Taylor Swift The Red Tour Live in Kuala Lumpur 2014

4:57:00 PM Sally Samsaiman 23 Comments


Pertengahan Februari lepas, sally ada update pasal Taylor Swift in Malaysia kan? Mesti ada peminat Taylor Swift yang akan ke konsert dia kan...ke korang baru je tau? elehhh...takkan la baru tau kan..hahaha....mesti ada tengok iklan aiskrim Cornetto yang baru tu kan..? Aiskrim tu sempena Taylor Swift datang Malaysia woo..hihihi...


Taylor Swift telah mengumumkan bahawa dia akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 11 Jun 2014. Persembahan ini dibawakan oleh Cornetto, dan persembahan sulung Taylor Swift di Malaysia bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Ada ke yang belum beli tiket...? Huhuhu...sebab setahu sally tiket untuk konsert dia dah sold out kan...huhuhu...ada yang nak tiket free? ada 2 tiket yang dekat RED ZONE yang bernilai RM 728 untuk dimenangi...kalau korang berminat nak dapatkan tiket tu..boleh la cuba join GA ni..klik SINI...Tarikh tamat peraduan pada 7th May 2014 pada pukul 11.59pm.

Untuk informasi lanjut, layari www.taylorswift.com/REDTourAsia

Mana la tau kot-kot ada peluang nak menang ke kan...hehehe..Sally takde pun rasa nak pergi sangat...tapi kalau dapat tiket free nak la...hahaha...so, saje la share dengan korang..kot kalau ada yang teringin kan....Best of luck sally ucapkan tau...!!


Boleh tak tolong klik C N B L U E .. Thanks! Nak kumpul duit ni..hehe :)

23 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Haters.

2:14:00 PM Sally Samsaiman 31 Comments

Biasanya ayat ni digunakan oleh kanak-kanak yang kurang matang...yang mereka rasa mereka sangat diva dan dikenali ramai...

"To all my haters, thank you for hating me but I want to tell you, I'm fine..go to hell.."

Biasa sangat tengok ayat ni digunakan oleh budak-budak sekolah yang sungguh mereka rasa mereka sangat banyak haters yang tidak menyukai mereka...ohh pehliss...kau budak dik...berapa ramai sangat haters kau..? tapi kan...ahkak pun nak jadi haters kau sebab perangai kau memalukan mak pak kau...haaa...Suka-suka suruh orang go to hell...kang hantar kau sekali baru tau..baru tu mukadimah pasal haters kan...


Mukadimah tu sebab baru lepas g blog seorang budak tingkatan 2 yang merasakan dirinya terlalu ramai haters..hahaha...saje amik jadi mukadimah..gittew...LOL...

meh kita jadi orang dewasa yang matang kejap meh...hihihi...selalu kita dengar kalau manusia ni...ada je benda yang dia tak suka..benda yang dia rasa tak betul...semua yang orang buat salah...yang dia buat semuanya betul...

Haters or enemies...different word but have almost the same meaning...bagi Sally la kan...kalau ada orang yang benci atau dengki dengan kita...itu bermakna hidup kita lebih indah daripada dia...dan dia sebenarnya nak hidup dalam "kehidupan" kita...sometimes, kawan sally panggil "pathetic" atau dalam bahasa panjang lagi bermakna..."kurang kasih sayang"...

Senang...kita hidup jangan dengki dengan orang...sebab Allah dah tulis jalan cerita kita masing-masing...hidup kita takkan selamanya sedih..takkan selamanya gagal...kerana Allah tu Maha Penyayang...DIA tau apa yang dia rencanakan..takkan pernah memberi kesusahan kepada umatNYA...

Bila tengok orang berjaya..jangan dengki...tapi berdoa la semoga kita juga mampu menggapai kejayaan tu...kalau kita gagal...jangan la terlalu sedih...mana tau masih ada lagi yang baik untuk kita di masa hadapan..kan..?

