[News] My Metro | CNBlue tunjuk taring sebenar

11:51:00 AM Sally Samsaiman 17 Comments

Sebelum Sally cerita version Sally pasal konsert CNBLUE kat KL ni...Sally nak bagi korang baca satu artikel yang ditulis dan telah disiarkan dalam surat khabar Harian Metro semalam (12/8/2014)...

Tahun lalu, band rock dari Korea Selatan ini hadir menggamatkan Stadium Negara, Kuala Lumpur sempena konsert jelajah mereka dinamakan Blue Moon dan malam Sabtu lalu sekali lagi di lokasi sama, CNBlue meninggalkan kenangan tersendiri menerusi konsert Can’t Stop pula.

Pengikut band dianggotai Jung Yong-hwa (penyanyi utama, gitar); Kang Min Hyuk (dram, penyanyi); Lee Jong-hyun (gitar utama, penyanyi) dan Lee Jung Shin (bass) ini mungkin kebanyakannya daripada kalangan peminat muzik K-Pop tapi seperkara mengenai CNBlue, mereka sebenarnya adalah pejuang tegar genre rock.

Bezanya, hanya kerana mereka masih muda dan memiliki wajah tampan, maka ramai yang beranggapan dan melabelkan mereka sama seperti kumpulan K-Pop yang lain. Hakikatnya, jika tidak tahu bagaimana keupayaan sebenar empat pemuda itu berdiri sendiri di pentas bertemankan instrumen masing-masing, mereka adalah luar biasa.

Bukan sekadar pujian kosong tapi itulah kebenarannya.

Mungkin kerana itulah juga CNBlue tidak ada masalah bertahan hingga sekarang ini. Kunjungan kali ini masih tetap dinantikan bahkan melihat lebih 5,000 penonton yang hadir di Stadium Negara Sabtu lalu, ia cukup mengagumkan!



NYANYIAN Yong-hwa memang tidak pernah mengecewakan.

Jangan idamkan untuk melihat persembahan nyanyian sambil menari serta bertukar-tukar pakaian jika ingin menonton band ini kerana mereka tidak pernah akan melakukan itu. Ini kerana mereka adalah band rock yang mementingkan kemantapan vokal dan kekuatan bunyian gitar, bass, dram dan keyboard.

Tanpa skrin LED sebagai prop, CNBlue tidak akan tenggelam dan malam itu jelas sekali permainan muzik mereka mendominasi suasana. Ringkas, tidak perlu berulang-alik ke belakang pentas menukar baju dan menata mekap, selama lebih dua jam band itu menghibur tanpa henti.

Semuanya bukan gimik malah menjadi penyanyi utama, Yong-hwa cukup cemerlang menerusi vokalnya yang begitu bertenaga meskipun pada masa sama menggendong gitarnya. Cuma di saat-saat akhir staminanya ada sedikit tergugat maklum saja menyanyi tanpa henti diselang-selikan oleh Jong-hyun.

Bagaimanapun, lupakan isu kecil itu kerana yang pasti CNBlue adalah takrifan sebenar penghibur sejati apatah lagi pada setiap perincian baik muzik, nyanyian, gerakan mereka terletak pada kelas tersendiri. Mereka tidak perlu berlebih-lebih cuma terus menghibur dan menghibur. Hanya tampil menyarung kemeja polos, selama dua jam tanpa henti menakluk pentas bukan sesuatu yang mudah apalagi keseluruhan persembahan lebih kepada nyanyian. Tenaga yang disalurkan mereka benar-benar tiada tandingan dan bersahaja.

Tidak seperti kebiasaan persembahan yang ditonjolkan kumpulan K-Pop lain, Yong-hwa terutamanya malah lencun bermandi-peluh dan perkara itu tidak menggugat langsung dia memberi persembahan hebat. Sesekali beralih duduk hanya memetik piano, transisi mood lagu tidak mengganggu momentum.

Seperkara yang pasti, daripada segi muzik pula terlihat kematangan dan karya mereka nampaknya semakin menunjukkan anjakan tersendiri. Dalam rangka mempromosikan mini album kelima mereka Can’t Stop, baik lagu lama berentak ala-ala J-Pop, pop rock malah sebuah lagu berentak British Pop My Miracle seakan-akan melodi band Coldplay turut diperdengarkan. Kehangatan itu juga dirasakan sendiri penonton yang meskipun bukan semua lagu mereka tidak hafal namun tidak ketinggalan bersorak dan menghayati setiap persembahan mereka.

Tanpa berehat, CNBlue tampil dengan lagu-lagu hebat mereka termasuklah Time is Over, Diamond Girl, Intuition, These Days, My Miracle, Blind Love, Cold Love, Robot, In My Head, Greedy Man, Sleepless Night, Let Me Know, I’m A Loner, Coffee Stop, I’m Sorry, Lady, Try Again Smile Again, dan Like a Child.

