Wednesday, April 30, 2014

Movie | Disney Muppets Most Wanted

4:33:00 PM 21 Comments
Sorry for the delayed..I should review this after the premier screening..but never mind..as long as I done it, right?


Synopsis.
After they manage to finished their mission to save the theater...All the Muppets gets a chance to make their first World Tour..the man behind this, Dominic Badguy (which is he is really "bad guy") offering to be their manager by telling them that he is one of greatest manager that can help them to achieve their dream...but the Muppets didn't know that he actually got something else in his mind...he actually the friend of the most wanted criminal, Constantine...Constantine had a very similar face like Kermits and they need Kermits to get away and pursue their evil plan.

When they arrived in Berlin, Dominic secures the Muppets a show at a prestigious venue. Kermit, frustrated with the troupe's ludicrous requests and Miss Piggy's insistent hints at marriage, takes a stroll. Constantine ambushes him and slaps a fake mole on Kermit's cheek, making him look like Constantine. Constantine escapes and Kermit is arrested and sent to the Gulag. Constantine takes Kermit's place, with everyone except Animal believing it's Kermit. During the Berlin performance, Constantine and Badguy steal paintings from a nearby museum. Kermit makes numerous escape attempts at Gulag 38b, each one thwarted by prison guard Nadya. Aware of his true identity, Nadya orders Kermit to help organize the annual prison talent show.

The next morning, Interpol agent Jean Pierre Napoleon and CIA agent Sam Eagle grudgingly ally to apprehend the culprit, whom Napoleon identifies as his nemesis, "the Lemur". Following instructions hidden behind one of the stolen paintings, Constantine and Badguy divert the tour to Madrid. Constantine informs the Muppets they can perform any act they wish, much to Walter's suspicion.

The Muppets perform in Madrid while Constantine and Badguy find the next set of instructions to steal the crown jewels, destroying many busts in the process. In spite of a disastrous performance that sends the audience to sleep, the Muppets receive critical acclaim. Sam and Napoleon deduce that the connection between the crimes is the Muppet tour, and the pair interrogates the Muppets, to little success. As the tour reaches Dublin, Walter discovers Badguy paying critics to write positive reviews, and Fozzie Bear realizes the resemblance between Kermit and Constantine.

Fozzie and Walter finally deduce that Constantine is on the tour train imitating Kermit, and that Badguy is in on the scheme. Constantine, seeing they have found him out, attacks them, but Animal fends him off and the three escape the criminal by hopping on another train. They conclude the best course of action is to go rescue Kermit.

What happened next? then you should watch it full in the cinema..hehehe....all I can say...this one quite boring instead of the the first one before this..because the plot didn't have so many action and not that interesting..but if you asked me whether you should see it or not..I will recommend this...but just don't assume that they will be more interesting than the first one...

Kediaman yang menjana tenaga solar.

10:19:00 AM 3 Comments
Matahari merupakan sebuah bintang yang amat istimewa kerana kuasanya yang boleh digunakan untuk mewujudkan pelbagai jenis tenaga diantaranya penjanaan kuasa elektrik. Walaupun matahari diklasifikasikan sebagai tenaga primer, namun tenaga matahari ini masih tidak digunakan secara meluas pada masa kini.

Matahari sangat istimewa kerana tenaga daripadanya akan terus wujud dan kekal selagi matahari terus memancarkan cahayanya dan ianya merupakan tenaga boleh baharu yang sangat bagus, sedangkan bekalan sumber bahan bakar lain seperti petroleum dan arang batu yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik adalah terhad dan akan habis pada suatu hari nanti.

Hari ni sally nak kongsikan sebuah rumah yang telah mengaplikasikan penjanaan tenaga solar kepada tenaga elektrik...kediaman ini dimiliki oleh Encik Arjunaidi yang berada di Presint 18, Putrajaya. Beliau merupakan salah seorang ahli di dalam Gading Kencana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat berkaitan pemasangan sistem solar di Malaysia. Encik Arjunaidi telah mendapat kuota daripada pihak SEDA Malaysia sebanyak 2.45 kilowatt sejam (kWj) yang mana telah di peroleh pada awal Januari 2013.


Kat atas ni merupakan lakaran awal atap rumah Encik Arjunaidi yang akan diletakkan panel solar..berkeluasan (2m x 10m), atap rumah beliau boleh memuatkan 10 panel solar yang akan dipasang untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik...


Tapi bagaimana caranya kita menjana tenaga daripada matahari?
  1. Panel solar akan diatur dalam barisan supaya senang untuk menyerap tenaga matahari. Panel solar akan diletakkan dikawasan yang mudah terdedah kepada cahaya matahari untuk memaksimumkan tahap penyerapan. Tenaga yang diserap akan ditukar kepada “Direct Current” (DC).
  2. “Direct Current” (DC) yang telah disalurkan oleh panel solar akan di bawa kepada “Solar Inverter” yang mana akan menukar DC kepada AC “Alternating Current”.
  3. Arus AC kemudiannya akan di salurkan kepada “grid” yang mana akan mengira kadar tenaga elektrik yang telah terhasil menggunakan “PV Meter” dan kadarnya akan dikira mengikut Feed-in Tariff (FiT) oleh TNB yang telah ditetapkan kepada pemilik kediaman.
Encik Arjunaidi juga akan memerhati setiap perkembangan dan juga kuantiti tenaga yang diperoleh dalam satu hari secara berkala secara dalam talian supaya dapat mengetahui turun naik tenaga yang masuk dan yang telah ditukarkan menjadi tenaga elektrik.


