Irony in love
Sally Samsaiman
4:24:00 PM
3 Comments
![]() |
Google's |
SinopsisCerita ini mengisahkan sekumpulan manusia telah diculik oleh sekumpulan penyelidik (WCKD - Wicked is Good) dan mereka diletakkan di dalam maze yang dipanggil "The Glade" yang memisahkan mereka daripada dunia luar. Setiap 30hari akan ada seorang manusia yang dihantar kesana dan telah berlanjutan selama 3 tahun dimulakan dengan Alby (Aml Ameen). Mereka yang dihantar kesini telah dipadam ingatan mereka kecuali nama mereka sendiri. Setiap hari, sebelum senja menjelma, pintu Maze itu akan ditutup dan sesiapa yang masih dalam Maze tersebut, pasti tidak akan terselamat kerana kewujudan makluk Griever yang akan menyerang dan membunuh sesiapa sahaja.Mereka telah mewujudkan beberapa pasukan seperti "Runner", "Slayer" dan "Builders" dan setiap satunya mempunyai tugas yang berlainan..."Runner" merupakan pasukan yang akan masuk kedalam maze pada awal pagi untuk mencari jalan keluar daripada situ...Kedatangan Thomas (Dylan O'Brien) telah mengubah kehidupan mereka.. Thomas yang pada awalnya menjadi yang terakhir untuk berada di Maze telah bertugas bersama Minho (Ki Hong Lee), salah seorang "Runner" cuba mencari jalan keluar dan menempuh pelbagai halangan termasuk terpaksa tinggal semalaman didalam Maze kerana cuba membantu Alby. Setiap hari pelbagai buruk berlaku sehingga mereka terpaksa mencari jalan keluar dalam kadar yang segera.. Adakah mereka berjaya keluar daripada Maze tersebut? Apakah motif (WCKD - Wicked is Good) mengurung dan membunuh mereka?
![]() |
Minho - Thomas - Newt |
Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Semua artikel, gambar adalah hak milik peribadi penulis melainkan dinyatakan sumbernya atau diambil terus daripada capaian Google.
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada komen atau artikel yang ditulis yang tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan.
Semua penulisan hanyalah sekadar perkongsian. Mohon kredit atau beritahu kepada penulis jika anda mengambil sesuatu daripada blog ini. Semua idea hanya milik Allah.