Movie | RoboCop

5:30:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Seperti yang korang semua tau...sally dapat pass Premiere Screening untuk filem RoboCop kelmarin...sape dah tengok RoboCop..? hihihi...sally ni pun alhamdulillah la dapat rezeki...actually sally tak minat sangat tgk wayang...except kalau ada cerita yang betul-betul sally nak tgk la...



Synopsis:
Start cerita dia pada tahun 2028, Alex Murphy ( Joel Kinnaman) seorang pegawai polis dalam siasatan tentang keluar masuk senjata daripada bilik bukti yang hilang dan dijual kepada pengganas. Masa tu, ada sebuah syarikatOmniCorp tgh reka robot untuk menggantikan polis di jalan raya tapi senator dia halang sebab robot takde perasaan..

Polis yang corrupt dalam balai tu cuba bunuh Alex Murphy sebab tak nak bagi dia siasat lebih dalam...dorang letupkan kereta dia dan Alex cedera parah... OmniCorp nampak cara nak pulihkan Alex dengan mengubah dia jadi pegawai polis yang separuh robot dan separuh manusia.

Comment:
Hehehe...sally suka yang original version...yang version ni sally tak minat sangat laa....daripada 5 bintang...sally kasi 3 je...sebab jalan cerita dia tak berapa hebat but in terms of dia punya outfit...tu awesome...suit yang warna hitam cantik more than suit yang warna silver..hahahaha...rata-rata orang yang tgk pun rate rendah je...sebab mungkin expectation kami jalan cerita dia lebih baik daripada yang original version.

Trailer:

Untuk lebih kepuasan hati, better korang pergi tengok sendiri la...ohh! before sally lupa...ramai yang bertanya camne sally boleh dapat tiket free selalu kan..? terima kasih la kepada pihak KLIPS. Cara dia senang je...korang sign in dengan KLIPS dan korang share trailer terbaru, dan tunggu la kalau dapat tiket secara percuma! So far dah hampir 10 kali sally dapat tiket dan juga beberapa premiere screening untuk latest movie...

So, kalau rasa nak tiket free macam sally, boleh join KLIPS!

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Feed-In Tariff (FiT) di Malaysia, relevan ke..?

3:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Macam yang sally janji dalam entry Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)... hari ni sally akan bercerita tentang Feed-In Tariff atau singkatannya (FiT). FiT merupakan pemangkin kepada tenaga boleh baharu (TBB) dan juga mengurangkan penghasilan karbon dioksida (CO2) yang mana tidak baik untuk alam sekitar. 

Kesan yang paling ketara akibat penghasilan (CO2) dan sedang hangat diperkatakan oleh dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.

Dan apa pula kaitan antara FiT dengan tenaga boleh baharu di Malaysia?

credit : http://ecoideal.com.my
 Tak faham pun gambar tu kan..? hahaha...meh sally nak kasi tau meh...


Pun tak faham jugak kan...? hehehe...ok, kali ni serius ek...serius! *muka serius sikit

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.)
 ) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi pengeluar tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita dapat bekalan elektrik daripada TNB kan..? dan setiap hujung/awal bulan kita akan bayar bil. Sama la kaedahnya dengan FiT cuma bezanya sekarang...kita ialah pengeluar dan TNB , SESB & NUR pula yang akan bayar kita.

http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2013/11/RE-fund-1-peratus.png
Credit : http://ahmadfaizal.com
 Tapi apa pulak kaitan antara FiT dengan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diambil dalam bil elektrik bagi mereka yang menggunakan elektrik lebih daripada RM77 keatas sebulan...kemana disalurkan dana tersebut? dan kenapa perlu ada kenaikkan daripada 1% kepada 1.6%..?


Dana wang tenaga boleh baharu ini diuruskan oleh pihak SEDA Malaysia yang mana cuba untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.

 Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia ni sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi korang tau tak..? once kita dah install FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..?

FiT adalah untuk memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dan kiranya dana wang tenaga boleh baharu yang diambil daripada bil elektrik kita ni disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak Feed-In Tariff di Malaysia...mungkin ramai yang marah dengan kenaikkan ni...sally pada awalnya pun macam tu...tapi kalau kita cekap menggunakan tenaga dirumah, dan dapat mengurangkan bil elektrik kita kurang daripada RM77 sebulan kita sebenarnya tak payah bayar pun kan...? betul tak..? kenapa sally berani cakap camni..? sebab rumah sally yang berkapasiti 3 orang yang TV on 24 jam pun dapat kurangkan bil as long as kita pandai gunakan tenaga tu sebaiknya. 

Korang boleh baca entry sally yang ni --> SEDA ke tak sedar..?

Dalam entry tu sally ada jugak terangkan cara nak jimatkan tenaga elektrik..hehehe...hopefully membantu! 

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)

12:00:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berfungsi sebagai investment arm kepada kerajaan Negeri Melaka, khususnya dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, pelaburan dan pelancongan tapi yang sally nak cerita ni lebih khusus kepada pelaburan dalam teknologi yang dibangunkan sekarang iaitu tenaga Solar.