Beliau percaya bahawa dengan mengaplikasikan teknologi solar di kediamannya merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif untuk jangka masa panjang yang akan membantu mengukuhkan kewangan keluarga beliau.

Jangan risau tentang modal yang agak besar, sebab sekarang banyak institusi kewangan dan juga bank yang menyediakan peluang untuk membuat pinjaman bagi menjana teknologi tenaga boleh baharu di Malaysia. Nanti sally akan kongsikan antara institusi yang terlibat dalam entri yang lain. Sementara tu, boleh la lawati laman web rasmi SEDA Malaysia untuk mendapatkan lebih info tentang kuota yang disediakan bagi kediaman persendirian.

Tuesday, April 29, 2014

Choices.

11:09:00 PM 18 Comments
"Choices is not something that really helps when you just need an answer.."

Benda ni yang tgh melanda sally sekarang...haihhh...susahnya nak buat keputusan bila kita sebenarnya nakkan satu jawapan je...susahnya lahaiii...Nak buat keputusan...even bukan la benda penting pun sebenarnya....tapi bila terpaksa memikirkan orang lain lebih daripada memikirkan diri sendiri...rasa jatuh semangat nan sedikit yang tinggal ni...

Kalau boleh tak nak la kena pilih...nak terus bangun tido...nampak jawapan tu depan mata...haihhh....terusa dapat jawapan..terus dapat apa yang kita nak...terus jadi seperti yang diharapkan....

Talk..Talk..Talk...

4:48:00 PM 34 Comments

Bendanya mudah je sebenarnya...tapi manusia ni suka menyukarkan sesuatu yang mudah...sebagai contoh la...bila kita rasa tak puas hati atau rasa nak memberontak...kita akan bercerita kepada orang lain daripada pergi bersemuka dan menjelaskan perkara yang bermain di minda...

Dan perkara yang paling tak best bila benda yang kita cerita tu sampai kepada pengetahuan orang lain atau tuan punya badan...dan berlakulah pertengkaran yang sebenarnya kita boleh elak pada awalnya daripada berlaku.....

Percaya la..berdepan tu lagi mudah nak selesaikan masalah daripada kita bercakap kat belakang..tu belum lagi masuk kategori mengumpat benda yang takde kaitan..habis kisah lama orang dibawa keluar nanti hanya sebab sedikit perselisihan faham...

"Act using you mind, not you emotion.."

Sleeping Headphones.

11:02:00 AM 49 Comments

Sally kan...mmg suka dengar lagu...tapi sally tak suka pasang kuat-kuat atau bagi semua orang dengar...so, sally lebih memilih untuk pakai headphones...sally dah jarang pakai earphone...sebab lubang telinga ni kecik sangat...asyik terjatuh je..kalau yang jenis plug-in tu lagi laa...adoi..!

Kadang-kadang malam pun sally akan dengar lagu...ingat lagi entry lullaby yang sally tulis beberapa minggu lepas? sebab sally ni menurun penyakit arwah papa...insomnia...sally boleh tidur habis lambat tapi bangun seawal yang boleh...tu jugak sebab kenapa badan tak cukup rehat kot...nak paksa tido pun tak boleh...tak jadi..guling kiri kanan pun sama jugak kekdahnya..hehehe....

Tapi takde la selalu..kadang-kadang kalau dah mmg tak boleh tido..lampu dah tutup semua tapi mata still degil...baru la sally dengar lagu atau kadang-kadang sally akan buka alunan Al-Quran...biar hati tenang, jiwa tenang..baru boleh tido...jangan la nak tido korang dengar lagu head banging ke lagu disko pulak..kang makin degil la mata tu..hihihi...


Comel ke idok? hehehe...sleeping headphones ni sally beli daripada kedai Typo yang baru dibuka kat Nu Sentral tu...Typo ni sejenis kedai barang-barang yang comel tu la..spesis kedai Hinode Shop and etc la...tapi harga dia mmg kadang-kadang tak masuk akal...macam la headphones ni haaa....cuba teka berapa RM sally beli?

So far, sally okay la pakai ni..tapi mmg time tido jela boleh pakai..kalau pakai kat luar..habis segala benda sally langgar...sebab dah complete bertutup mata tu kan..hahaha...kalau kat luar sally pakai Beads headphone sally..hihihi..macam banyak pulak headphones yang sally ada kan?

^______^

Monday, April 28, 2014

Korea.

9:20:00 PM 29 Comments
Selamat malam!

Sally baru sempat nak bukak blog hari ni...badan rasa kurang sihat la..haihhh..rasa penat sangat...mungkin penat g kelas semalam kot...kena hujan lagi rasanya...hihi....