Lastly, Please don't be my haters...hahaha...because I deeply loving you guys..hihihi

31 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Istanbul mari ~

1:41:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Bila dah bekerja ni kan...Sally perasan satu benda...Sally suka travel! errr...ke mmg korang semua dah tau...tapi yela kan..kita ni makan gaji...nak travel selalu tu mmg xdapat la kan....

Bila pergi travel...sally suka kumpul fridge magnet...kalau dulu sally suka beli key-chain...sampai satu tahap dah tak tau nak letak mana key-chain yg berlambak tu..hahaha..Sadis kan?

Dan...yang paling sally suka bila orang g travel...dorang bawak balik souvenirs! hihihi...alhamdulillah...rezeki kat atas ni kawan ibu yang bagi..hihihi...ibu dapat gelang dengan pinggan yg cantik utk buat perhiasan...yang ni sally punya la...tapi keychain tu satu nnt abang sally ambik..hihi...

Tapi sayangnya takde fridge magnet..huhuu...nasib baik dulu dah ada orang bg satu fridge magnet daripada Istanbul...so, takde la ralat sangat..hihihi...

p/s : Lepas ni nak g mana pulak ek...hmmmm... 

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Do It Yourself (DIY)

11:18:00 AM Sally Samsaiman 30 Comments

Kadang-kadang kita tengok benda tu cantik...tapi harga dia mahal sangat kan...lepas tu mesti kita terfikir...kan bagus kalau kita boleh buat sendiri kan...

Okay, hari ni sally nak bagi korang idea untuk DIY sendiri barang-barang yang best...

DIY (Colorful earphone)
Yang ni menggunakan nail polish..atau pewarna kuku...sbb warna dia kan shining...pasal tu cantik...cuba la buat...tapi jangan pi sapu kat kuku pulak...kang satu keja nak basuh bila nak solat..hehehe...
DIY (Cara mudah nak simpan kabel)
Yang ni cuma pakai tisu gulung punya penggulung tu...eh, apa entah nama dia..hahaha...kalau nak bg cantik sikit...lekat la reben...nampak la warna warni rainbow..gittew~


Ni orang panggil apa..? Gelang getah ke..? entah...tapi sally tak pernah terfikir pulak nak buat kan...nanti nak try la...tapi si Xperia ni gedabak kot...haihhh...sama macam tuan dia...

Happy DIY-ing!

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

POSLAJU Pencuri..!

9:50:00 AM Sally Samsaiman 48 Comments


Refer kepada post WW sally semalam...Ramai juga yang bertanya kenapa sally bengang yang terlampau...kalau yang add sally di Facebook...mungkin dah tau kenapa sally rasa marah sangat....

Alkisahnya, sally belikan kakak sally powerbank...yang sama macam sally cerita dalam entry SINI...Bayangkan...sejak Jumaat lepas barang tu dah sampai ke PPL Cheras...which is gila bapak dekat dengan office Sally...tapi sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi...

Yang menambahkan bengang sally bila sally call PPL Cheras...dia boleh kata..

"Saya pun tak tau kenapa boleh takde barang ni.."
Mana sally tak geram...powerbank tu kalau harga RM1- RM2, Sally tak kisah...ini melibatkan hampir RM200 kot! yang sally boleh assume kat sini...mmg dorang yang mencuri...baik pegawai ataupun posmen dia sendiri...serius...mmg sally bengang...

Serius la...takkan Sally halalkan orang yg ambik tu...biar sampai mati pun takkan sally halalkan sebab dia tak jujur pastu mencuri pulak tu...biar Allah bayar cash kat dia...kalau buat Hudud pun bagus kat dia tu...Oh, sebelum terlupa...Sally dah mintak pampasan kepada Pos Malaysia...katanya dalam masa 3 hari dia akan call Sally...kalau takde...jangan tanya kenapa HQ Pos Malaysia kat Pasar Seni tu terbakar...eh, geram pulak kita ni...sabar jelaa...haihhh...

Allah...Allah...kuatkan iman Sally!

48 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!