Protege Mialiana.com.? Alhamdulillah!!

11:11:00 PM Sally Samsaiman 43 Comments

Alhamdulillah...syukur...syukur sebab sally diberi peluang oleh kak +Mia Liana untuk menjadi protege beliau yang ke tiga mengikut jejak langkah abang +Eraz Fadli dan jugak kak +Farah Waheda Wahid sebagai protege yang pertama dan kedua...hehehe...kira dorang abang long dan kak ngah la ni...

Sally tak keseorangan sebab kak mia dah lantik partner untuk sally sebagai protege, iaitu +Ainim Suju ...wahhh! happy!! alhamdulillah...sebab sally nak semakin dekat dgn Anim dan kak mia...suka dia..suka kak mia...sayang la semua!


Boleh klik kat logo rasmi protege tu untuk baca entry kak mia tentang protoge ni..hehehe...

Setakat malam ni...sally check ranking alexa sally...fuhh...alhamdulillah...semakin membaik daripada  masa sally check yang pertama kali...boleh check kat Ranking Alexa [1]...


Ini ranking terbaru blog sally...sumber daripada SINI ... masih jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan kak mia yang ranking nya makin lama makin membaik dan makin kukuh di Malaysia...


Cantik je ranking kak mia kan...? untuk lebih maklumat...boleh check kat SINI

Macam mana sally kenal dengan kak Mia dan Anim..? Sally kenal dorang masa pergi ke SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop yang diadakan beberapa bulan lepas...masa tu Anim yang ajak untuk teman dia kat sana...start dari situ la makin rapat dengan dorang berdua...


Kami budak kacamata...begitu! hehehe....okay, tetiba rindu pulak kat dorang...hehehe...jangan lupa jenguk blog mentor dan jugak along dan kak ngah sally ye...hehehe...ohh...dengan "kembar" protege ...


Semoga sally akan manfaatkan semua ilmu yang bakal dan yang telah kak mia berikan kepada sally...sally rasa blogging ni akan menjadi bukan stakat hobi, tapi sebagai part of my life...even orang memandang blogging ni sebagai benda yang membuang masa, tapi sally tak...sebab dengan blogging la sally dapat lebih banyak ilmu dan makin dewasa...hehehe...

Thanks kak +Mia Liana !!

43 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Giveaway dari adniadwanceria.blogspot.com

8:40:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Malam ni sally nak join satu GA...


"Jom dapatkan supplement shaklee anda dari http://adniadwanceria.blogspot.com/ AZ Natural Supplement! Harga berbaloi-baloi..Anda sihat, Anda untung!"

Senang je kan syarat dia, sally join bila terlihat hadiah dia...

VOUCHER AEON RM50! 

Due Date : 31st January 2014


16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Prof Dr Muhaya kongsi 10 Ucapan Paling Beracun Seorang Pelajar

8:25:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments


Sebagai seorang pelajar...macam biasa la...benda-benda macam ni kadang kala tu mmg terjadi...artikel ni kawan sally share di group e-PJJ UiTM di facebook...group tu agak besar la...nak kata kawan rapat tu tak la...tapi tak salah kan kalau nak share...


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. 

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. 

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut.  Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Tambahan tips, benda yang kita belajar..kita kena ulangkaji dalam masa 24 jam supaya makin mudah ingat...sebab lepas 24jam selalunya kita takkan ingat dah..

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. 

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


Ni adalah ringkasan...sally mudahkan ayat supaya tak terlalu susah kita nak faham...basically ada 2-3 daripada ni yang sally kerap buat...terutama yang study sambil berbaring...huhu...lepas ni nak kena bersila pulak, meja kecik masa study kat Beranang dulu pun masih ada...daripada simpan bawah tangga, baik guna kan..??

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Lee Kwang Soo in Malaysia!

6:56:00 PM Sally Samsaiman 30 Comments

Referring to this post and this post....