Paling memuncak pastinya sewaktu band itu mendendangkan lagu terbaru mereka Can’t Stop sebelum disorak keluar untuk melakukan ‘encore’ sebagai penutup menerusi lagu Wake Up, Love Girl, dan Love Light.

Kembali fokus karier solo selepas promosi Can’t Stop
Dianjurkan syarikat IME Productions, CNBlue pada Jumaat lalu sempat meluangkan masa menerusi sidang media mengenai perkembangan terbaru serta berkongsi mengenai konsert itu sendiri. Jelas teruja dan tidak pernah jemu untuk datang menghiburkan peminat di Malaysia terutamanya, empat pemuda itu juga mengakui selepas menamatkan siri jelajah berkenaan mereka akan sibuk kembali dengan karier solo masing-masing.

“Semestinya kami sentiasa rindukan peminat di sini dan pernah bertandang untuk konsert Blue Moon tahun lalu, seperkara yang kami tahu adalah Malaysia sentiasa kami rindukan. Konsert ini sendiri istimewa kerana bukan saja akan memperdengarkan lagu baru malah ini adalah demi mengubat kerinduan terhadap peminat di sini.

“Selepas ini, kami juga akan kembali dengan agenda solo masing-masing dengan cabang seni lain termasuklah juga lakonan. Begitupun, kami tidak akan meninggalkan studio untuk menghasilkan karya-karya baru pula,” kata Yong-hwa.

Bercakap mengenai transisi muzik mereka yang jelas semakin bagus, petua utama band terbabit adalah sentiasa tidak pernah takut untuk melakukan eksperimen dan mengakui sentiasa terbuka dengan idea baru serta genre lain.

Overall yang Sally boleh cakap...Jangan samakan CNBLUE dengan artis kpop yang lain...dorang mmg tak menari..mmg dorang bukan jenis yang tukar baju 2-3 kali...yang dorang tau main instrument dan habiskan durasi masa 2 jam setengah tu untuk menyanyi dan jugak berinteraksi dengan peminat mereka...Sally mmg minat dorang sebab dorang nampak sangat energetic masa buat persembahan...persetankan dengan mereka yang tak kenal atau tak minat sebab dorang x menari...overall...they just a band...and I just loved to hear they played...and that is more than enough...

You Might Also Like

17 comments:

  1. Kita tak suka yang menari , rimas. Kbai ! Me love CNBLUE. Pengsan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Api tu la yang mahal kak...kitorang duduk bawah tu bau asap je :P

      Delete
  3. Wahhh memang gempak lah kan . Diorang punya appearance pun mantap . Kalau artis kpop lain kena mekap and tukar baju tapi diorang tak kisah . SALUTE !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bezanya dorang dgn kpop yg lain Nik..hihihi :)

      Delete
  4. Replies
    1. kan....yang penting dorang mmg rockers sejati :)

      Delete
  5. dan Yong Hwa buleh main banyak giler instrument...kagum tengok... eh eh, kantoilah minat jugak...heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! he is! kak sally adore dorang pun sebab dorang mmg pandai main instrument :)

      Delete
  6. nak minhyuk jer..bole x kasi? kak sally nak yonghwa kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik la ... kak sally pun tak owned dorang...muehehehe :P

      Delete
  7. Takpe kalau CNBlue yang tunjuk taring..Jangan Sally yang tunjuk taring..terkezuttt Yong Hwa nanti...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...sally ni kak...taring pun takde..LOL :P

      Delete
  8. Overall baca pasal artikel dalam surat kabar ni amboi memuji melambong CN BLUE.
    Hahaha...bangga kita. I LOVE CN BLUE~ Cuma My best frenz mengamuk sikit pasal xleh
    terima ayat ini....

    "Cuma di saat-saat akhir staminanya ada sedikit tergugat maklum saja menyanyi tanpa henti diselang-selikan oleh Jong-hyun".

    Mana ada Yonghwa macam tu dia maintain jer stamina dari awal sampai akhir okay sepak
    kang cayang cari siapa penulis ni geram plak kita "kata kawan kita.

    Huhuhu...sabar sabar....~ Lepas ditenangkan dia okay. Sabar je ler dgn bestfrenz kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puji tak puji jugak la kan...sebab dorang tak menari...semua macam malas nak cover je..hahahaha...

      orang yang tak kenal cnblue je yang akan judge mereka macam tu...kita yang selalu dengan mereka ni tau la kehebatan dorang macam mana...

      takpe la...ada orang yang tak paham... ^_^

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!