Jangan pilih awek kaki melancong?

10:55:00 PM Sally Samsaiman 30 Comments

Boleh tak nak cakap...sally tak setuju...korang baca dulu artikel tu..nanti baru sally cakap kenapa sally tak setuju...

Artikel Sumber : SINI

‘Elakkan bercinta dengan gadis yang suka melancong’, mungkin ia kedengaran pelik, tetapi itu antara isu hangat dibincangkan jejaka jika lepak minum di kedai kopi atau sembang santai sesama mereka. Apabila ditanya kenapa, mereka tidak hanya membuat tanggapan begitu saja, tetapi beberapa konflik berlaku kepada rakan lain yang berpasangan dengan gadis kategori ini. Bermakna, tanggapan dibuat berdasarkan pengalaman.'
  1. Tak romantik
  2. Cakap terlalu lantang
  3. Terlalu berdikari
  4. Tak kisah tak cantik
Hehehe...bukan la sally nak cakap sally langsung tak setuju...tapi ada jugak point-point dia yang macam tak berapa nak masuk la dalam jiwa sally...sebagai seorang perempuan yang mmg gila travel...sally rasa macam tak nak accept kenyataan dia..hahaha...tapi sebabkan nak positive thinking...sally rasa dia refer kepada perempuan yang jenis backpackers or yg kerap travel...

Sally kan...mmg suka gila berjalan...berjalan tengok tempat orang...sally bukan jenis pergi berjalan untuk shopping.. I just love to travel...tengok tempat orang..tengok culture orang...and yang penting sally nak rasa makanan & kumpul fridge magnet!

Perempuan yang suka travel tak romantik..? Ini sally tak pasti la...sebab sally punya kawan-kawan yg kaki travel...macam tu jugak gayanya..hahaha...takde pun nampak tak romantik...elok je pun dengan pakwe masing-masing..hahaha...sally tak boleh cite ikut pengalaman sendiri...sebab kita kan...takde...hiiii~

Cakap terlalu lantang..? Kalau bercakap tentang hadiah tu...sally setuju...kalau sally pun mmg takkan mintak beg tangan yg mahal-mahal tu...sebabnya...pakai yg gred AAA bukan orang tau pun..hahahaha...tapi percayalah..sally takkan mintak tiket flight je...sally akan mintak doraemon, perfume, kasut dan CNBLUE! hahaha....


Terlalu berdikari sehingga rasa macam tak perlu pakwe..? Ini...ini sally tak tau nak komen...well, sebab kita bila berada kat negara orang..mmg la kita kena berdikari unless kalau kita pergi on tour...tapi sally belum pernah pergi dengan tour...so, sally mmg rasa berdikari terlebih tu ye la kot...cuma kalau perempuan lain, takkan nak bergantung kepada lelaki...tapi ni semua kena tepuk dada, tanya selera.

Lastly, part tak kisah tak cantik...yg ni point of view sally sebagai blogger...Sally takkan buat muka yg hbs buruk..sebab dah nama pun blogger...muka kena la rapi..kena la ada "muka market sikit"...hahaha...takde la sampai habis selekeh kan...tapi cuma as simple as we can...

Ini cuma pandangan sally je...bukan la nak condemn penulis artikel ni ke apa..mungkin orang lain ada perihal yang lain dengan "awek kaki melancong" ni kan...Tapi sally sangat berbeza dengan semua point yang diberikan...mungkin lain orang lain pandangan...

Korang macam mana..? Yay or Nay..??

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sel Solar & Panel Solar : AUO Sunpower

3:00:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Pasal Feed-In Tariff dah cerita, pasal Solar Farm pun dah cerita, pasal Cooltek pun dah cerita...tapi sally lupa nak cerita pasal benda yang paling penting dalam membekalkan tenaga solar...iaitu Sel Solar & Panel Solar.


Dalam lawatan bersama dengan pihak SEDA Malaysia, kami para blogger telah dibawa ke AUO Sunpower iaitu salah sebuah pembekal Sel Solar & Panel Solar di Malaysia. Sel Solar & Panel Solar yang dibina oleh AUO Sunpower juga turut di eksport keluar negara. Visi mereka, "Innovation and Excellence Powering a Green Future" sangat sesuai dengan servis yang mereka bekalkan.

