Back to December.

4:30:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments


So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

Back to December...
lagu ni mmg terkesan kepada sally...bukan sebab sally berpisah dengan sesape...tapi sebab perpisahan abadi sally dengan arwah papa... Sally bila teringat arwah papa, sally akan teringat disember yang mana arwah papa pergi meninggalkan kami sekeluarga...pergi menemui Maha Penciptanya...

kenapa sally kesal..?
Sebab masa arwah papa meninggal dunia...sally masih bekerja secara separuh masa...masa tu time Hari Raya Aidiladha...time tu baru je cuti semester satu masa ambil diploma...sally mmg akan bekerja separuh masa sebab nak harapkan duit elaun mmg takkan cukup la kan...tak kira la bila...asal ada cuti je sally blk kerja...

Sebab sally mengejar duit...sebab sally inginkan sangat triple pay...sally kerja juga masa raya tu...dan arwah papa meninggal masa sebelum sally sempat blk kerja...tak tau nak cakap ape...menyesal..? dah terlambat...nak menangis meratap..? dah terlambat jugak...hanya mampu menatap sekujur tubuh yang kaku...yang dah tak mampu sally nak cakap pape...papa pergi 8 hari sebelum hari jadi dia yang ke 50 tahun...

Kat sini...sally nak seru korang...jangan la terlalu pentingkan duniawi...jaga la ibu bapa kita selagi mana dorang ada...jangan bila dah takde nanti baru nak menyesal bagai...yang mana yg kerja jauh tu...ambik la masa telefon tanya khabar or kalau ada masa, pulang lah jenguk mereka...

Jangan jadi macam sally.

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kenapa memilih tenaga solar?

2:37:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Kalau bercakap tentang tenaga boleh baharu...rasanya ramai yang akan memilih untuk menggunakan tenaga solar sebagai alternatif...mungkin sebab tenaga solar percuma dan juga kerana matahari merupakan sumber tenaga terbesar yang kita peroleh daripada alam.
 
Credits : http://astronomieducation.blogspot.com/

Penjanaan tenaga elektrik daripada matahari bukanlah suatu perkara yang baru. Sejak tahun 50an teknologi tenaga solar sudah diterapkan, tetapi tidak mendapat sambutan meluas kerana manusia bergantung sumber minyak yang ketika itu masih banyak terutama di kawasan timur tengah.  Dalam era 80an dan 90an sumber-sumber minyak mula diperoleh secara paksaan atau melalui tawaran. Malah, para saintis juga telah membuktikan punca utama perubahan cuaca dunia adalah daripada pencemaran udara CO2 yang terhasil daripada kegiatan manusia dan penggunaan bahan api fosil.

Jom kita tengok antara sebab tenaga solar patut diberi perhatian:
  1. Bekalan tenaga tanpa had
    • Bumi menerima jumlah kuasa yang berterusan dan mampu digunakan oleh keseluruhan penduduk dunia.
  2. Kuasa solar ialah tenaga yang bersih.
    • Industri elektrik daripada bahan api fosil atau arang batu adalah sumber terbesar pencemaran udara dan pencemaran kini membawa kepada pelbagai jenis bencana alam dan juga penyakit kepada manusia.
  3. Mengurangkan kos dalam penggunaan bahan api fosil.
    • Disebabkan tenaga yang diperoleh daripada matahari adalah bersih dan juga percuma, ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos penggunaan bahan api fosil.
    Gambar diatas adalah antara contoh lain kelebihan tenaga solar yang patut digunakan secara meluas di dunia...Malaysia kini masih dalam tempoh percubaan dan masih lagi perlu diperbaiki dan dinaik taraf supaya Malaysia mampu seiring dengan negara lain yang sudah lama bertapak dalam bidang teknologi penggunaan tenaga solar...Setiap yang baik pasti ada sedikit keburukkan, antaranya:
    Credits : http://seronoknyasains.blogspot.com/
    Tapi kan...setiap benda yang baik tu ada harganya kan...apa salahnya kalau kita cuba cari alternatif untuk masa depan yang lebih terjamin..tak salah kalau kita cuba untuk mencari kelainan dan berubah demi masa depan yang lebih terjamin...Kalau sekarang pun dah banyak pencemaran yang berlaku, bencana alam yang kebanyakkan nya berpunca daripada manusia sendiri...bagaimana dengan masa depan anak cucu kita kan..?
    Laman web rasmi SEDA : http://seda.gov.my/ 
    Pihak SEDA Malaysia adalah sebuah badan yang menguruskan Feed-In Tariff (FiT) di Malaysia...Mereka mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisma FiT yang termaktub di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725]. FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh baharu untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh baharu contohnya tenaga solar.

    Jom kita berubah..? Semoga penerangan tentang tenaga solar ni sedikit sebanyak dapat membantu korang semua berfikir dengan lebih dalam tentang tenaga boleh baharu...lain kali sally share cara nak jimatkan tenaga elektrik pulak, okay..??

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Self Care.

10:03:00 AM Sally Samsaiman 26 Comments

Self care atau pun menjaga diri...selalu kita suka berpesan kat orang...
"Jaga diri baik-baik..."
tapi camne nak jaga diri ek..? Sebab selalunya bila orang concern dengan kita, kita suruh dia je yang jaga kita...hahahaha....

  1. Kalau rasa benda tu bawa mudarat, tak payah buat @ lakukan.
  2. Cakap apa yang sebenarnya kita nak...jangan nak suruh orang faham bahasa isyarat kita tu.
  3. Jangan jadi kaki pengampu dan ubah diri kita supaya org suka kita..tu plastik namanya!
  4. Percaya kepada diri sendiri dan kata hati...kadang-kadang hati ni pandai.
  5. Jangan cakap dan buat perkara buruk kepada diri sendiri.
  6. Jangan sesekali lupakan cita-cita dan benda yang kita nak buat. Go for it!
  7. Jangan takut untuk cakap "tak" kepada perkara yang tidak baik.
  8. Jangan takut untuk cakap "Ya" kepada perkara yang membawa kebaikkan kepada diri kita.
  9. Jangan gila kuasa...semua benda nak buat sampai diri sendiri tak terkawal.
  10. Jangan jadi "Ratu Drama"...depan cakap lain, belakang cakap lain...jadilah orang yang positif!
Kalau kita tak jaga diri kita, sape yang nak jaga..? Tak semua orang ada ahli keluarga yang sentiasa ambil berat...so, belajarlah berdikari...sebab "our life is what our thoughts make it" ...

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!