Korang tau kan tenaga solar ni adalah tenaga yang boleh baharu selagi mana matahari ada kat atas kepala kita kan...ehehe....Melaka merupakan negeri pertama dalam Malaysia yang menguruskan Solar Farm mereka sendiri. Projek Solar Farm dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu fasa satu berkapasiti (1.30 megawatt), fasa kedua (1.22 megawatt) dan fasa tiga (2.48 megawatt) di atas tanah seluas tujuh hektar yang dibeli daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). So, sekarang ni total dah 5 megawatt yang mana bekalan tenaga elektrik dari Solar Farm ini akan dijual kepada TNB menerusi perjanjian pembelian tenaga boleh baharu (REPPA) selama 21 tahun.
Tapi korang tau tak apa sebenarnya Solar Farm ni...?
credit : http://www.kmb.com.my
Sabtu lepas, sally dan beberapa orang blogger dibawa oleh pihak SEDA Malaysia untuk melihat sendiri solar farm milik KMB di Melaka World Solar Valley, di Rembia, Alor Gajah...kat sini kami diterangkan tentang solar farm dan juga apa yang dapat disumbangkan oleh tenaga ni...pada asalnya mmg tak faham dan rasa nonsense bila kerajaan Melaka membelanjakan hampir 46juta untuk membangunkan tenaga ni...Kos pembinaan projek dibiayai melalui pinjaman Malaysia Debt Ventures Berhad dengan tempoh pembayaran balik 15 tahun.

But guess what..? ini bukan pembaziran...tapi ini cara mereka membantu membangunkan ekonomi negeri Melaka dan jugak memberi pulangan balik kepada Kerajaan Negeri...tapi macam mana caranya..? mesti korang pun terfikir kan..? sama macam sally sebelum mereka bagi penerangan....

panel solar yang ada di Solar Farm Melaka.
Projek yang dibangunkan menggunakan photovoltaic(PV) solar panel berteknologi Jerman ini dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga konvensional terutama bahan bakar minyak diesel dalam aktiviti harian. Matahari kita ialah antara tenaga yang boleh baharu sebab telah membekalkan tenaga selama berbilion tahun. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Ini ialah tujuan sebenar perlaksanaan teknologi tenaga solar di Solar Farm ni...

Tenaga solar boleh ditukar menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu menggunakan aphotovoltaic(PV) solar panel atau "solar cell"...dan juga menggunakan Loji Kuasa Suria (Concentrating Solar Power Plants). Yang ada di solar farm milik KMB ialah antara contoh penggunaan photovoltaic(PV) solar panel. 
photovoltaic (PV) solar panel.
 Photovoltaic (PV) solar panel atau "solar cell" yang menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap "solar cell" dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel. Sebenarnya panel diatas terdiri daripada beberapa "solar cell" yang disusun menjadi solar panel dan solar panel ni akan di susun untuk menyerap tenaga daripada matahari.
Semua tenaga yang dikumpul pada panel solar tu akan dibawa ke inverter untuk ditukar menjadi tenaga elektrik. Di Solar Farm ni mereka ada 8 inverter yang beroperasi.




Di Solar Farm KMB mereka mensasarkan untuk menghasilkan 6,162 megawatt per hour dalam setahun dan ini boleh memberi pulangan hampir sebanyak RM121 juta dalam tempoh 21 tahun. Sally rasa rancangan ni bagus dan boleh menjana pendapatan negara jugak kalau digunakan meluas.
Tapi korang mesti nak tau macam mana mereka jana pendapatan dengan tenaga solar..? Kenapa mereka jual kepada TNB dan juga cara nak tahu berapa banyak keuntungan mereka..? Yang ni sally akan cerita dalam next entry berkenaan Feed-In Tariff.

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Welcome La Vie est Belle!

11:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Pronunciation dia, La-Vie-a-belle

Hahahaha...actually ni keluaran tahun lepas...tapi sally suka bau dia...beli yang tester je pun...nak beli yang 75ml...belum rasa nak beli...hahaha...nanti la kalau rajin dan kalau ada budget lebih...

eh, korang pakai perfume apa ek..?

p/s : Selamat bercuti...! ^_^

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Happy CNY & Happy Holiday!

8:24:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments



Tetiba hari jumaat cuti kan...? tu sangat la heaven sebab esok pun cuti...semalam dapat balik awal...pukul 3.30pm, boss dah bagi balik keja...padahal xde orang cina pun dalam office tu..hikhikhik....

Semalam pun dapat angpow daripada company and ada few suppliers yang bagi masa dorang datang HQ untuk ambik cheque...alhamdulillah rezeki bulan ni...mungkin bos tau bulan depan kami nak g bercuti kot...sebab tu dia bagi...

hikhikhik...actually ada few good things happen...tapi tak boleh reveal kat sini...just boleh cakap, alhamdulillah! Hari ni nak kena pergi beraya rumah uncle...as you know mama sally kan chinese...and her brothers still not converting...so, hari ni nak g kumpul angpow kat rumah uncle! yeay!!

Hehehe...selamat bercuti korang...! Jangan nakal-nakal..

^_^

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!