Back to topic, korang tau tak...sally sekarang mmg tak boleh tgk perkataan "Korea"...hahaha...jadi excited secara tetiba...korang kalau nak suruh sally baca entry nanti..jangan lupa selit perkataan "Korea"...hahaha..okay, tu sally tipu....gurau je :P

Sabtu lepas sally keluar dengan kak Nadia, jumpa dengan kawan Korea dia...haaa...nampak tak? punya gagah sally nak g teman dia sebab nak jumpa dengan kawan Korea dia..nama dia Richard...biasa la...datang Malaysia terus ada nama lain woo~ nanti kalau sally g Korea tak boleh pakai nama sally la...tukar nama gak laa...hahaha...okay, sally tipu...buat ape sally g sana? sally g sana sebab nak bincang something dengan kak Nadia...pasal ape..? Shuhhhh~

Well, yes...mmg ada la excited kejap kan...tapi lepas tu dah okay...sebab bukan Yonghwa yang duduk depan mata kan...hee~ chop! kalau Yonghwa, confirm dah pengsan kan? ohh puhliss..tolong la ada Yonghwa punya klon sorang...iheee~

okay..okay...nanti end up korang kata sally meroyan lagi kan..? better stop.. :P



Sunday, April 27, 2014

Ahad.

1:24:00 PM 13 Comments
Habis pasrah dah tajuk kan? Hehehe..as usual...ahad ialah hari sally ke kelas sepanjang hari untuk mendapatkan segulung ijazah...so, here I am...

Lately ni sally tak berapa sihat..got few symptoms that effects my body and my performance in daily life...sally tak blogwalking..jauh sekali nak update blog sekerap dulu...bila dah tak sihat, badan rasa tak larat nak buat aktiviti lain...kadang tu balik keja terus pengsan...

But somehow, there's still plenty of things I should done and something that not that important or don't need my attention.. I just passed it out...kejam..termasuk la blog ni haa...

So, harapnya korang sihat la ye..sorry kalau sally tak balas kunjungan..ni pun sebenarnya tgh lunch time..so, ada la masa sekejap nak update... Doakan Sally boleh jawab 2 test hari ni ye...

Love & hugs!


Saturday, April 26, 2014

Disney Frozen in Islamic Version.

8:31:00 PM 14 Comments

Hahaha...dah mengaji ke belum hari ni? 

Sorry ye..it's been quite a busy day for me..no..it's a busy week...limited time to blog on anything... Have to settle up my assignment and got 2 test for tomorrow classes...

Till then, take care of yourself.. Love & hugs!

Simple Saturday! [CNBLUE]

8:48:00 AM 10 Comments


It's been a while since their tour in Malaysia...24th August 2013 to be exact...kind a missed them actually...hahaha...really can't help with this "missed-them-so-much-syndrome"....I need a doctor! LOL...

In the picture is the mock up cheque that we collect for the second CNBLUE school as I been told you in this entry....click HERE...the amount that we collect is RM 2,408.13 which is actually a symbol that represents the date of CNBLUE's first solo concert in Malaysia, which falls on 24/08/13. We've been through a lot to collect this amount and we're very grateful with this contribution as they used this money to opened their second CNBLUE's school...

If you're following my blog since past weeks ago, you'll find that they will not having any concert here in Malaysia this year...the nearest would be in Bangkok and also Singapore...even though they will not having any concert in Malaysia, we still giving some contribution to the Seoul Can't Stop Concert and also for the victims in the Jeju Island tragedy.

Now, I just hoping for some miracle that they suddenly will be in Malaysia...hahaha...which is I know that will never happened..LOL...but dreaming isn't a crime, right?

p/s : Just mumbling around because we just got the picture yesterday..hahahaha....

Friday, April 25, 2014

Dugaan itu bukan derita yang berpanjangan.

10:56:00 AM 10 Comments
Kadang-kadang dalam hidup ni kita akan diuji...sampai satu tahap kita rasa macam...Ya Allah...aku dah tak mampu...kita berdoa kepada Allah supaya permudahkan segala urusan...semua benda akan bermula dengan kekusutan sebelum Allah bantu dengan penyelesaian yang akhirnya buat kita tersenyum lega....


Minggu lepas dan minggu sebelumnya merupakan minggu yang mencabar bagi sally..terlalu banyak dugaan yang datang secara bertimpa...sampai ada masanya yang sally rasa macam nak putus asa...tapi tak jadi sebab terlalu ramai yang menyokong sally daripada jatuh, ramai yang menarik tangan sally untuk bangkit kembali..mereka sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya sally tenang dan cuba kurang memikirkan masalah tersebut dan cuba "hidup"...

Tak dinafikan..bila emosi kita berada dalam keadaan yang kusut...mmg senang syaitan nak dekat dan cuba buat kita menjauh daripada mencari Allah sebagai tempat meluah perasaan...tapi betul...semakin dekat kita dengan Allah, kita akan sentiasa positif dan juga secara perlahan-lahan akan dapat jalan penyelesaian kepada masalah yang datang...

Special dedication to kak +Farah Waheda Wahid , +Ainim Suju for being my "expression box"...Friendship is something you can't measure by time...they will not always be there but they will always there when you need them too...

dan untuk semua yang tak henti-henti bertanya kan khabar Sally....semoga kalian sentiasa berada dibawah rahmat Allah SWT...hanya Allah yang mampu membalas segala ingatan dan doa kalian...


I need a rest...

Thursday, April 24, 2014

10 Healthy Bedtime Snacks

10:03:00 PM 4 Comments



Kadang-kadang bila malam, asal dah nak tidru tu mula perut berdondang sayang kelaparan walhal baru je lepas makan. Ada kajian yang mengatakan sebenarnya kita tak lapar tapi nafsu makan semata. Jadinya kalau korang lapar tgh malam, mungkin korang hanya sedang bernafsu nak makan. Jadinya, ambil 10 jenis snek ni okay?

p/s : Jangan makan nasi pulak tgh malam tau...hehehe...

Kegilaan semalam.

4:51:00 PM 21 Comments
Makin dekat konsert CNBLUE kat Singapore..makin ketara tahap sawan sally..hahaha...okay, serius..ni mmg kali pertama sally buat kot...

Bila kita order air di Starbucks secara spesifiknya kan, mmg dorang akan tanya nama sebab tak nak bg tertukar air dengan orang lain...which is selalunya sally akan guna nama "Siti" atau "Sally"...hahahaha...tapi semalam tetiba buat keja gila, order air pakai nama.......



Attendant yang ambil order tu pun gelak je...sebab dia tau tu bukan nama Sally...lagipun tu attendant biasa yang layan Sally masa g Starbucks kat Ampang Point...siap nak kena tolong eja sebab dia takut salah...

Hehehehe....mmg kerja gila...lepas ni tak nak buat dah...segan...hahahaha...tapi sebenarnya kan...sally mmg dah terniat nak buat lama dah...saje nak mengada...LOL...nasib baik la budak tu melayan je..kalau tak....hahahaha....

Perasmian SEDA Malaysia Low Energy Office (SEDA LEO) di Sabah.

12:33:00 PM 0 Comments
Malaysia kini makin bergerak ke hadapan untuk menjadi salah sebuah negara yang menggunakan tenaga boleh baharu sebagai alternatif untuk mengurangkan pembakaran bahan api fosil yang kini menjadi antara bahan mentah yang semakin meningkat naik harganya di pasaran. Untuk mengurangkan pembakaran bahan mentah ini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi memantap dan membangunkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber tenaga kelima negara yang diaplikasikan daripada alam semulajadi seperti matahari dan sumber air.

Kredit : http://relakssminda.blogspot.com
Sejajar dengan itu, pihak SEDA kini maju selangkah lagi dengan membuka cawangan terbaru mereka di Likas Square Commercial Centre di Kota Kinabalu. Pembukaan pejabat SEDA Malaysia Cawangan Sabah ini adalah selaras dengan penyertaan Sabah dalam program Feed-in Tariff (FiT) yang bermula pada awal tahun 2014 yang akan melibatkan penyertaan daripada individu dan industri dalam pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Sabah. Pihak SEDA Malaysia juga telah mengumumkan pembukaan kuota Feed-in Tariff (FiT) untuk mereka yang berminat bermula pada awal bulan Mei.

Pejabat SEDA Malaysia Cawangan Sabah ini dikenali sebagai SEDA Malaysia Low Energy Office (SEDA LEO) bertindak sebagai cawangan bantuan kepada projek-projek terbaru Tenaga Boleh Baharu yang akan dijalankan di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan kuota sebanyak 65 MW yang akan merangkumi sumber tenaga biogas, biomass, biomas (sisa pepejal), hidro kecil, solar photovoltaic (PV) untuk kategori individu dan industri serta kategori terbaru yang diperkenalkan iaitu solar photovoltaic (PV) bagi masyarakat untuk tahun 2014 yang kini akan dibahagikan untuk Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau mengumumkan peruntukkan kuota bagi tahun 2014 semasa majlis perasmian pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) Cawangan Sabah pada 21 April 2014 yang lepas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web SEDA untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan jadual penyelarasan kuota seperti di bawah:

*Sila klik utk lebih jelas
Kerajaan kini memang mengambil serius dalam mengaplikasikan Tenaga Boleh Baharu yang sememangnya sangat berguna pada masa hadapan. Walaupun Malaysia masih lagi ketinggalan dalam teknologi ini berbanding negara-negara lain di dunia seperti China, India, Australia dan beberapa buah negara lain, namun bukanlah perkara yang mustahil jika suatu hari nanti Malaysia akan berdiri gah sebagai pengeluar dan pengguna Tenaga Boleh Baharu standing mereka. Kita yang akan menentukan hala tuju negara kita pada masa hadapan.

Wednesday, April 23, 2014

Happy BOICE Day!

3:15:00 PM 3 Comments
Yeay! Hari ni 23rd April 2014...
Happy BOICE Day! and Happy 4th anniversary Boice!

Boice - CNBLUE’s fandom, is a combination of the words Blue and Voice, meaning the fans are their (CNBLUE) voice.

 
23rd April 2010, pihak FNC Entertainment telah mengumumkan yang fan-club bagi kumpulan CNBLUE dinamakan BOICE...so, hari jadi Boice jatuh pada 23rd April setiap tahun dan tahun ni merupakan tahun keempat kami..hehehe...


Sepanjang jadi Boice ni..banyak dah sally kenal..daripada perangai, CNBLUE itu sendiri dan jugak macam-macam lagi..tu belum masuk yang fanatik lagi...well, mmg la agak pelik bila kita beriya kenal dengan orang yang langsung tak kenal kat kita..but as for me, being a Boice is my life satisfaction..hehehe...ada lagi la yang sally suka dalam hidup...tapi one of, CNBLUE la...Sally tak kisah nak panggil sally gila ke, meroyan ke, sawan ke...as long as sally tau batas sally...minat sally bukan tahap mengagungkan..Minat sally lebih kepada menyokong karier mereka...sally tau ada yang kurang selesa bila sally banyak bercerita tentang CNBLUE dalam blog ni tapi serius sally mintak maaf banyak-banyak...it's my passion guys, and I just love them...and my blog is the medium I express my thought and passion...