Sally ada bagi tau kepada peminat Running Man, yang one of dia punya cast akan berada di Malaysia pada esok, 4th January 2014...cast yang akan hadir ke Malaysia ialah Lee Kwang Soo atau lebih dikenali sebagai "Zirafah"...

Mungkin dengan kehadiran Lee Kwang Soo sedikit sebanyak dapat merawat hati yang luka kepada fans RM bila fans meeting yang sepatutnya diadakan pada 7th September 2013 yang lepas telah dibatalkan oleh pihak penganjur Malaysia dan juga Korea. Berita tentang pembatalan boleh baca dekat sini....

Walaupun kali ni hanya Lee Kwang Soo sorang je yang bakal hadir, namun sedikit sebanyak mesti la hilang duka akibat pembatalan yang lepas kan...Buat masa ni Lee Kwang Soo mungkin sedang berada dalam flight ke Malaysia...flight nya KE671 dijangka sampai Lee Kwangsoo pada pukul 10.30 malam di KLIA.

So, kepada peminat Running Man @ peminat Lee Kwang Soo...selamat bertemu la ye! hihihi....

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

January 2014 ... A good start maybe..?

10:39:00 AM Sally Samsaiman 42 Comments

Sungguh tak reti nak cari tajuk entry dalam bahasa Malaysia..hahaha...even entry mmg dalam bahasa melayu pun...hahaha...ok, mukadimah tiada kaitan wooo~ Sally takde la kata January ni bulan yang happy...tapi sally dapat rasa sedikit kebahagiaan laa...hehehe...padahal ada lagi 2 paper final nak kena hadap next week...okay, lets skip bahagian final tu..

Sally kan sebenarnya tak ramai kawan...I meant yg really "kawan"...like seriously...sally takde someone yg betul-betul sally bole cerita masalah...ada Dayah & Syifa'...tapi masing-masing jauh...tak sama bercerita dgn org yg ada depan mata dgn mesej atau phone call...serius tak sama...

Sally tak reti nak bercerita dgn mama @ ibu...jauh sekali nak cerita dgn kakak sally...nak cerita dgn kakak ipar sally pun sally rasa macam tak terlepas cerita...so, at last sally akan pendam...pendam...pendam....tapi kan, since last year...bila sally berblogging macam org gila setiap hari...suddenly I realize something...Sally senang dengan beberapa orang blogger yang sally dah anggap macam "soul sisters"...hehehe...even dorang tak sayang sally pun..kisah apa..hahaha....

Firstly, sally happy bila dapat tau kak +Lieya Von Jay dan kak +nur hannis mohamad nak pindah ke KL...yeay! lepas ni ada kak Lieya yg masakkan Korean Foods! Lepas tu dapat berita yang +asha hana dapat penempatan sebagai jururawat dekat HBKL...wahh! lepas tu tak payah kira la berapa kali sally jumpa dgn +Ainim Suju ...suka gila borak dgn dia...sentiasa positive... pastu boleh berebut SuJu dengan dia..hihi...

Sally pun berharap dapat jumpa mama Ash, kak +Farah Waheda Wahid ... tak sabar nak tengok baby Ash! nak jugak selalu jumpa kak +Mia Liana ... pastu nak jumpa dengan +Aefa Aerisya yang dapat kerja dekat KL jugak...ohh! silap...damansara damai...eh, dekat dgn rumah Hazwan Hairy la...!

I'm also counting days to meet up with Affy Afiqah, +Anne Nurain dan adik yang berada di kejauhhan, Vee ...ramai gila yang sally nak jumpa...nak sangat jumpa... +Akeyla Azmi , budak yg seems to have so much time in her life...hahaha...chop! selamat bekerja ye dik! hihi.... kalau berkesempatan nak jumpa jugak dgn kak Aiza ..

tetiba dah macam entry "Most wanted people in my life" pulak... hahaha...err...malu nak cakap sebenarnya ni...sally kan...sally kan...sally sayang semua orang!


p/s : sape yang takde dalam list jgn la rasa sally tak sayang korang, sally sayang...sebab korang la sally cari jugak masa merapu dalam blog ni...

42 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!