BBC Top Gear kutuk Proton dan Perodua.

8:21:00 PM Sally Samsaiman 29 Comments



Woah...kalau peminat kereta mungkin akan biasa tengok laman web ni...tapi sally ni baru kali pertama tengok laman web ni...kalau nak diikutkan mungkin la agak kasar sikit cara dorang review kereta nasional atau kereta tempatan kita....dah macam hina sangat dah haa kereta kita....

Boleh klik link SINI dan SINI untuk baca review...

bayangkan la...dah macam "sampah" pulak kereta kita...yela...mungkin dalam teknologi kereta, Malaysia agak jauh kebelakang kalau nak dibandingkan dengan Rusia, Japan atau negara-negara gah yang lain...kalau dia banding BMW dgn Myvi...memang jauh la bezanya...

kesian kereta kita..huhu...nasib baik kereta Wira ibu tak reti bukak internet...kalau tak kecik hati dia..huhu....

29 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Grooming Si Pak Janggut.

3:00:00 PM Sally Samsaiman 32 Comments


Bila kucing yang berbulu tebal ni...bulu dia selalu bergumpal....tak baik untuk kesihatan kucing...so, sebagai tuan yang baik...kena la tolong sikat kan atau bahasa cantiknya kena la grooming dia supaya bulu tu takde la tergumpal...

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.

So, ni la sebab bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya. 


Nak hantar grooming ke kedai mmg tak la kan...mahal...sally kan kedekut..hikhik....so, sikat jela sendiri...yang penting si Pak Janggut ni suka....seronok dia berbaring sakan...hahaha...tapi mmg kena rajin la sebab kalau bela kucing parsi atleast sekali sehari kena sikat bulu dia...alaa...sambil tengok TV tu...sikat jela..hehe....


32 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

This is not so awesome jokes.

12:00:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Hehehe...mohon korang jangan buat macam ni ek...sebab sally pun dah terasa nak buat benda yang sama dekat pakcik makcik yang bertanya soalan yang sama masa pergi wedding...

Stress tau dak..?

Hahahaha...

Tapi kalau terasa nak kena penampar sulung omak dengan apak ehh...try la buat...kalau terasa nak "pink" pipi kena "blusher"...

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!