MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

8:18:00 PM Sally Samsaiman 26 Comments

Perghhh...gagah tunggu 30th Mac sebab nak wish pada hari yang sepatutnya...balik kelas je terus bukak laptop semata-mata nak join GA daripada Puan Zara kesayangan..

To my dear Zara dan suami,
"Happy 2nd anniversary my dear...umur yang muda bukan penghalang untuk menjadi pasangan yang bahagia...Sally doakan Zara dan suami sentiasa berada dibawah lindungan Allah...semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan semua urusan dalam kehidupan berumahtangga....Semoga dipercepatkan rezeki untuk menimang cahaya mata dan semoga menjadi pasangan yang kekal sehingga hujung nyawa...May Allah bless you guys..."



Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

* * * * MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway akan berlangsung selama 3 Minggu * * * *
( 28 Mac 2014 - 19 April 2014 )

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kalau Disney Frozen jadi drama Korea..?

12:30:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Bagi mereka yang suka tengok cite Korea atau dalam erti kata lain gila tengok cite Korea, kadang-kadang tu kita takkan terlepas daripada membayangkan cerita-cerita yang ada kat dunia ni kalau dijadikan versi Korea kan...Lagi-lagi sekarang ni ramai artis Korea yang cover lagu tema cerita Frozen, "Let It Go" .. Jom kita tengok antara artis Korea yang hampir sama dengan watak dalam cerita tu..

Elsa = Sooyoung

Watak Elsa ni agak susah sikit sebab dia bukan je kena pandai menyanyikan lagu tema "Let It Go," tapi dia jugak kena pandai memainkan [eranan dan emosi dalam pelbagai gaya...Sooyoung daripada SNSD sangat sesuai untuk menjiwai watak ni... macam masa dia berlakon dalam drama Dating Agency: Cyrano.

Anna = Jung Eun Ji

Jung Eun Ji  memang seorang pelakon yang bagus dan dia mmg akan bawak watak Anna dengan berjayanya macam dalam drama Answer Me 1997.

Kristoff = Lee Seung Gi

Yang ni mmg takkan dapat disangkal lahi...ho maiii...suka gila tengok lesung pipit Lee Seung Gi...Lagipun sebab perwatakan Seung Gi yang periang...mmg sangat la sesuai!

Hans = Seo In Guk

Terus terang cakap, kalau Seo In Guk  menyanyi lagu duet dengan kita, semua orang pun mati-mati akan percaya tentang cinta pandang pertama..Nanti kalau rajin boleh search kay YouTube, gandingan Seo In Guk dengan Jung Eun Ji masa dorang nyanyi lagu "Love Is an Open Door".

Olaf = Yoon Si Yoon

Yang ni watak yang paling menjadi sebutan dalam filem animasi Frozen ni...Olaf, orang salji yang paling comel kan..hehehe...Dalam drama Flower Boy Next Door, Yoon Si Yoon memainkan watak yang paling bagus yang menggegarkan industi drama Korea...hehehe...kalau dia jadi Olaf, mmg sangat terbaik la jawabnya!!!

Duke Weselton = Jang Won Young

Jang Won Young mmg terkenal dengan watak yang kaki sindir, dan yang paling banyak tipu muslihat...so mmg dah kena sangat la watak dia dalam cerita ni..hahaha...

Oaken = Lee Won Jong

Lagi satu watak yang sally suka...Oaken, penjaga kedai tu...kalau tengok dia nampak macam naive macam innocent je kan...Lee Won Jong boleh berlakon jadi penyayang, jadi baik dan kugak jadi psycho...lagipun sweater dorang dah sama dah pun kan..hehehe...


overall, sally rasa semua orang mesti tgh seronok lagi kan tengok cerita Frozen ni..sebab sally sendiri siap subscribe kat Astro kot...aduh! mmg sally sendiri rasa cerita ni sangat best..serius! Sally suka gila..gila..gila tengok cerita ni..hehehe..

Korang..?

p/s : Sally ada kat kelas ni..auto-published je ye :)

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Menangani kecekapan tenaga elektrik di rumah atau di pejabat.

10:05:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments

Yeay! Apa benda yang sally merepek ni lagi..hehehe….kecekapan tenaga? Apa yang korang tau pasal kecekapan tenaga? Kecekapan tenaga ini ialah bila kita menggunakan tenaga elektrik seminima yang mungkin dalam kehidupan harian kita tapi kita dapat berjimat tanpa perlu jejeskan tahap keselesaan hidup…

Boleh beza tak..? Kita guna alatan elektrik yang sama, tapi at the same time kita dapat jimatkan penggunaan elektrik kita. Hah! Sape nak tau? Sape nak tau..? ihikkss…Jimatkan penggunaan elektrik dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan bil utiliti kita…suka tak..?


Sebelum korang bising-bising kenapa nak kena gunakan tenaga elektrik dengan minima dan cekap, meh sally nak bg tau antara sebab kenapa kita kena menggunakan tenaga elektrik dengan cekap. Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin meningkat.


Bahan api fosil yang dibakar untuk menjana tenaga ini juga akan menghasilkan gas-gas yang merbahaya dan untuk memelihara kesihatan dan jua alam sekitar untuk generasi masa hadapan, kita harus kurangkan pembakaran bahan api fosil. Sihat, jimat..apa lagi yang kita nak kan..? Apabila kita mengurangkan bil bahan api atau elektrik, kita sebenarnya telah memainkan peranan untuk membantu memelihara bumi.


Penggunaan elektrik dirumah ataupun di pejabat sangat bergantung kepada saiz populasi didalam sesebuah kawasan tersebut..berapa ramai yang menggunakan, peralatan apa yang digunakan serta cara bagaimana peralatan itu digunakan. Bil elektrik secara amnya akan meningkat mengikut peredaran masa sebagai contoh, penambahan peralatan elektrik dan sebagainya.


So, macam mana cara kita nak gunakan peralatan ni dengan cekap..? Macam mana kita nak kenal dengan barangan elektrik yang cekap tenaga?



Gambar atas ni adalah contoh label tenaga yang di gunakan di Malaysia...Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.


Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1-5 ditunjukkan dalam label bermakna (1) adalah yang paling kurang cekap dan (5) adalah yang paling cekap.


Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah.


Antara alat eletrik yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang Kecekapan Tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah dan juga dipejabat. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak berfikir dan pandai membuat pilihan tentang alatan yang kita ingin beli.


Hakikatnya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang agak mahal sebenarnya kalau kita nak beli tapi dia sebenarnya sangat menjimatkan dan mungkin jugak meningkatkan tempoh penggunaannya atau jangka hayat dia. Dalam kata mudahnya, benda yang elok ada harganya. Jadilah pengguna bijak!

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Weekend yang tak weekend sangat!

9:31:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments

Well, akhirnya...akhirnya kelas untuk semester ni dah bermula..even kelas dalam talian dah bermula sejak 2 minggu lepas...fuhhh...masa tgh busy denga auditor akaun, masa ni jugak kelas...haihh..rasa tak daya dah nak bangun...rasa macam nak tidur 2-3 hari kat rumah...lately ni rasa penat yang teramat sangat....

InsyaAllah kejap lagi nak jumpa dengan kak msredcheesecake, sebab nak bagi something dekat dia tapi xtau la sempat ke tidak sbb dia takde kat area shah alam ..hehehe...even partner sally Qim takde minggu ni...ada jugak la orang nak teman kan..hehehe...Doakan sally okay-okay je ye this week...rasa penat sangat la sebenarnya...nasib baik pagi ni ada jumpa kawan-kawan baru kat kelas...

Have a great weekend guys!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!