Salam takziah buat pelajar UiTM Shah Alam, Fatin @ Dhia

7:26:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments

Rata-rata korang mesti dah tau kisah tragis yang telah terjadi kepada UiTM Shah Alam pada hari ini... Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga Fatin Farah Farradia Yusof, 20 tahun atau dikenali dengan nama panggilan Dhia, pelajar Diploma Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Semester 4, maut setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah UiTM. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri kuliah bersama dua lagi rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita berusia 54 tahun.

Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dari bukit pada ketinggian kira-kira lima meter. Mangsa yang berasal daripada Dungun, Terengganu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana mengalami pendarahan dalaman kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta menyebabkan mangsa tercampak.

Credit : Hazim Ridhwan Kazukirin 

Menurut sumber, dikatakan pensyarah tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan pengsan semasa memandu akibat simptom dari penyakit diabetes. Namun, sehingga kini siatan lanjut masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan punca sebenar nahas kemalangan.

Rasa sedih dan sayu jugak bila nahas ni terjadi sebab salah juga merupakan salah seorang pelajar UiTM Shah Alam...bila terjadi nahas ni, walaupun Sally tak kenal dia...tapi tetap rasa sayu dan terkilan jugak...Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...dan buat keluarga dan sahabat handai beliau, semoga tabah menghadapi dugaan Allah ni...

Credit : Hazim Ridhwan Kazukirin 

You Might Also Like

11 comments:

  1. Al - fatihah, semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini.

    ReplyDelete
  2. al fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnalillahirojiun, takziah :(

    ReplyDelete
  4. Kemalangan dekat mana mana kann. Dalam u pun takleh nak jamin safety :/

    ReplyDelete
  5. Alfatihah. Inilah namanya malang tak berbau. Mudahan2. Arwah mendapat syahid dunia sebab baru je keluar dari majlis ilmu..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah..tkejut juga ada kwn wasap ttg kmlangan ni..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!