Okay, so, again...Happy BOICE Day to all the Boice's and Happy 4th anniversary guys! Love and hugs! and keep supporting our boys ya!

Tuesday, April 22, 2014

Premiere Screening | Disney Muppets Most Wanted

3:49:00 PM 22 Comments

Semalam...bertempat di TGV One Utama...pihak KLIPS menjemput sally untuk premiere screening Disney Muppets Most Wanted yang akan ditayangkan diseluruh negara bermula 24th April 2014 ni...Hujung Januari lepas sally dah dapat jemputan untuk Premiere Screening Robocop.


Disebabkan Syifa' dah ada kat KL...sally pun ajak la dia teman...hehehe...sebab jauh sangat...Sampai sana awal...so, pergi la cari makan kejap sebab dua-dua tak lunch semalam...Sally nak makan KFC, Syifa' nak makan McDonald's...gaduh punya gaduh sally surrender jugak la g makan McDonald's..haihhh...kalau tak sebab takut kena balik jalan kaki..malas I nak layan tau! hahahaha...


Lepas daftar tu, staff KLIPS suruh selfie dan #KLIPS dalam insta dan jugak twitter..hehehe...so, di upload la muka feefeeling malu tu kan...hahaha...takut ramai sangat yang search #KLIPS...kita malu! malu! hahahaha...nanti Sally review ek...nak kena recall balik cerita semalam...hahaha...dah lupa!

Rindu tanpa definasi.

2:55:00 PM 12 Comments

"learn a word a day"

Infatuated = tergila-gila

Definasi rindu tu susah nak faham...ada yang rindu pada kawan lama, ada yang rindu pada kampung halaman, ada yang rindu pada teman hidup masing-masing, ada yang rindu masakan ibu, ada yang rindu pada yang sudah meninggal dunia...dan tak terkecuali rindu kepada junjungan besar kita, Rasullah SAW..

Rindu pada definasi sally...bila mana dia terdetik kat hati dan sally ingat kat dia...rindu tak perlu nak luahkan pun...diam-diam sudah...tu kalau sally la...tapi kadang-kadang jangan ikut la...kalau dah meroyan-meroyan jugak la sally...habis satu semesta sally bgtau tahap rindu...hahaha...

Definasi rindu pada korang?

Monday, April 21, 2014

Hublot Big Bang - Official Watch of the 2014 FIFA World Cup Brazil.

5:04:00 PM 22 Comments

Cantiknyaaaaaa... *crying

Sape excited utk FIFA World Cup? yeay! Sally tak...hehehe...sebab nanti penat nak kira cuti dan MC yang secara tiba-tiba akan melanda budak-budak kat site sana...sabar je...dah masak sangat perangai masing-masing....



Sape tahu jenama Hublot?

Hublot merupakan salah satu jenama jam tangan daripada Switzerland sejak tahun 1980 dan sekarang dah mula popular sebab kualiti dia yang bagus dan tahan lama serta tahan lasak...dekat Malaysia ni ada satu je butik Hublot...ada dekat Starhill..tapi jangan mimpi la nak beli sebab harga dia mmg sangat mahal...

So, apa kaitan Hublot dengan FIFA 2014?

Sebenarnya Hublot dah dilantik secara rasmi sebagai official watch untuk 2014 FIFA World Cup Brazil. Selalunya ada official foods, banks...so, mereka ni kira sponsor utama la gitu...Hublot ni ada macam-maca design dan design yang terpilih untuk FIFA ialah Big Bang Unico Bi-Retrograde.. untuk lebih info boleh klik ke SINI...better explanation..

Harga bagi setiap satu ni boleh mencecah $42,200 USD (RM 137, 101) for 18K King Gold and $26,200 USD (RM 85,120) for Black Ceramic.


Yang penting Yonghwa pakai jam yang sama ye..sekian...gila bapak kaya la mamat ni..ni kalau ada RM6 Juta pun belum tentu boleh masuk meminang dia gamaknya..LOL...dia punya jam boleh dapat rumah sebiji dah kak senah oii...mak cik tak mampu nak melayannya..hahahaha....

Sunday, April 20, 2014

It's my life!

2:36:00 PM 26 Comments

You may know my name, but you will never know what actually I've been through in my life and vice versa...No one can actually know me more than I know myself...Never ever judging others based on what you heard or what you read...What you heard from the third party might be added some "seasoning" to make the story more "spicy"...

"Judge me by what in my head not what on my head"


I've got two choices in life, whether to be stuck in life and crying or freedom and smiling.

I will go for the freedom and smile :)

Wedding cake :)

11:25:00 AM 27 Comments

Gosh!
Cantik gila wedding cake dia..mmg rare gila....Sally mmg suka benda yang comel, yang pelik dan yang lain daripada apa yang selalu kita nampak...kalau masa kolej dulu banyak duit sally habis bila nampak benda comel je sally beli...pastu bila dah sampai rumah, terus garu kepala...kenapa la aku beli benda ni...hahahaha...pastu letak la dia kat penjuru meja sampai hujung semester...hahahaha....kanak-kanak kurang bijak!

