesak Date lepas...dengan Qila & Nurie...

Kebelakangan ni craving gila nak makan KFC....suruh Qila belanja dia tak nak..sampai hati dia...sedih kot..hahahaha....mesti korang fikir...KFC bersepah pun still nak craving gila..? Ketahuilah...hujung bulan tu masih terlalu jauh dan sebab dah over spend masa kat Singapore...hahahaha...kantoi kan :P


Semalam...mmg dah tak tahan...terus balik kerja suruh abang sally shot ke KFC...ada duit ke takde nak jugak makan KFC..hahaha...beli la dinner plate...nampak tak kedekut dia...hahaha..yela..kat rumah ada Sally, abang dengan ibu je...amik seketul sorang cukup la...siap request semua besar...hahahahaha.....Sekali sekala...LOL...

Now, I need sate desperately! -___-

Tuesday, May 20, 2014

Aplikasi BAND di telefon pintar.

12:46:00 PM 16 Comments
Selalunya kalau di telefon pintar kita...kita selalu download aplikasi media sosial yang terkenal macam Facebook, Instagram, Twitter dan kalau blogger mesti ada aplikasi khas untuk update blog kan...? Sama la macam Sally pun...tapi lately ni Sally ada download satu aplikasi baru, BAND..bukan aplikasi utk realiti TV The Band kat Astro tu ye...ni satu aplikasi untuk kumpulan...

Tapi BAND tu satu aplikasi yang private...maknanya kita hanya boleh join kalau dapat invitation sahaja...cool..?


Heee~ actually kan...kebelakangan ni...kumpulan CNBLUE aktif dekat BAND ni...dorang sendiri yang akan update...actually lebih kerap berbanding official Twitter dan Weibo (media sosial yang terkenal kat China sama macam Facebook & SNS) mereka...hehehe...selalu je tengok fans dorang update selang beberapa jam...huhuhu...jadi semalam Sally pun dah download aplikasi ni dan terima invitation daripada seorang fans CNBLUE di Instagram...


Tapi aplikasi ni takde la terhad kepada CNBLUE je...mungkin ada yang nak buat secret group dengan family ke couple ke kawan-kawan sekepala ke kan..boleh la download aplikasi ni....


Dalam ni dorang sendiri yang akan update...tapi still ada jugak admin yang lain la...tapi kerap jugak dorang update la...hehehe...dalam ni pun banyak gambar yang official..heee~ yang penting members boleh download! hahahaha...Sally suka gila sticker dorang...tapi kena beli la...sticker ni macam yang boleh guna kat LINE tu..heeee!


Dannnn...yang paling penting...sentiasa dorang akan update schedule dorang dan kat mana dorang akan berada next...so, kot-kot kalau nak buat kerja gila ke kan...boleh la usha..beli tiket flight dan wallah! okay, metafora sangat statement sally kan...hahaha....so, sape yang nak join nnt bgtau Sally ye...nanti Sally invite...eh, korang bukan minat CNBLUE pun kan? Hahahaha...

Monday, May 19, 2014

Mai tinggal LINK blog!

11:59:00 PM 31 Comments
Lately ni Sally busy sikit...biasa la dah pertengahan semester ni kan...banyak benda nak buat..group assignment, group project, assignment individual...macam-macam lagi la...belum sempat buat notes lagi utk ulang kaji masa nak exam...fuhhh...suntuk gila masa Sally semester ni..entah kenapa....

So, berjalan ke blog jugak kurang sangat...bukan malas tau...senang cerita yang mana sempat jela yang sally berkunjung..serius..takde niat nak buat gitu tapi mmg takde masa....so, korang boleh tak tinggal link blog korang...nnt Sally datang kesana..senang sikit bila ada link..hehehe...tu pun kalau nak bagi laaa...

okay?