Semakin hari semakin.....

4:57:00 PM Sally Samsaiman 45 Comments

Korang tau apa yang sally rasa...?

Makin lama sally rasa sally ni dah jadi manusia yang paling membosankan bagi korang...serius...itu yang sally rasa...bila sally bukak blog kan...Sally terfikir...ada ke benda yang boleh nak kongsi dengan korang? Sampai satu tahap...blur ni jadi terlampau....

Korang tak rasa benda yang sama ke..?

Makin lama sally perasan makin kurang orang datang...huwaaaa....Sally tak tau nak update pasal ape...hahahaha...serius weh...sampai rasa dah kering otak nak cerita kat korang tau! Mesti korang kata sally tgh meroyan kan..? kadang tu nak cerita pasal kerja pun...macam sally sorang yang kerja...pastu nak cerita pasal ape tah lagi..? Sally ni bukan jenis berjalan...lepas balik kerja...sampai rumah...malam study dan buat assignment kalau ada...okay, mmg nampak macam manusia yang takde life..hahahaha....

Korang rasa sally ni membosankan ke..?


45 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pati Delima Gulsan.

2:00:00 PM Sally Samsaiman 20 Comments



Last week, keadaaan kesihatan sally kurang baik sikit...dan selepas mendengar nasihat kak mialiana dan juga abg +Ismail Md Salleh ....sally ambil keputusan untuk mengamalkan minum jus pati delima untuk kesihatan sally jugak....

Macam yang rata-rata kita tau...buah delima memang ada banyak kegunaan dan juga khasiat dia pada tubuh badan manusia....didalam Al Quran juga ada disebut mengenai buah delima...Firman Allah yang bermaksud, ”Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

Antara kebaikkan jus atau buah delima ialah:
  1. menstabilkan paras kolesterol dalam badan dan merendahkan tekanan darah tinggi
  2. merawat “sinus” utk penyakit resdung serta mengurangkan batuk dan asma
  3. meningkatkan sistem metabolisma badan dan menguatkan imunisasi badan
  4. membantu melawan penyakit jantung dan mengurangkan risiko kencing manis
  5. mengandungi tahap antioksida yang tinggi
  6. rawatan ketidaksuburan / kemandulan
Sebagai langkah pencegahan, Sally pun amalkan jus ni dua kali sehari...satu sudu pada sebelah pagi sebelum sarapan dan lagi satu sudu sebelum masuk tidur...So far, sally rasa badan agak ringan.. (bukan dari segi saiz)...Ringan kat sini macam rasa lebih bertenaga...dah takde masalah tulang berbunyi macam nak reput..hahaha...Jus ni kawan sally tolong beli kat Chow Kit...boleh la dapat murah sikit...

Alhamdulillah...mencegah kan lebih baik daripada merawat kan..?

p/s : Have to cut off my caffeine intake.

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Mengawal diri.

10:07:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments

Orang-orang tua dulu kata...mulut tempayan kita boleh nak tutup tapi mulut orang kita tak boleh nak kawal....hehehe...betul kan..? Kadang tu kita tengok orang lebih sikit...terus fikir yang bukan-bukan...tu belum masuk mulut bebel benda yang kadang-kadang tak wujud...jangan sampai terjadi fitnah ye...


"Kita tak boleh kawal cara orang melayan kita atau apa yang mereka cakap pasal kita...tapi kita boleh kawal camne nak berhadapan dengan mereka ni.."

Jenis Sally...as long as kau tak kacau aku...aku takde masalah dengan kau...tapi itu sally la...korang sally tak tau la...hihihihi....Lain orang lain gayanya...selagi mana benda yang dorang bebelkan tu tak menimbulkan fitnah ke atas diri sally...sally takde masalah..seronok weh kumpul pahala free...sape tak nak kan..?

So, senang je...KEEP CALM! itu yang utama...sebab kalau kita cepat melenting...lagi la orang suka...senang cerita...jangan dilayan mulut puaka yang berkeliaran dalam dunia ni...eh, tapi agak-agak kalau tak tahan...cili je mulut dia...hehehe...tapi tu last choice la...kalau masuk lokap sehari semalam jangan cakap sally yang ajar pulak..hahahahaha...

p/s : Muhasabah diri -___-''

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!