Travelogue Korea : Pengalaman naik Subway kat Busan & Lotteria!

4:56:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments

Kali ni Sally gabungkan dua cerita sekali...sebab ni pun bukan penting sangat...just nak cerita pengalaman je..hehehe...kat Busan pun sama, kami naik train atau lebih dikenali sebagai subway..line kat sini ada banyak...so, mmg kena pandai baca route map dia...kalau tidak mmg sesat la gamaknya....hahahaha...tapi ni tak ekstrem lagi...kat Seoul nanti lagi laa..hahahaha

Malas nak terang...hehehe...kalau korang ke Busan nanti...sila la khatam kan dulu station mana yang korang nak pergi lepas tu tanda...line yang mana satu...tu semua penting tau....nanti korang print je satu ataupun kat sana banyak kat bahagian tourism...no problem...



Kat sini...setiap exit dia kena mendaki tangga ye...mmg takde escalator...melainkan line yang akan ke airport ataupun ada certain la exit la...so, selamat mendaki... (balik KL hilang 4kg...)




Jangan risau kalau korang tak tau station mana atau tak tau nak ikut exit mana...korang boleh je cuba tanya kat orang-orang sana...majoritinya akan bantu...cuma ada segelintir je yang lari atau geleng kepala bila dorang tak boleh nak terangkan dalam English! well, another problem appear! hahahaha....Kat sini dia ada tulisan roman jugak...so, jangan risau kalau tak reti baca hangul pun...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Next! Lotteria...!

Kat Busan ni mmg susah gila nak cari tempat makan...kalau seafood tu senang la...tapi kalau sekali makan seafood boleh rabak poket oii...mahal dia sebab currency kita sebenarnya...kalau nak ikutkan murah la seafood kat Busan ni...nanti Sally cerita pasal market yang korang boleh makan seafood murah..



Lotteria ni kedai makanan segera...restoran ni dibawah kelolaan Lotte, so ada sedikit keyakinan nak makan kat sini...Tapi Sally nak ingatkan...jangan sesuka hati masuk McDonalds atau kedai makanan segera yang lain...korang pun tau sebab ape kan..?

Lotteria ni ada tiga menu je yang diyakini boleh makan dalam keadaan darurat..

Fish Burger @ Squid Burger @ Shrimp Burger.

Well, yes...still seafood je...sebab ayam dorang pun kita tak tau proses macam mana...beware jela kalau makan tu....


Kalau makanan korang lewat, korang akan dapat buzzer ni...bila dah siap, nanti dia akan bergetar dan korang boleh la g ambil makanan dekat kaunter..yes! self service!

Wild Shrimp Burger
 

Suka Sally nak ingatkan...lepas korang makan...sila hantar tray dan segala sampah sarap korang sendiri...sebab dorang punya style mmg macam tu...takde orang nak tolong kemaskan...so, lepas makan..kemas baru la beredar ye...tunjukkan Malaysian people got a good attitude! ^_^

You Might Also Like

18 comments:

  1. perghh!! kalau zaza mau pening tgok tulisan tu hahaha... nak naik tangga yg tak sanggup tu huhu. Bab makan zaza pun suka hehe. Malaysia boleh!

    ReplyDelete
  2. Woahhh ! Kalau kat malaysia ni , orang tinggalkan je. Dasat dasat. ^_^

    ReplyDelete
  3. samelah dekat sini pon, mmg wajib kena kemas meja makan sendiri...xde org dtg kemas kan meja... :D

    ReplyDelete
  4. tangga kat subway station ni mmng tinggi2 kan, sakit kaki nk naik

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D update lgi update lgi :3

    ReplyDelete
  6. ni kalau tak buat research mau pening kepala tengok stesen yang banyak tu

    ReplyDelete
  7. Kna bljr bhs Korea juga klau nak ke cna hihi

    ReplyDelete
  8. kat msia klu kena buang sendiri , maknanya bertambah la pengangguran ...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tengok wild shrimp burger tu... selera betullah.. Pengalaman yg menarik... thanks sharing Sally.. :)

    ReplyDelete
  10. hahahha suka pulak dengan konsep diorang yang kena ambik & kemas sendiri.... bestnya hidup...

    ReplyDelete
  11. Fuhhh besh la sally.... nngeeee

    ReplyDelete
  12. makan kat Busan memang susah. Pergi kedai muslim sana je tapi mahal-mahal. yang tak tahan subway dia tangga semua tinggi2. boleh pancit.

    ReplyDelete
  13. Boleh kurus akak ni kalau pi ke sana..sebab akak ni punya was2 lain macam sikit..hahahah

    ReplyDelete
  14. macam makan kat asrama la, lepas makan kena angkat. hehe.

    ReplyDelete
  15. Dekat Canada pun macam ni juga. Lepas makan, kena angkat.

    ReplyDelete
  16. perghhh ,, mcm ni yg rasa nk dok di Korea terus, leh kuruskan badan ,,, :)

    ReplyDelete
  17. so lepas ni kena la praktikkan kat Malaysia plak..dorang boleh kenapa kita x boleh kan..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!