Nak cari kerja baru ke..?

5:03:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

Sally dah pun 3 tahun dekat syarikat yang sama...sini semuanya okay...bos okay...kawan kerja okay....semua baik...environment pun sangat seronok...takde la terlalu stress...cuma in terms of gaji...agak sedikit laa kalau nak dibandingkan dengan rata-rata kawan Sally yang kerja disyarikat yang besar....

Bila tengok keadaan ekonomi sekarang...Sally jadi ragu-ragu nak survive dengan rate gaji sekarang ni...semua benda naik kan...RM50 sekarang ni dah tak macam dulu...ada rezeki tambahan lebih sikit dalam berblog dengan online shopping Sally...tapi semua tu takde la setiap bulan...jadinya agak ralat sikit...


Ada jugak la dapat beberapa ajakan untuk berpindah syarikat...gajinya naik sedikit tapi bila kira-kira balik kos nak ke tempat kerja baru...makan dan lain-lain...jadi balik ke takuk yang sama dengan tempat sekarang yang mana sangat dekat dengan rumah dan kurang belanja dari segi tambang dan sebagainya...

Sally pun tak tau la sama ada nak kena kejar kan gaji yang banyak atau tidak...bila fikirkan kos sara hidup pada tahun depan...rasa takut nak "hidup"...macam takkan mampu bertahan dengan gaji sekarang...itu belum lagi bayar PTPTN, atau sampai masa nanti Sally nak beli rumah, nak beli kereta sendiri...

Haihhh...buntu jadinya~

You Might Also Like

13 comments:

  1. Kena fikir masak2 dulu tu. Lagipun company lama tu bos okay kan.

    ReplyDelete
  2. Istikharah la sally... Moga diberi petunjuk dan jalan yg terbaik utk sally...

    ReplyDelete
  3. kos hidup makin makin meningkat.kalau ada rezeki yg lebih baik di tempat, apa salahnya berhijrah kan.

    ReplyDelete
  4. kalau ada rezeki lebih, mungkin sally boleh pertimbangkan...mohon pada Allah agar sally dapat buat keputusan yang terbaik...insya Allah, ada rezeki sally...

    ReplyDelete
  5. Itula kos Sara hidup skrg ni makin tinggi..kita duduk hmpir2 area kg ni pun kna tempiasnya

    ReplyDelete
  6. Nak job hunting sambil2 tu ok je . Tapi biarlah lama sikit, dalam 6 bulan ke.cr pengalaman dulu. Baru ada nilai nak taruk dalam resume.

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini dik Sally...sebelum bertindak kena fikir dulu...dan memohon kepadaNya semoga di permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  8. dilema kita samalah cik Sally,
    tapi tmpat kerja saya lagi angker dari cik Sally..
    gamaknya.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Takut nanti pi keje baru environment x best kwn x best dan macam mcm lagi even gj byk. Kalau rs situ dah ok better stay kot.

    ReplyDelete
  10. Takutnya dengar realiti orang yang bekerja sekarang ni. Kak Sally fikir la betul-betul ya.

    ReplyDelete
  11. setuju ngan komen2 kat atas.. better buat istikharah dulu.. selain tukar cari keja lain, cari another option yang ada.. best of luck sally sygssss.. :D

    ReplyDelete
  12. doa Sally.. mintak petunjuk ^^ selit doa untuk CT skali dapat keje kekeke..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!