Lagi kisah Lee Kwang Soo di Malaysia.

9:37:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments

Kesinambungan daripada entry sally berkenaan kehadiran Lee Kwang Soo ke Malaysia...boleh baca kat SINI....ni ada beberapa sorotan masa hari kejadian....Sally takde pun time tu..hehehe...cuma kongsi daripada pembacaan sally je...hihi....

Sabtu lepas, 4th January.. Lee Kwang Soo menunaikan janjinya dengan menghiburkan lebih 4,000 peminat di acara Fan Meeting Lee Kwang Soo In Malaysia. Bertempat di Kenanga Wholesale City Fashion Mall, Kuala Lumpur. Lee Kwang Soo memulakan acara dengan mempersembahkan lagu "Hug" yang dipopularkan oleh DBSK. 

"Ini merupakan kunjungan pertama saya ke Malaysia dan tidak sangka akan menerima sambutan hebat daripada para peminat. Saya benar-benar terharu dan berterima kasih. Sekembalinya saya ke Korea, saya akan khabarkan kepada ahli-ahli Running Man yang lain betapa hebatnya peminat di Malaysia,". 

Acara yang dikendalikan oleh pengacara popular tempatan, Baki Zainal ini turut menyaksikan beberapa siri permainan bersama peminat serta sesi kuiz berkaitan beliau. Melihat usaha para peminat yang berusaha menjawab soalan dan mengetahui banyak fakta tentang dirinya, Lee Kwang Soo dilihat tergamam dan tidak dapat menahan rasa terharunya terhadap sambutan peminat di Malaysia.

Fan meeting yang berlangsung selama dua jam ini yang dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment serta King Kong Entertainment ini turut menyaksikan usaha Lee Kwang Soo menghiburkan para peminatnya dengan menyanyikan lagu "Because I Love You" sambil bermain keyboard. 

Lee Kwang Soo juga turut disajikan dengan klip video yang dibuat oleh sekumpulan peminat setianya di Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon, populariti Lee Kwang Soo melonjak naik selepas menjayakan "Running Man" sejak 2010 dan terkenal dengan jolokan Betrayer Giraffe kerana ketinggian yang sinonim dengan zirafah dan rancangannya yang sering berubah dengan mengkhianati pasukannya semata-mata memperoleh kemenangan. Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua selepas perjumpaan peminat Lee Kwang Soo yang pertama diadakan di Singapura pada Ogos tahun lalu.

Semoga kehadiran Lee Kwang Soo kali ni dapat la mengubat hati yang duka lara sebab pembatalan Fan Meeting dengan Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Suk Jin yang sepatutnya hadir ke Malaysia pada Sepember 2013...Better late than nothing, right?

Picture credit to the owner

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Gwiyomi.

9:06:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Rasanya macam dah lama fenomena Gwiyomi ni tamat...tapi sally nak jugak letak Gwiyomi kat sini....sesape yang rasa nak pengsan, sila jangan teruskan menonton sebab Yonghwa tersangat la comel dalam video ni...

errr...mungkin bagi sally laa...orang lain sally tak tau...hikhik...

Rasa nak lempang-lempang je dia sebab comel sangat! hahaha...okay, sally tau macam dah terlebih excited...hikhik...cuteness overload you!

Okay dah, sally nak sambung study...mamat ni menggangu konsentrasi...hahaha...

p/s : Comel..? Pegang gitar lagi charming! ^_^

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Wonderful Mama

4:34:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Hari tu Wanie Ou / +wanie ou tanya...so, sally cuba cari tapi tak jumpa yg download punya la...huhu...ke sally tak reti cari ek..? Sally dapat yang link tengok online je ye wanie...hehehe...

Kalau yang selalu tengok channel One kat ASTRO mesti ada nampak cerita ni...hehehe...cerita ni berkisar tentnag seorang ibu yang kaya yang terlalu manjakan anak-anak dia sampai satu hari dia dapat tau yang dia ada penyakit, dan dia nak ajar anak-anak dia yang manja tu berdikari...

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Lunch time makan buku.

1:20:00 PM Sally Samsaiman 24 Comments

Sila la kesian dekat Sally...huhu...hehehe...gini ka kekdahnya kalau dah sambil belajar sambil bekerja...masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya...hehehe...actually sally ada paper khamis ni...tu yang sampai ke office membaca...yela...selalu masa lunch takde buat apa selain daripada blogwalking je...

So, hari ni sampai la esok nak kena study pulak la kat office bila ada masa terluang..hehehe...InsyaAllah boleh! kalau tak singgah tu, sila maafkan saya ye...saya busy! hikhik....

^_^

24 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kalau Aku "Kaya"

11:56:00 AM Sally Samsaiman 28 Comments

Percayalah...ni takde kaitan dengan lagu Altimet tu...hehehe...sally just nak bg tau sally suka makan kaya..hehehe...instead of jam yang pelbagai jenis yang ada kat pasaran sekarang ni....hehehe...kaya favorite sally yang jenama Gardenia ni la...Resepi Auntie Rosie's gittew...hehehe....

Semalam lepas balik kerja, sally terus beli kaya ni dengan roti....balik rumah, ibu buat air teh o panas pulak...perghh...laju je makan...habis jugak la 3 keping....tapi yang pelik sekali pandang dah habis dah roti sebuku tu....

Sape yang makan ye...hmmmm.......

p/s : Korang suka makan kaya..? ke jam? Mohon jgn tulis Nutella , mahupun Peanut Butter kat sini...hahaha...kang ada yg balik rumah terus beli nanti :P

28 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pancake.

9:46:00 AM Sally Samsaiman 25 Comments

Lepas g makan kat Paddington House of Pancakes, Ampang Point ahad lepas terus terfikir...

"kan senang je buat pancakes...kenapa la susah payah makan kat kedai...?"

hehehe...tu monolog dalaman jela...lagipun dah selamat dalam perut dah...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...gitu la kekdahnya...hahaha....

Lepas tu mula la cari satu-satu resepi pancakes yang senang dan terjumpa yang ni...resepi dia guna 2 barang je...dan yang penting takde guna tepung...haaa..? pelik kan..? ke tak..??

PANCAKES SUPER SIMPLE
1 ripe of banana (Pisang masak)
2 whole eggs (Telur)

Cara dia...hancurkan pisang tu macam nak buat cekodok, pastu pecahkan telur...gaul sampai sebati dan masak atas non stick pan...letak la mentega ataupun minyak kelapa sikit supaya tak melekat dekat pan tu...even non stick pan pon kadang melekat jugak...hehehe....

Setiap bahagian tu masak dalam 20-30 saat pastu terbalikkan...kalau hebat jangan pakai sudip...flip in the air...tu kalau hebat la...kalau agak tak yakin tu mohon jangan buat...hihihi...untuk senang flip...buat kecik-kecik je...jangan lebar sangat...

Senang je kan..? per serving  kurang daripada 250 kalori dan hampir 14g protein!

Mudah je kan..? Nanti boleh la try...hehehe...

Google's

25 Orang Sayang Sally!: