Status Halal Pepero.

9:49:00 PM Sally Samsaiman 29 Comments

Merujuk kepada entry WW sally beberapa hari lepas...berkenaan status halal produk makanan ringan daripada Korea, Pepero...so, kat bawah ni ada beberapa pendapat mengenai status halal berkenaan...



So kat atas ni ada 2 screen shot yang sally dapat daripada laman sosial Facebook..sally tak paksa korang untuk percaya atau nak memaksa korang terima apa yang mereka cakap ni...setiap orang ada pendirian dia sendiri...

Bagi pihak JAKIM, lain pula jawapannya...

Pengguna yang dihormati sekalian, Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Pepero keluaran negara Korea. Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. Disediakan oleh:-Unit Perhubungan Awam (PRO):03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Sumber: SINI

Sally ni bukan golongan yang cerdik pandai...ataupun yang bijak dalam ilmu agama...cuma bagi sally...selagi mana kita yakin dengan sesuatu perkara dan benda tu tidak melanngar syariah dan jugak tak memudaratkan..InsyaAllah benda tu takde masalah...tapi macam yang sally cakap pada awalnya la..pucuk pangkalnya hati sendiri...kalau rasa nak makan, makan...kalau ragu-ragu..tinggalkan..

29 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Celebrating Ibu's birthday :)

2:34:00 PM Sally Samsaiman 26 Comments

Dilema mereka yang bekerja swasta...disaat orang yang bekerja kerajaan dah seronok withdraw duit...yang swasta masih lagi mengira hari dekat kalender...hahaha...

Sebabkan semalam birthday ibu, lepas teman dia g UTC sebab nak renew lesen memandu dia...tak nak kalah...nak yang ada gambar..tak nak renew kat pejabat pos dah sekarang..hahahaha...ikut kan aje la...ingat balik tu nak makan kat Secret Recipe..saja la nak belanja dia kan..tapi sebab dah menginjak ke senja...jadi balik rumah je terus...

Balik rumah, mandi, solat...sally terus la call abang pizza...hehe..



Semalam celebrate birthday ibu, belanja dia makan pizza jela..sebab gaji belum lagi ada dalam bank tu..masih ditahan di bank..hahahaha...insyaAllah lepas gaji nanti boleh la belanja dia makan lebih sikit...

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Feed-in Tariff (FiT)

10:03:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments

Malaysia kita kini dalam proses memasuki ke era penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Pelaksanaan Feed-in Tariff (FiT) menyediakan teras yang sangat diperlukan bagi industri tenaga boleh diperbaharui. Penggunaan teknologi boleh diperbaharui pada awalnya tidak diterima di Malaysia, namun sedikit demi sedikit teknologi ini makin diterima di Malaysia berikutan kenaikkan kadar harga bahan api fosil yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi penjana tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita mendapat bekalan elektrik daripada TNB dan setiap hujung/awal bulan kita akan membayar bil utiliti kepada mereka. Namun perbezaan kepada FiT ini, kita adalah penjana dan TNB, SESB & NUR yang akan membayar kepada kita.


Dana Tenaga boleh diperbaharui yang ditubuhkan di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui diuruskan dan diselia oleh pihak SEDA Malaysia. Dana Kumpulan Wang Tenaga boleh diperbaharui hanya boleh digunakan bagi membuat pembayaran bayaran tuntutan yang dibuat oleh firma-firma utiliti kuasa dan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran yang berkaitan dengan pelaksanaan FiT. Dana wang tenaga boleh baharu ini juga digunakan untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB, SESB & NUR. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.



Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dana wang tenaga boleh baharu ini disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak FiT di Malaysia..Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi bila kita dah termasuk dalam FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..dan dalam masa 5 tahun atau kurang kita dah boleh dapat balik pulangan dan juga ada simpanan untuk masa hadapan sebab kontrak untuk FiT ni melebihi 20 tahun.

FiT memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. 
Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Kenapa kita kena jalankan teknologi tenaga boleh diperbaharui ni..? 

Kesan yang paling ketara akibat pembakaran bahan api fosil ialah penghasilan karbon dioksida dan ini membawa kepada kesan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.  Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat, dan persekitaran menjadi panas.

FiT adalah pilihan utama yang perlu diberi keutamaan bagi Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Ia, bagaimanapun, perlu disokong sepenuhnya dengan dasar, projek-projek dan program-program yang direka untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan menguruskan tenaga dengan cekap dan berkesan, khususnya dalam sektor termasuk kuasa penjanaan, pengangkutan, perancangan bandar, air dan pengurusan sisa, dan pertanian. Sehubungan dengan itu, ia juga penting untuk memupuk budaya menggalakkan penggunaan tenaga dengan cekap untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Yonghwa will release solo album in second half of 2014!

8:56:00 AM Sally Samsaiman 20 Comments

Hello to the fan-girl of Yonghwa and CNBLUE!

ya, I know that's referring to me..hehehe 


On March 25th, FNC Entertainment has announced plans for CNBLUE’s Jung Yonghwa’s solo album. FNC Entertainment’s Han Sungho updated the “FNC Talk” portion on their homepage and confirmed that they are currently in the middle of preparing Jung Yonghwa’s solo album. He started the message by thanking fans as they wrap up CNBLUE’s promotions for “Can’t Stop.”

According to the agency, they are planning to release the solo album on the second half of this year and is directly aimed at producing a number of material. The agency went on to state they will be using “FNC Talk” as their latest platform to announce official statements and communicate with their fans.

After wrapping up promotions for they latest album “Can’t Stop,” CNBLUE will continue meeting with their fans through their nationwide tour “2014 CNBLUE Live - Can’t Stop.”

Credit: SportsChosun + FNCTalk + koreaboo.com

Even though I'm one of the biggest fan or in simple word I'm kind of obsessing..Well, actually I'm not feeling to good about this..maybe because Yonghwa started as a band with CNBLUE and suddenly FNC Entertainment making an album just for him..Deeply inside, I'm hoping that CNBLUE could stand just the way there are now...as a brothers in a group...without any solo performance or solo album among them...Hopefully they will never end up just like other group, that started with solo and at the end the group is demolished...I want my CNBLUE back, as a group for sure!

Just hoping this would be just a method of marketing strategy, perhaps. 

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!