Majalah LIBUR lancarkan Blog O' Rama.

3:26:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


Rata-rata daripada korang yang baca blog Sally mesti dah ternampak teaser untuk entri yang bakal Sally tulis ni...mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada untuk dibaca kan...Sabtu lepas Sally teruja sebab dapat satu invitation untuk menghadiri siaran media untuk Majalah LIBUR, bertempat di Starbucks Kota Kemuning, Shah Alam dan hampir 20 orang blogger termasuk Sally datang memeriahkan majlis tersebut..Walaupun sampai agak lewat, tapi masih lagi dapat rasa kemeriahan majlis tersebut..


Credit : http://www.mrjocko.com

Majalah LIBUR, merupakan majalah percutian berbahasa Melayu pertama di Malaysia yang baru sahaja menyambut ulangtahun mereka yang ke 12, dan sempena ulangtahun mereka kali ni, mereka melangkah setapak lebih lagi dengan memperkenalkan ruangan khas buat blogger, Blog O' Rama!



Blog O' Rama merupakan kolum khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta merupakan salah satu platfom penulisan blog yang berasaskan 'Pelancongan & Gaya Hidup'.



Ini kali kedua Sally jumpa dengan MC Radin, MC kitorang pada hari tersebut...Dia pun kata muka Sally agak familiar, kali pertama Sally jumpa dia masa KLiK Magazine & MYBoice CNBLUE Mini Gathering 2014, juga bawah kelolaan Karangkraf. Kalau korang nak kenal lagi banyak pasal Radin, boleh baca entri khas yang Bro Faramestone tulis (Radin – Juara Penyampai Top Malaysia ERA).

Okay, kembali kepada tajuk kita, bermula pada Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog O' Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi review blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger.



Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR.


Seronok dapat berkenalan dengan team daripada majlah LIBUR ni...mereka mmg sangat happening dan sempoi! Rasa sekejap sangat masa berkumpul dengan team Libur dan para blogger...ada juga yang tak sempat Sally bertegur sapa..tapi takpe..masih ada lagi masa lain kali, InsyaAllah kalau masih diberi kesempatan kan...



Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR, menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan.

Kalau korang nak menjadi sebahagian daripada komuniti BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, korang boleh hantarkan penyertaan dan pautan blog korang kepada editor LIBUR, email (ahmad.syahir@karangkraf.com)

Bagi Sally, tak banyak majalah di Malaysia ni yang memberi peluang kepada blogger picisan untuk menulis dan menyumbang dalam kolum mereka...Jika ada pun hanya beberapa review yang bercerita tentang kisah blog mereka, bukan kisah yang mereka tulis...Semoga dengan platform yang diberikan ni, martabat blogger akan dipandang tinggi dan penulisan mereka akan mendapat perhatian daripada umum...

You Might Also Like

11 comments:

  1. Meriahnyaaaa ! Si *blogger* blog sawang tu dah kemas blog dia ke belum ? Hhahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. yes ,, update jgak akhirnya ! heheheee. mane dpt info bnyak tu sally ? =)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh sape yang kaki travel ngan kaki makan mesti sesuai terpilih masuk Blog O rama ni kann.. semoga blogger2 semakin maju menjadi blooger ehhh btl ke ayat una ni hahahaha

    ReplyDelete
  4. una mmg #ratutypo kikiki !
    nurie !!! pls .. tolong bella kemas blog. uhukk. da berabuk , xjumpe kunci da.. hehee
    malam ni kite update, jgn xcoment !!

    ReplyDelete
  5. platform untuk blogger yang baru...semoga bermanfaat kepada semua blogger...^_^

    ReplyDelete
  6. Wow syoknya Sis Sally. Kena aktifkan blog nampaknye. hehe
    Jemput singgah : Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak!

    ReplyDelete
  7. pergh..cam teringin je nak join..hehe.padahal travel setahun 2,3 kali je

    ReplyDelete
  8. Wah wah wah, seronoknya kak Sally! Teringin pula nak join tapi saya ni travel pun tidak. Mampu tengok sahajalah.

    ReplyDelete
  9. Heheheuhehu im waiting for u to come back

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!