Dah lari topik pasal kek.

Okay, nak wedding cake macam ni jugak. Sekian..

Wise thought.

9:36:00 AM 6 Comments

Sometimes, we would prefer to chase people and to struggling forcing them to accept us. We seldom won't asking our self to work harder but more to finding the simplest way to be more happy...

Work harder or work smarter won't make us look bad, but it was actually the reasons why people will looked up to you..people who are work hard to achieve their dream is someone who are reliable because they want the perfectly satisfaction towards their life..

Just be yourself, work hard to get what you want, be gentle and kind to other people, keep smiling even you're having the biggest problem in your life, be brave to looked up what is your potential and live a life as the successful person.

You are what you want to be. Cheers!

^____^

Saturday, April 19, 2014

The greatest appreciation, so far.

9:06:00 PM 24 Comments

Alhamdulillah....

itu je la yang mampu sally ungkapkan apabila diberi penghargaan yang begini oleh blogger Pendekar Berkuda...dalam entry SINI..tiada niat nak bermegah, jauh sekali nak menunjuk...cuma sally nak berkongsi kegembiraan dengan korang yang sentiasa berada bersama sally masa susah senang, turun naik blog ni....kalau takde korang yang baca...sure sally macam mumbling sorang-sorang je kat sini kan....

Daripada tahap meroyan sally kepada Yonghwa dan CNBLUE, derita nak sambung degree, masalah yang berkait dengan kehidupan semuanya korang ada dekat untuk menjadi peneman, pembaca, pendengar dan juga pemberi nasihat dalam sally meniti kehidupan seharian.

Sally takkan ada di takuk sekarang tanpa sokongan daripada korang...so, to you guys, thanks a lot for being the most loyal friends ever...hehehe...meh nak kasi flying kiss kat semua orang...Sally doakan korang sentiasa berada dibawah lindungan Allah dan berjaya dunia dan akhirat..

Love & hugs!

Think before you act!

4:31:00 PM 21 Comments

Pepatah orang melayu,

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna"

Sebenarnya banyak lagi pepatah melayu yang berkaitan...manusia ni silapnya selalu berfikir menggunakan emosi bukan menggunakan akal fikiran yang Allah bagi...bila dah berada dalam kesukaran baru nak menangisi kekesalan pada keputusan yang diambil...Dan bila dah ambil keputusan tu, jgn lupa pastikan setiap pilihan yang kita buat tu takkan tergantung dan takkan menyusahkan diri sendiri ataupun org lain.

Dalam dunia ni, terlalu banyak dugaan...tapi kita kena la bijak membuat keputusan dan jangan terburu-buru dalam mengambil keputusan...jangan bertindak mengikut emosi....

Ada satu quote dalam bahasa inggeris,

"Don't make a promise when you're happy, Don't make a decision when you're angry"

Hello Sabtu!

9:23:00 AM 13 Comments
Alhamdulillah...sekejap betul masa berlalu kan...hari ni dah sabtu....rasa penat kerja minggu ni..huhuhu....semalam tido pukul 3 pagi sebab menyiapkan penulisan artikel...tu pun masih lagi ada 2 belum dapat disiapkan...alahai....

Dah breakfast ke..? Hari ni abang sally dah gaji...pagi tadi dia belanja makan roti canai...alhamdulillah...sampai office pulak, kakak kat office ni belikan nasi lemak...hehehe...mana nak sumbat nasi lemak ni..?

Sorry tau! minggu ni sally kurang sikit blogwalking...banyak sangat benda nak uruskan...tapi jangan risau...InsyaAllah minggu depan dah okay sikit sbb akauntan sally dah habis cuti kan...ihikkkss...rasa macam sally pulak nak g bercuti..LOL...


Good morning! Love & Hugss! :)

Friday, April 18, 2014

Jangan gunakan kelemahan orang sebagai senjata.

4:32:00 PM 32 Comments
Firstly, abaikan pasal Can't Stop album tu...pandang dekat wording tu...hehehe...
Secondly, abaikan kesalahan grammar tu ye...hahaha...

"I know (met) someone who is very cruel and wise in persuading me using my biggest weakness.."

Apa yang korang faham daripada status FB sally ni..?

Menggunakan kelemahan orang lain sebagai senjata untuk berjaya...selalunya kalau kita tengok dalam drama melayu, orang kaya akan menggunakan wang yang banyak sebagai sogokan kepada si miskin yang memerlukan untuk mencapai hajat mereka...

Ataupun kalau dalam cerita international, culik ahli keluarga atau orang yang tersayang supaya si hero ni akan keluar dan pergi menyelamatkan mangsa...

Satu yang dapat disimpulkan kat sini...ialah manusia sanggup buat apa sahaja untuk berjaya...walaupun terpaksa menganiaya orang lain ataupun dalam kisah ni, menggunakan kelemahan orang lain sebagai senjata untuk berjaya...setiap manusia tu ada kelemahannya, dan jangan lah kita yang mengetahui kelemahan mereka sebagai cara untuk menjatuhkan mereka. Tak semua manusia sempurna, dan jangan terkejut jika ada yang menggunakan kelemahan kita sebagai senjata mereka kelak...

p/s : orang yang tahu kelemahan Sally dah lakukan yg "terbaik" semalam....tahniah!

