Apa itu Ice Bucket Challenge? ALS?


Sekarang ni menjadi viral di media sosial tentang #icebucketchallenge yang sedang dijalankan oleh selebriti-selebriti di dunia dan tak kurang juga daripada para menteri kita di Malaysia...Yang Sally pernah tengok antaranya ialah YB Khairy Jamaluddin.

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

The Ice Bucket Challenge is an event started by the ALS Association in order to raise awareness of ALS, also known as Lou Gehrig's disease, and to raise donations. If you're nominated, you must dump a bucket of ice water on you or donate money to the organization, which will go to funding the research to find treatments and a cure for ALS.

"Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) is a progressive neurodegenerative disease that affects nerve cells in the brain and the spinal cord. Motor neurons reach from the brain to the spinal cord and from the spinal cord to the muscles throughout the body. The progressive degeneration of the motor neurons in ALS eventually leads to their death. When the motor neurons die, the ability of the brain to initiate and control muscle movement is lost. With voluntary muscle action progressively affected, patients in the later stages of the disease may become totally paralyzed." - ALS Association

Pada pendapat Sally, tak salah sebenarnya apa yang dibuat oleh para selebriti kita dan juga beberapa individu di dunia ni...Walaupun mereka diberi pilihan sama ada untuk menerima cabaran atau membayar, tapi kebanyakkan para selebriti memilih untuk melakukan keduanya, menerima cabaran dan juga membayar $100 kepada yayasan ALS.

Setiap yang berlaku tu sentiasa ada pro and cons dia...berbalik kepada kita sendiri untuk berfikir apa yang perlu dilakukan...sokong atau tidak, derma atau tidak, semuanya berbalik kepada jiwa dan pendirian kita...Sally tertarik dengan statement daripada kak Fynn Jamal...

apa yang penting bukan persetujuan orang--
tapi justifikasi kita pada Tuhan.

Cuma bukankah agak kelakar--
Trending ni bagai terlalu tiba-tiba--
sebab nak kita lupa Gaza kita.

Walau cuma sementara.

Di Malaysia ni, sesuatu yang viral cepat je tersebar...kadang tu benda yang tak sepatutnya viral pun dijadikan sesuatu yang sangat diberi perhatian...kelakar, lawak kadang tu...entah la..persperktif orang takkan sama dengan kita..kan?


Antara beberapa selebriti KPOP yang Sally tau dah kena buat termasuklah Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, HAHA (Running Man cast), Jong Hyun (SHINee) dan tak lupa juga kepada abang-abang biru Sally, Jung Yong Hwa & Lee Jong Hyun...Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin pun kena jugak tapi mereka masih belum terima cabaran tu...so, kita nantikan jela ye..Walaupun kita rasa macam mereka ni buat untuk mengikuti apa yang orang lain buat...tapi mereka sebenarnya dalam proses untuk mengajak sendiri kita untuk menderma dan juga merasai apa yang mereka (pesakit) rasa...sebab daripada situ la akan timbul rasa tanggungjawab dan juga kita akan sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sihat...



Post a Comment

28 Comments

  1. Ohh..ingatkan sebab apa.. Hehe,tq bagi info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem dik oii...tau semua orang malas nak Google kan :P

      Delete
    2. Lalalala~ ingatkan ibc ni saja2 buat je,pastu nominated 3 orang.. Macam main tag2 orang tu,hehee..

      Delete
  2. Oh ade reason , ingatkan suka suka hati punya jirus.

    ReplyDelete
  3. dah agak dah kalau buat entri ni mesti ada sesuatu...ngeh ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  4. Oooh patut tengok ramai atlit barat dok buat.ingat ni cara terbaru nak tingkatkan stamina ke apa ke..baru tau

    ReplyDelete
  5. owh...ingatkan untuk apa la tadi...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  6. smlm dgr radio era..YB Khairy pun bt cabaran ais bucket ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally pun ada jugak tgk pagi tadi...YB KJ mmg selalu ikut keadaan semasa :)

      Delete
  7. Replies
    1. walaupun ramai yang buat, still ada yg x tau apa itu ALS...

      Delete
  8. Thanks info kak.
    Dah terjawab persoalan kenapa diorang kena mandi ais ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem dik oii...tau semua orang malas nak Google kan :P

      Delete
  9. oppa2 super junior dayah pun banyak yg dah sahut cbaran yg pling best heechul oppa cabar lee soon man hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli SuJu sape yang menderma ke yayasan tu...? Kak Sally tak sempat nak check...

      Delete
  10. tapi viral2 pun, still ada yg x tau apa itu ALS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal tu kadang-kadang rasa mereka buat sesuatu yang sia-sia bila orang tak faham motif sebenarnya...

      Delete
  11. Super Junior dengan EXO pun dah ramai yang buat.

    ReplyDelete
  12. beberapa hari ni asyik dgr ice bucket challenge ni lah.. tau pun dari allkpop lah. hahaha

    ReplyDelete
  13. apakah dengn cara seperti itu tidak sama dengan keterpaksaan gan?
    soalanya kan mau tidak mau seseorang itu harus melaksanakannya..
    terimakasih ;)

    sekalian mampir ke web kami http://tanjungherbal.com


    ReplyDelete
  14. katanya untuk menyumbangkan uang terhadap profesor yang sedang mengalami sakit yang cukup parah ya gan?
    terimakasih ;)

    klick here http://mobildatsunbandung.com/

    ReplyDelete
  15. mengapa di adakan bucket chalenge gan?
    makasih :D

    klick here http://veriska.com/

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!