Solar PV atau juga dikenali sebagai Photovoltaics adalah medium untuk memproses menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik menggunakan sel solar.  Pada 1970-an, dunia menumpukan perhatian pada kebaikan sumber tenaga alternatif (solar), dan mula membuat penyelidikkan untuk membina Photovoltaics. Penyelidikkan ini berterusan sehingga la hari ini...

Untuk lebih faham tentang tenaga solar, korang boleh baca entry sally tentang Solar Farm..

Credits : http://www.auosunpower.com

Credits : http://www.auosunpower.com
Solar Panel.
Gambar-gambar kat atas tu ialah sel solar dan jugak panel solar yang dihasilkan oleh pihak AUO Sunpower. Sel-sel milik pihak AUO Sunpower sudah dipatenkan, sukar untuk ditiru, dan menyediakan kecekapan sehingga 22.5%, kira-kira 3.4 watt setiap sel, berbanding sel solar yang lain yang ada di Malaysia. Sel solar yang dihasilkan oleh AUO Sunpower juga merupakan antara yang terbaik di dunia selari dengan misi syarikat mereka, "Be the Worldwide Best Solar Cell Manufacturing Company". Jadi jangan takut untuk membuat pilihan.
Antara tempat yang menggunakan sel solar dan panel solar daripada AUO Sunpower ialah, California Valley Solar Ranch, McHenry Solar Farm dan juga Antelope Valley Solar Project. Walaupun kesemua solar farm ni berada di luar daripada Malaysia, namun kita boleh nampak yang sel solar milik AUO Sunpower ini sangat diyakini bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.


Pada 27th Ogos 2012, AUO SunPower Central Admin Building telah dianugerahkan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) Platinum Certification. LEED Platinum Certification merupakan satu set sistem pengkadaran bagi reka bentuk, pembinaan, operasi, dan penyenggaraan bangunan berteknologi hijau, rumah-rumah dan juga kawasan kejiranannya.
Laman web rasmi AUO Sunpower : http://www.auosunpower.com/



     Hari ini perlaksaan sel solar dan juga panel solar bukan sahaja diiktiraf sebagai satu cara untuk menyediakan kuasa tetapi juga satu cara dengan ketara mengurangkan kesan kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh penjanaan elektrik konvensional di Malaysia. Bagi sally, penggunaan tenaga solar sebagai pembekal tenaga elektrik di Malaysia seharusnya diperluaskan supaya boleh mengurangkan pencemaran dan juga kegunaan bahan api yang semakin berkurang.

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

AirAsia Travel Fair.

12:00:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Berita baik untuk semua yang suka travel murah! hehehe..ye macam sally la kan....Air Asia buat julung kalinya memberi diskaun hampir 20% off all seats, all flights! 
 
AirAsia, the world’s best low cost airline will be holding its very first AirAsia Travel Fair (AATF) from 28th February – 2nd March 2014 at Paradigm Mall, Petaling Jaya with great deals for everyone from 10.00am – 10.00pm throughout the three days.

The AATF will feature over 20 booths with fun-filled interactive activities throughout the three-day fair, with participation from various tourism bodies, as well as other AirAsia partners such as the BIG loyalty program, Tune Hotels, AirAsiaGo, AirAsiaExpedia, Tune Insurance, Citibank, Premiere Hotel Klang, gateway@klia2 and many others.

Visitors to the fair will be able to get 20% off all seats on all flights throughout 28 February – 2 March 2014, for the travel period from 1 March – 30 September 2014, with 1 Free Flight* for every 50th flight booked during the AATF. Apart from that, there will be free flights & merchandise giveaways, along with cultural performances as well as celebrity appearances from Aizat Amdan, Aidid Marcello, Baki Zainal, Athena Beh, Rickman Chia and many more.



Paradigm Mall is the main partner of the AATF, and to facilitate the anticipated traffic into Paradigm Mall during the fair; there will be FREE shuttle buses from the Kelana Jaya LRT Station to Paradigm Mall departing every 15 minutes for the convenience of all visitors throughout the three days.

For more information and updated activities throughout the AirAsia Travel Fair, follow AirAsia on Facebook (facebook.com/AirAsia) and Twitter (twitter.com/AirAsia).
 
Conclusion nya kat sini...kepada yang bercadang untuk terbang kemana-mana destinasi bermula 1 March – 30 September 2014, boleh la menghadiri AirAsia Travel Fair ni...hehehe...sebab sally pun nak pergi sebenarnya...hahaha...kalau jumpa kat sana, jangan lupa tegur ye...