Hello Dunia :)

8:49:00 AM 9 Comments

Salam pagi jumaat...

Jangan lupa baca surah Al-Kahfi harini ye...banyak manfaatnya...

sorry...sally busy sikit kebelakangan ni...terlalu banyak kerja dan juga assignment yang memerlukan sally bagi perhatian kat mereka...sampai terabai la blog....Nanti kalau dah free sikit, sally akan jengah ke rumah korang pulak ye..ihikkksss...

Love & Hugs!

Thursday, April 17, 2014

Pos Malaysia Berhad memberi respon......

8:33:00 PM 21 Comments
Kesinambungan daripada peristiwa PosLaju telah menghilangkan barang sally yang sally cerita dalam entry SINI...pagi tadi sally terkejut bila dapat notification yang Pos Malaysia follow sally di twitter...dalam hati dah dah dapat agak apa yang dorang nak buat sebenarnya...dan dapat la sally tweet seperti di bawah...


Sally bukan la nak cakap apa...tapi bila blogger dah bersuara baru la nak ambil tindakan...dan Sally respect la kepada pihak yang bagi sally ada cekap sebab ambil tahu apa yang terjadi...sebab yang sally email ataupun borang pampasan tu sampai sekarang masih belum ada berita...call hotline, asyik kena hold je sebab "semua pegawai" sedang sibuk...so, mmg tak dapat la sally nak tract status permohonan pampasan sally kan....

So, buat sementara ni sally tunggu dulu proses dia beberapa hari...kalau dia sambung diam lagi...baru la sally ambil tindakan kepada tribunal pengguna pulak...itu pun kalau dorang takde bagi respon la....So, kepada korang yang ada masalah ke ataupun aduan...cuba la kat twitter...mungkin akan "cepat" sikit proses nya....

Terima kasih Pos Malaysia sebab memberi respon...

^_____^

Bagaimana hendak mendapatkan kediaman yang cekap tenaga?

4:47:00 PM 1 Comments
Tenaga elektrik...antara tenaga yang terpenting yang kita gunakan..Hampir setiap kediaman di Malaysia ini menggunakan tenaga elektrik untuk melaksanakan pelbagai aktiviti harian dan bagi menghidupkan peralatan elektrik yang memudahkan kebanyakan tugas seperti penyedut hampagas, mesin basuh dan juga cerek air.

Setiap isi rumah akan menyumbang kepada penambahan beban penggunaan tenaga elektrik, oleh itu, pemahaman dan kaedah menjimatkan tenaga adalah aspek yang sangat penting yang perlu diketahui dan diambil berat oleh semua penduduk di negara ini.
Kredit : http://peyshin-93.blogspot.com/
Selain daripada air, elektrik adalah keperluan asas yang menjadi nadi kehidupan manusia. Jika salah satu tiada ataupun tergendala seperti catuan air yang dialami sekarang ataupun terputus bekalan elektrik...banyak masalah yang akan timbul dan ini makin membimbangkan apabila bahan api fosil yang digunakan untuk menjana elektrik semakin berkurang.

Seperti yang dah sedia maklum, kenaikkan harga pada bahan api atau bahan mentah akan menyebabkan kenaikkan harga untuk membekalkan keperluan ini dan yang paling penting keperluan asas ini bukan percuma malah untuk menggunakannya kita perlu dibayar kepada pihak utiliti yang membekalkan kepada pengguna. Ini bermakna sejumlah wang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membiayai keperluan ini walaupun kerajaan memberi subsidi seperti rakyat tidak perlu membayar bil elektrik yang penggunaannya kurang daripada RM20 atau 300 Kilowatt Sejam (kWj).

Namun, masih ramai yang mengeluh kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menggunakan tenaga dengan cekap bagi membantu mereka mengurangkan bil utiliti bulanan mereka. Jadi, hari ini mari kita lihat apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk menjadi pengguna yang bijak.

  • Sebagai pengguna, kita perlu memastikan pemasangan dan peralatan elektrik di kediaman adalah betul dan sesuai mengikut standard yang diperakui oleh agensi yang berkaitan seperti SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga.
  • Gunakan mentol jimat elektrik. (Sila rujuk gambar)
Credits :
Kredit : https://groups.yahoo.com
  • Elakkan membuat sebarang penyambungan elektrik tanpa kebenaran kerana ini akan membuatkan kediaman terdedah kepada litar pintas.
  • Kita juga boleh mengaplikasikan pemasangan berpusat yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan. Ini membantu  elektrik dimatikan dengan serentak contohnya seperti yang banyak digunakan di bilik hotel. Kalau perasan, selalunya elektrik disebuah bilik hotel hanya boleh diaktifkan menggunakan sekeping kad dan apabila tiada penghuni di ruang berkenaan, tiada peralatan elektrik akan menyala kerana seluruh punca elektrik dimatikan secara automatik.
  • Kita juga perlu bijak menggunakan peralatan elektrik. Kini banyak peralatan di pasaran yang dilabelkan sebagai menjimatkan tenaga. Cari barangan yang ada label kecekapan tenaga.
  • Kita juga boleh cuba sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar kerana tenaga ini lebih mudah dan sumbernya tidak akan pernah habis kerana matahari akan sentiasa ada.
Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kediaman yang cekap tenaga..Disamping mengurangkan bil utiliti setiap bulan, kita juga dapat membantu mengurangkan pencemaran. Janakan penggunaan tenaga dengan bijak, implikasikan tenaga alternatif untuk kemudahan di masa hadapan.
Lebih mesra alam, lebih bagus!

