ZINA tetap berterusan walaupun selepas diijabkabul?

1:42:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Sebelum korang baca...Sally attach artikel ni sebab ada beberapa kegusaran dalam hati Sally sebab ada kenalan Sally yang hadapi perkara yang sama...Jadinya...kepada sesiapa yang tahu tentang ni boleh la sama-sama bincangkan...Sally pun just curious sebenarnya...Ada beberapa perkataan yg sally tukar supaya artikel lebih mudah difahami...

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.



Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "mengandung luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting..

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ibubapa, saudara mara, orang kampung, tok imam, tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia atau pun diakhirat...

Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...

USTAZ ROSLI AL HAFIZ
Ada sesiapa yang tahu perihal perkara ni..? 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada satu jawapan kat sini...Mereka masih lagi boleh berkahwin selagi mana kandungan tu masih dibawah usia 6 bulan dan tak perlu bernikah kembali...tapi anak yang bakal lahir tu masih tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang mengahwini tu...walaupun lelaki tersebut ayah kepada kandungan tu...wallaualam...

---SILA BETULKAN SALLY KALAU SALAH..!---

You Might Also Like

17 comments:

  1. Ye kakak tahu. Kalau siapa yg belajar munakahat bab ini selalu disentuh. Apa pun mereka yg zina tak boleh dinikah sehingga anak dilahirkan. Kalau tak dibetulkan bermakna seluruh keluarga mereka anak-pinak-cucu-cicit mereka adalah keturunan anak tak sah taraf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, kak zakie...kalau dah menikah mmg terpaksa berpisah balik ke macam mana?

      Delete
  2. Okay kita dah nikah , sah. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. tp kan sally, akk ad dgr dlm NLKO minggu lps..ad org tanya ustaz tu...pmpuan menikah semasa mengandung boleh ke dan perlu x nikah semula...Ustaz tu jwb, xperlu nikah semula sb nikah yg sblm tu dh sah...so mane 1 nak dgr ni?? Kompius la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally pun confuse kak...tu yang sally cuba utarakan...so, macam bercanggah je?

      Lg baik kalau disertakan daripada mazhab mana mereka bicarakan...

      Delete
  4. yang saya tahu , dia boleh menikah dengan lelaki yang berbuat zina dengan dia, Cuma laki tu takboleh sentuh dia sampai baby dilahirkan..

    ReplyDelete
  5. sis pun confius ... klu ustaz tu sertakan sekali hadis dan firman , rasanya lbh jelas kan ... so jgn sampai jadi seperti itu kpd pasangan yg blm nikah ...

    ReplyDelete
  6. susah nak komen sally sebab takut tersalah fakta nanti...apa2pon kita nantikan mereka yang pakar dalam hal ini

    ReplyDelete
  7. Heheehe. xsmpai bab perkahwinan lg. . :3

    ReplyDelete
  8. er, kita pun confuse jugak sebenarnya.. huhu

    ReplyDelete
  9. Nanti saya cuba tanya ustazah saya. Saya dah lama tak belajar bab ni. Dah lupa sikit-sikit dah. Masya Allah. Walhal dulu masa sekolah belajar bab ni dekat beberapa bulan juga la.

    ReplyDelete
  10. ish. Kak sally.
    This is epic.
    I mean wow.
    Qila taktahu!!
    hmm papehal thanks for the info.

    Senang cerita!
    jgn lah ada anak luar nikah. Nanti tak tahu nak buat apa kan hehe #lawakhambar ciked ekeke.

    Thanks tau kak sally although mcm confuse jugak hihi

    ReplyDelete
  11. Macam2 dengar rumors pasal situasi nie, family nak tutup malu kawen kan anak2 dia orang ... Jawapan yg dibagi pun memang selalu dengar ... Yang last tu pun biasa dengar ... Tapi saya tak pasti kesahihan nyer ... Means takde bukti bertulis, hadis dan sebagai nyer ... Perkara cam nie kena tanya pakar kan ... Kalau ada kelapangan akan bertanya kepada yang pakar ... Insyaallah ... Wallahua'lam ...

    Anda ditag ... Jom join ...1st Giveaway by Ibu Zarith

    ReplyDelete
  12. pernah jugak baca artikel yg lebih kurang sama macam ni. nice sharing kak sally

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!