Macam mana nak kurangkan bil elektrik kita..?

8:00:00 PM Sally Samsaiman 21 Comments


Selalu kita merungut bila mana dapat bil elektrik, mahal...itu belum lagi masuk kena bayar surcaj 1.6% untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diuruskan oleh SEDA Malaysia, yang diambil dalam bil elektrik bagi mereka yang menggunakan elektrik yg melebihi 300kwj iaitu bersamaan dengan RM77 keatas sebulan dan bagi pengguna di Sabah ialah RM69 sebulan bersamaan dgn 300kwj...

Hah! daripada korang merungut tak tentu hala...meh sally nak bagi tips sikit macam mana nak kurangkan bil elektrik kita....meh tengok ape yang kita boleh buat kat rumah untuk jimatkan penggunaan elektrik!



Cabut plug daripada extension / soket

Tutup dan keluarkan plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, dekoder ASTRO, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mode rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa. Dah alang-alang nak tutup tu...baiklah off je terus, cabut...Lagi jimat!

Kalau-kalau mampu, cuba tukar model lama peralatan elektrik.


Credits : http://1.bp.blogspot.com/

Boleh la cuba untuk tukar terutamanya jika dah melebihi 10-15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga berbanding model-model baru. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap.

Gunakan cat yang cerah/putih untuk bilik.

Cat yang cerah atau lebih baik berwarna putih boleh memantulkan cahaya daripada lampu yang dipasang. Lagipun warna cerah kan ke ceria!

Bersihkan peralatan elektrik dengan lebih kerap.

Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak. Contoh yang paling ketara kipas la kan..

Penggunaan seterika secara berhemah.


Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

Penggunaan mesin basuh.


Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh, jangan la dua tiga helai dah sibuk nak mesin...selain dapat kurangkan penggunaan tenaga elektrik, dapat jimat air juga dan jimat masa!

Penggunaan Pemanas Air

Sape yang suka pakai water heater masa mandi..? Tgh-tgh panas bahang ni...tak payah la pakai...Kurangkan penggunaan water heater masa mandi. Apa salahnya mandi guna air sejuk sekali sekala...baru boleh feeling mandi kat telaga kat kampung..hikhik...

Hehehe...tu je kot...dah takde idea nak letak apa...nanti kalau ada yang lain sally tambah ye..sebenarnya banyak cara nak jimatkan penggunaan tenaga elektrik ni...tau tak, kita boleh jimat hampir RM4 sebulan kalau kita tak biar dekat stand by mode tu! Stand by mode tu macam kita tutup TV tapi tak tutup suis dan juga tak cabut plug...dalam sebulan kita boleh jimat RM4 daripada bil bulanan...sebulan RM4 x 12 bulan = RM48...

Ish..ish...daripada bayar mahal-mahal baik la kita simpan dan cuba latih diri gunakan elektrik dengan berhemah...alaaa..tak susah pun kan..? Kalau kita latih diri, jadikan amalan setiap hari...mesti boleh...Cuba buat dulu baru tau kesannya..biarkan la kalau orang lain tak buat...yang jimat tu kita, bukan orang lain...bila kita dah berjaya..mesti ramai akan ikut jejak langkah kita...Cuba ya!

21 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Yay or Nay?

6:00:00 PM Sally Samsaiman 26 Comments


In certain cases. definitely YES.
Pasal tu orang kata...perempuan ni kalau baik,baik sangat...tapi once dia marah atau pun cemburu...hah! rasakan laa..hikhik...

Sally ada kawan...yg sanggup suruh kita contact BF dia just nak tau BF dia layan perempuan lain ke tidak...ada yang sanggup jadi stalker..bukak segala FB perempuan yang komen atau like status BF dia...

Okay la...mmg la sayang...tapi kalau tak nak ada perempuan lain dalam hidup dia...jangan bagi dia keluar rumah...jangan bg dia ada Facebook...jgn bg dia ada social media...simpan je dia dalam loker...adeh!

Sally bukan la nak menuding mana-mana pihak...semua org berhak cemburu...semua orang berhak untuk rasa tak selamat...tapi kita kena faham...kita ni milik kekal Maha Pencipta...bukan milik kekal pasangan kita...Lagipun...jangan lupa...BF anda tu masih ada perempuan lain dalam hidup dia...sape..? Mak dia...mak yang mengandung dan melahirkan dia...korang yang mengaku cinta hati tu...sedar la sikit...

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kapal Terbang.

2:00:00 PM Sally Samsaiman 27 Comments



Gambar ni sally ambik masa dalam penerbangan pulang ke Malaysia...Seriously...lepas je ambil gambar ni sally tetiba rasa...

"camne aku nak kerja dekat dengan kapal terbang?"

Kalau nak suruh jadi pramugari, cabin crew atau flight attendant...memang takkan dapat la kan..berat terlebih, tinggi tak cukup...sedihnya ...camne nak kerja dekat dengan kapal terbang ni...huwaaaa...tetiba rasa nak lari pastu peluk kapal terbang...

"Kau dah kenapa sally..?"

Korang tak rasa ke pemandangan dia cantik..? Sally nak apply jadi cleaner cuci kapal terbang laa...

"Dah tu kau sambung degree amik Human Resources buat ape..?"

Sally tak tau...sally nak kapal terbang...Sally nak kerja dengan kapal terbang...sob sob.. -_-

27 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ke Korea Ke Tekak Kita..?

10:29:00 AM Sally Samsaiman 32 Comments

Begitu haaa tajuk dia..hahahaha...


Hehehe...ni mi segera yang mama beli masa kat Bandung...kat Bandung ni macam-macam jenis makanan ada...antara nak atau tak nak beli je...mi segera ni keluaran Indo Mie...antara jenama makanan segera yang popular di Indonesia selain daripada Mee Sedaap tu haaa...

Mama ni jenis nampak perkataan Korea je terus excited..hahaha...pasal tu la gagah dia beli mi segera daripada Bandung bawak balik Malaysia...

hihihi..mama..mama...ish ish..

^_^

32 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!