Movie | The Maze Runner

8:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments

Lambat betul Sally nak ambik mood nak review cerita ni kan...padahal nak update pasal Minho bukan main pantas lagi....Cerita ni Sally tengok pada ahad yang lepas...mungkin sebab jalan cerita dia yang hampir sama dengan The Hunger Games, jadinya Sally agak excited nak tengok...oh! Blogger Ayuni kata, cerita ni diambil drpd novel "The Maze Runner" & plot ada persamaan dengan 1954 "Lord of the Flies" oleh William Golding...


Sinopsis
 
Cerita ini mengisahkan sekumpulan manusia telah diculik oleh sekumpulan penyelidik (WCKD - Wicked is Good) dan mereka diletakkan di dalam maze yang dipanggil "The Glade" yang memisahkan mereka daripada dunia luar. Setiap 30hari akan ada seorang manusia yang dihantar kesana dan telah berlanjutan selama 3 tahun dimulakan dengan Alby (Aml Ameen). Mereka yang dihantar kesini telah dipadam ingatan mereka kecuali nama mereka sendiri. Setiap hari, sebelum senja menjelma, pintu Maze itu akan ditutup dan sesiapa yang masih dalam Maze tersebut, pasti tidak akan terselamat kerana kewujudan makluk Griever yang akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja. 
 
Mereka telah mewujudkan beberapa pasukan seperti "Runner", "Slayer" dan "Builders" dan setiap satunya mempunyai tugas yang berlainan..."Runner" merupakan pasukan yang akan masuk kedalam maze pada awal pagi untuk mencari jalan keluar daripada situ...
Kedatangan Thomas (Dylan O'Brien) telah mengubah kehidupan mereka.. Thomas yang pada awalnya menjadi yang terakhir untuk berada di Maze telah bertugas bersama Minho (Ki Hong Lee), salah seorang "Runner" cuba mencari jalan keluar dan menempuh pelbagai halangan termasuk terpaksa tinggal semalaman didalam Maze kerana cuba membantu Alby. Setiap hari pelbagai buruk berlaku sehingga mereka terpaksa mencari jalan keluar dalam kadar yang segera.. Adakah mereka berjaya keluar daripada Maze tersebut? Apakah motif (WCKD - Wicked is Good) mengurung dan membunuh mereka?
 
Haaaa...saspen tak cerita dia...?


Minho - Thomas - Newt
Overall Sally bagi rate 6.5/10...Bukan sebab tak best ke ape...tapi sebab jalan cerita dia tak thrilled sangat...tapi mmg banyak part kita akan suspen gila-gila la...Sampai rasa nak luruh jantung ni haa...yang kawan sebelah Sally siap main sorok-sorok belakang Sally lagi...sabar jela....

By the way, jangan terleka walau sekejap pun cerita ni...sebab jalan cerita dia pening sikit...kalau tak concentrate...mau blur la jadinya...kekeke...So, go and watch it, okay?

You Might Also Like

6 comments:

  1. Sally, thanx for the quote, anyway, this film is quite interesting if we view it in a psychological way....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia mmg best kak...cuma masa Sally tgk tu sally tgh penant sangat...jadinya masa tgk tu mcm tak feel sangat...pasal tu sally kata kalau dia byk lg adegan yg thrill, mgkn sally akan rate tinggi :)

      Delete
  2. teringin nak tgk citer ni..tgk tajuk mcm menarik...

    ReplyDelete
  3. Ha'ah betul diambil dari novel the maze runner.. Plan ngan kakna nak g tengok tp tak tahu sempat tak

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!