Employment Law.

1:30:00 PM 11 Comments


Semester ni sally ambil semua subjek yang berkaitan dengan major course sally...Human Resources....semester ni dah la ambik semuanya core subject...macam nak pecah kepala dibuatnya tau tak...nasib baik la tak payah nak ingat semua [seksyen dalam employment act] ni...kalau tak mau gila dibuatnya...hahahaha....semua nak ingat daripada employment contract, gaji sampai la ke termination contract..hahahaha..

*kenapa sally terang kat korang pulak ni..? hahahahaha...

Semester ni belajar jugak pasal [recruitment, selection] dan jugak [compensation & benefits]...semuanya yang berkaitan dengan major course...haigoooo~ penatnya otak nak menghafal....takde ke cara senang nak menghafal ek..? meh la kongsi dengan sally...

^____^

Bengang tahap terlampau.

11:00:00 AM 16 Comments

Percaya laa...sally mmg dalam fasa rasa nak maki orang...tapi masih lagi Allah bagi kekuatan untuk bersabar...kalau ikut hati, ikut hasutan syaitan...mmg dah lama la kena maki dengan sally...sakit hati dibuatnya...sendiri yang bodoh, sendiri yang salah pastu nak letak kesalahan kat bahu orang lain...mana tak sakit hati......


"Kawan baik"

8:30:00 AM 16 Comments

Minggu ni minggu yang agak berat bagi sally...bertimpa-timpa dugaan datang...dengan tugas dekat office yang banyak sebab akauntan sally cuti selama 2 minggu...so, workload tu jadi berganda....

Minggu ni sally mmg dalam fasa diuji oleh Allah...satu persatu dugaan diberikan kepada Sally...syukurlah masih lagi mampu hidup walaupun gelap sedikit dunia sally minggu ni...dan sejak beberapa hari lepas Sally asyik migraines je...mungkin sebab terlalu banyak berfikir atau terlalu banyak memandang komputer...entry pun kadang auto-publish je...mmg sally tak dapat nak blogwalking...dapat balas mana yang mampu je....

Tiger balm dan jugak ponstan dah jadi "kawan baik" sally sepanjang minggu ni...kesian dekat otak sally...banyak benda dia nak kena fikir...nak rehat pun tak sempat...haihh....

Wednesday, April 16, 2014

Love me tender.

4:55:00 PM 6 Comments
Senyuman Tengku Imran kini kembali...siapa perempuan itu? Siapa dia sehingga gelak tawanya dengan mudah kembali mengukir setelah melihat keletah dia...senyuman yang sudah hampir setahun tidak dilihat mekar diwajah Tengku Imran kini kembali...Siapa perempuan itu?

Love me tender, Love me sweet,
Never let me go.
You have made my life complete,
And I love you so.

Aleeya...wajahnya persis seorang gadis Korea...kata ibu mungkin kerana terkenan semasa mengandungkan dia....Siapa lelaki itu? Wajahnya sugul tapi seperti ada sesuatu yang menarik mata supaya sentiasa mengejar bayangnya...siapa lelaki yang sedang merenungnya?

Love me tender, Love me true,
All my dreams fulfilled.
For my darling, I love you,
And I always will.

Peristiwa Tengku Imran dan Intan kini tinggal kenangan...senyuman yang dulu milik Intan kini diraih oleh Aleeya...gadis yang datang tanpa dijemput, cintanya datang tanpa diundang namun kehadirannya sudah cukup buat Tengku Imran kembali girang...mungkin ada hikmah disebalik pertemuan mereka...kekecewaan yang dibawa oleh Intan, diubati dengan kehadiran Aleeya disisinya...

Love me tender, Love me long,
Take me to your heart.
For it's there that I belong,
And well never part.

Hendak ditolak hati tak terima, hendak di layan hati mengiyakannya...ternyata Aleeya tak dapat menolak...mana tidaknya...sekilas kelibat Tengku Imran lalu...laju lirik matanya lari mengejar...kalau mampu...ingin laju kakinya berlari menghampiri...tapi dek kerana malu, perasaan disimpan ke tepi, dikunci rapi di dalam hati...Risau kalau-kalau rakan-rakannya dapat membaca isi hatinya nanti...

"ahhhh...aku ni dah gila bayang agaknya..."

Love me tender, Love me dear,
Tell me you are mine.
I'll be yours through all the years,
Till the end of time.

Sejauh mana berlari, sekuat mana badai menghampiri...Kalau dah jodoh...tiada yang mampu melawan kehendak ilahi...Hendak ditipu, hati sendiri...hendak mengelak, hati sendiri...hendak melawan, hati sendiri...Tengku Imran tidak dapat menipu, Aleeya tidak mampu menepis...kerana jodoh itu mmg buat mereka...Larilah ke gunung, soroklah dihutan...jika wajahnya yang dilihat dibulan...makanya cinta itu mmg tercipta oleh Tuhan buat mereka...

When at last my dreams come true,
Darling this I know,
Happiness will follow you,
Everywhere you go.

 Elvis Presley - Love Me Tender