Pos Malaysia Berhad memberi respon......

8:33:00 PM Sally Samsaiman 21 Comments

Kesinambungan daripada peristiwa PosLaju telah menghilangkan barang sally yang sally cerita dalam entry SINI...pagi tadi sally terkejut bila dapat notification yang Pos Malaysia follow sally di twitter...dalam hati dah dah dapat agak apa yang dorang nak buat sebenarnya...dan dapat la sally tweet seperti di bawah...


Sally bukan la nak cakap apa...tapi bila blogger dah bersuara baru la nak ambil tindakan...dan Sally respect la kepada pihak yang bagi sally ada cekap sebab ambil tahu apa yang terjadi...sebab yang sally email ataupun borang pampasan tu sampai sekarang masih belum ada berita...call hotline, asyik kena hold je sebab "semua pegawai" sedang sibuk...so, mmg tak dapat la sally nak tract status permohonan pampasan sally kan....

So, buat sementara ni sally tunggu dulu proses dia beberapa hari...kalau dia sambung diam lagi...baru la sally ambil tindakan kepada tribunal pengguna pulak...itu pun kalau dorang takde bagi respon la....So, kepada korang yang ada masalah ke ataupun aduan...cuba la kat twitter...mungkin akan "cepat" sikit proses nya....

Terima kasih Pos Malaysia sebab memberi respon...

^_____^

21 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bagaimana hendak mendapatkan kediaman yang cekap tenaga?

4:47:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Tenaga elektrik...antara tenaga yang terpenting yang kita gunakan..Hampir setiap kediaman di Malaysia ini menggunakan tenaga elektrik untuk melaksanakan pelbagai aktiviti harian dan bagi menghidupkan peralatan elektrik yang memudahkan kebanyakan tugas seperti penyedut hampagas, mesin basuh dan juga cerek air.

Setiap isi rumah akan menyumbang kepada penambahan beban penggunaan tenaga elektrik, oleh itu, pemahaman dan kaedah menjimatkan tenaga adalah aspek yang sangat penting yang perlu diketahui dan diambil berat oleh semua penduduk di negara ini.
Kredit : http://peyshin-93.blogspot.com/
Selain daripada air, elektrik adalah keperluan asas yang menjadi nadi kehidupan manusia. Jika salah satu tiada ataupun tergendala seperti catuan air yang dialami sekarang ataupun terputus bekalan elektrik...banyak masalah yang akan timbul dan ini makin membimbangkan apabila bahan api fosil yang digunakan untuk menjana elektrik semakin berkurang.

Seperti yang dah sedia maklum, kenaikkan harga pada bahan api atau bahan mentah akan menyebabkan kenaikkan harga untuk membekalkan keperluan ini dan yang paling penting keperluan asas ini bukan percuma malah untuk menggunakannya kita perlu dibayar kepada pihak utiliti yang membekalkan kepada pengguna. Ini bermakna sejumlah wang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membiayai keperluan ini walaupun kerajaan memberi subsidi seperti rakyat tidak perlu membayar bil elektrik yang penggunaannya kurang daripada RM20 atau 300 Kilowatt Sejam (kWj).

Namun, masih ramai yang mengeluh kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menggunakan tenaga dengan cekap bagi membantu mereka mengurangkan bil utiliti bulanan mereka. Jadi, hari ini mari kita lihat apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk menjadi pengguna yang bijak.

  • Sebagai pengguna, kita perlu memastikan pemasangan dan peralatan elektrik di kediaman adalah betul dan sesuai mengikut standard yang diperakui oleh agensi yang berkaitan seperti SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga.
  • Gunakan mentol jimat elektrik. (Sila rujuk gambar)
Credits :
Kredit : https://groups.yahoo.com
  • Elakkan membuat sebarang penyambungan elektrik tanpa kebenaran kerana ini akan membuatkan kediaman terdedah kepada litar pintas.
  • Kita juga boleh mengaplikasikan pemasangan berpusat yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan. Ini membantu  elektrik dimatikan dengan serentak contohnya seperti yang banyak digunakan di bilik hotel. Kalau perasan, selalunya elektrik disebuah bilik hotel hanya boleh diaktifkan menggunakan sekeping kad dan apabila tiada penghuni di ruang berkenaan, tiada peralatan elektrik akan menyala kerana seluruh punca elektrik dimatikan secara automatik.
  • Kita juga perlu bijak menggunakan peralatan elektrik. Kini banyak peralatan di pasaran yang dilabelkan sebagai menjimatkan tenaga. Cari barangan yang ada label kecekapan tenaga.
  • Kita juga boleh cuba sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar kerana tenaga ini lebih mudah dan sumbernya tidak akan pernah habis kerana matahari akan sentiasa ada.
Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kediaman yang cekap tenaga..Disamping mengurangkan bil utiliti setiap bulan, kita juga dapat membantu mengurangkan pencemaran. Janakan penggunaan tenaga dengan bijak, implikasikan tenaga alternatif untuk kemudahan di masa hadapan.
Lebih mesra alam, lebih bagus!

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Employment Law.

1:30:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments



Semester ni sally ambil semua subjek yang berkaitan dengan major course sally...Human Resources....semester ni dah la ambik semuanya core subject...macam nak pecah kepala dibuatnya tau tak...nasib baik la tak payah nak ingat semua [seksyen dalam employment act] ni...kalau tak mau gila dibuatnya...hahahaha....semua nak ingat daripada employment contract, gaji sampai la ke termination contract..hahahaha..

*kenapa sally terang kat korang pulak ni..? hahahahaha...

Semester ni belajar jugak pasal [recruitment, selection] dan jugak [compensation & benefits]...semuanya yang berkaitan dengan major course...haigoooo~ penatnya otak nak menghafal....takde ke cara senang nak menghafal ek..? meh la kongsi dengan sally...

^____^

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Bengang tahap terlampau.

11:00:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Percaya laa...sally mmg dalam fasa rasa nak maki orang...tapi masih lagi Allah bagi kekuatan untuk bersabar...kalau ikut hati, ikut hasutan syaitan...mmg dah lama la kena maki dengan sally...sakit hati dibuatnya...sendiri yang bodoh, sendiri yang salah pastu nak letak kesalahan kat bahu orang lain...mana tak sakit hati......


16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

"Kawan baik"

8:30:00 AM Sally Samsaiman 16 Comments


Minggu ni minggu yang agak berat bagi sally...bertimpa-timpa dugaan datang...dengan tugas dekat office yang banyak sebab akauntan sally cuti selama 2 minggu...so, workload tu jadi berganda....

Minggu ni sally mmg dalam fasa diuji oleh Allah...satu persatu dugaan diberikan kepada Sally...syukurlah masih lagi mampu hidup walaupun gelap sedikit dunia sally minggu ni...dan sejak beberapa hari lepas Sally asyik migraines je...mungkin sebab terlalu banyak berfikir atau terlalu banyak memandang komputer...entry pun kadang auto-publish je...mmg sally tak dapat nak blogwalking...dapat balas mana yang mampu je....

Tiger balm dan jugak ponstan dah jadi "kawan baik" sally sepanjang minggu ni...kesian dekat otak sally...banyak benda dia nak kena fikir...nak rehat pun tak sempat...haihh....

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!