Kenduri tahun lepas.

5:39:00 PM Sally Samsaiman 28 Comments

Ye...sally mintak maaf sebab lambat update...dah bertahun wedding berlangsung, baru hari ni sally nak update...hahahaha...bertahun sangat...tahun lepas lagi kot! Mesti lama korang tunggu kan..?? Ke korang tak tunggu pun ni..??

Kenduri berkisah tentang 'Dulang' girls dan jugak entry teaser tahun lepas...hahahha..so, let's straight to the point je la ye...majlis berlangsung pada 28th December 2013 yang lepas...majlis nikah dan jugak kenduri dibuat pada hari yang sama...majlis nikah pada pagi...sepatutnya majlis nikah pukul 9am...tapi pengantin perempuan lambat sikit sebab adik-beradik dgn dulang girls dia mekap dari pukul 6am tak sudah-sudah....



Alhamdulillah...kak Noor selamat diijabkabul dengan sekali lafaz je kepada abang Hazreen...huhuhu...yeay!



Lepas je majlis akad nikah kat situ...terus kami shoot balik rumah sebab kenduri dibuat pada hari yang sama...nasib baik la sebab JKK kat kawasan perumahan kat sana tu sangat la bagus...dorang yang tolong settle banyak benda sebab keluarga Dayah dah takde orang kuat...means dorang just ada 4 beradik je...even ada makcik-makcik pun, tak sama macam ahli keluarga sedarah kita...kan...?



Sally tak sempat nak ambik gambar full sebab penat berlari ke sana sini...walaupun nama 'dulang' girls...tapi kerja tak terhenti sampai bawak dulang je...banyak lagi kerja...tak mengeluh pun...tapi lagi seronok sebab kita di layan macam "ahli keluarga" yang sebenar...sally dengan keluarga dayah mmg dah lama rapat since kami belajar kat kolej dulu...


Sally yang comel dengan pengantin...ni pun dah petang hari baru sempat nak ambik gambar dengan pengantin...hahaha...


Ambik kesempatan posing dekat pelamin pengantin masa dorang tengah bersiap nak g outdoor photo shoot petang tu...mungkin sebab dah tak ramai kan family...jadi jemputan pun takde la ramai sangat....hihihi...


Time ni lepas pengantin dah balik dari photo shoot...Kak Noor mmg takde tukar 2-3 baju...mmg dia pakai yang sama dari nikah sampai la habis majlis...gambar ni sally yang request sebab dorang takde pun ambik gambar adik beradik yang complete...even time ni dayah dah transform dah...kata dia panas pakai baju tu....even dorang ni macam anjing dgn kucing yang tak boleh jumpe, tapi sally tau dalam hati dorang mesti sayang antara satu sama lain...


well, yang ni close up outfit of the day...sally beli kain lain sebab sally memang jenis tak suka baju dan kain sama corak..hahaha....tapi sally suka baju kurung yang kosong daripada baju yang bercorak...cantik tak..? hihihi ^_^


So, ni la dayah...Kak Noor tu kakak dia nombor 3...sally rapat dgn dia since belajar time diploma dulu...dengan ibu pun dia kamcing...huhuhu....pastu ibu lagi sayang dia dari sally...huwaaaaa~


So, lastly...letak la gambar tuan blog sekeping...tau..korang suka tengok muka sally kan..? eh! tahun ni dah masuk 24 laaa...waahhh...cepat je rasa masa berlalu...cepat la habis degree...tak sabar rasa nak sambung Master! hopefully...hehehe....

p/s : Photo booth item kat tangan tu sila jangan pertikai...hahahaha ^_^

28 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Not so Wordless Wednesday!

3:56:00 PM Sally Samsaiman 34 Comments


alaaa...tak nak la wordless..hahaha...sempat capture malam tadi...even belum masuk 2014 pun...

ni bukan entry sombong atau menunjuk ye...cuma sally bangga terhadap diri sendiri...

Pageviews : 75,000
Entry : 1,028
Followers : 1234 (Yang sally akan review dia nanti)

34 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kenapa kena solat, pendapat daripada Ustaz / Sheikh / Tok Guru

9:19:00 AM Sally Samsaiman 22 Comments

Entry pertama pada tahun 2014, nak share yang baik-baik je...so, awal tahun...benda yang paling penting dalam hidup kita ni...tiang agama kita...ialah solat....para Ustaz, Sheikh dan Tok Guru ada pendapat mereka sendiri kenapa solat tu penting selain ianya mmg merupakan rukun islam kita...

1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dan selalu nampk salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." 
 - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-Tok Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya" - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"
Tapi cakap: "Jom solat, nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya...InsyaAllah"
- Tuan Guru Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol

Banyak pendapat mereka tentang solat...lebih-lebih lagi kita dapat lihat personaliti orang tu daripada cara dia yang menjaga solatnya...kalau janji dgn Allah pun dilambatkan, tak mustahil janji dengan manusia dia akan mungkiri kan..??


So, jom sama-sama kita jaga solat...jaga iman...semoga berjumpa di syurga Allah ^_^

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!