^_^

17 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Minat, Hobi atau Obsesi..?

9:54:00 AM Sally Samsaiman 27 Comments

Kalau di search dalam blog ni...korang akan perasan...sally punya minat terdorong kepada kepada benda yang ada kaitan dengan biru...terutamanya Doraemon dan yg penting CNBLUE! Kadang-kadang...sally kategorikan diri sendiri sebagai peminat yg hobinya lebih kepada obsesi...hah! nampak tak betapa tamaknya dan rakusnya sally kategorikan diri sendiri....


Doraemon..pada asalnya sally tak suka pun dia...tapi sebab bentuk fizikal sally yang agak gembal sejak dari kecik...jadi dekat sekolah..selalu kena panggil adik doraemon...well, at first sally mmg la menangis..sebab orang panggil sally gemuk kan...tapi lama-kelamaan...bila sally tengok doraemon...terdetik dalam hati...
"comel jugak doraemon ni..entah-entah dorang panggil aku adik doraemon sbb aku comel kot..."

hahaha...okay, yang terdetik tu sally tipu je...sally mmg sedih bila orang panggil sally gemuk..tapi lama-kelamaan..sally dah terbiasa..dan orang-orang yang ejek sally tu semua jadi pelik..kenapa sally dah tak nangis...kenapa sally jadi tabah..sebab sally rasa ape yang dorang buat tu sebab nak seek attention je...mungkin?


Since that...sally mmg jadi suka dengan doraemon..mungkin jugak sebab dia berwarna biru...sebab sally mmg suka sangat warna biru...jadi mmg sejak daripada zaman sekolah, sampai zaman kolej...beli dan dapat barangan doraemon mmg perkara biasa...pernah satu tahun hadiah yg sally terima semua berunsur doraemon...sampai la ke umur sally dah menganjak ke 24 tahun ni haa...dapat doraemon tu dah jadi perkara biasa...hahaha...sampai satu tahap..kalau kawan-kawan sally nampak doraemon, benda pertama dorang akan buat ialah call @ whatsapp apa yang mereka nampak tu..dan tanya..
"nak tak benda ni..? aku belikan..!"
Terharu...sampai tak tau nak cakap ape..hahaha...sampai tahap macam tu sekali dorang ingat sally bila nampak doraemon...

CNBLUE!
Rasanya pembaca setia blog sally dah tau dah tentang minat yg super obsess sally kepada mereka terutama kepada Jung Yong Hwa...pada asalnya sally mula minat masa dengar lagu masa first dorang debut, "I'm a Loner"...first time dengar, terus jatuh cinta..haa..gitu sekali gamaknya..hahaha...masuk tahun ni dah tahun yang kelima dorang debut...


Sally akui..kadang-kadang sally mmg agak excited terlebih kalau dengar atau cerita pasal CNBLUE..mmg mmg sally minat sangat dengan dorang..tapi takdela tahap obsess kan...peminat yg super excited..boleh? hahaha...Kalau bercakap tentang obsess, sally rasa ada ramai lagi yang obsess dengan CNBLUE..sampai ada yang sanggup bergaduh sebab perempuan-perempuan yang pernah dikaitkan dengan mereka ni...


Merchandise..? Tipu la kalau sally takde simpan kan...ada la poskad, landyard, album, tumblar, keychain and stuff yang dikategorikan sebagai merchandise la...bohong kalau takde kan...even agak mahal sebenarnya...tapi kadang-kadang tu tutup mata je tengok harga dia..pergi kaunter terus bayar! hikhik...


Sekarang tgh tunggu nak beli album terbaru mereka, CNBLUE 5th Mini Album yang bertajuk "Can't Stop"...Tunggu masa je ni haa...dapat gaji..zasss!
Tapi bg sally...tak salah nak minat atau nak suka sesuatu selagi tak keluar daripada batas-batas yang di syariatkan..sally akui..sally mmg minat sangat dengan CNBLUE...sampai tahap..tengok dorang pun boleh senyum....senyum sorang-sorang...tapi biasa laa...kalau dah suka kan..semua benda nampak cantik, nampak baik, nampak indah...dah macam bercinta pulak dengan dorang..iye dok..?

Apa minat, hobi atau obsesi korang..? Meh la kongsi dengan sally :)

27 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!