Pedoman membeli makanan di Bazaar Ramadhan!

12:35:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments

Seorang sahabat sally berkongsi petikan daripada tazkirah Subuh oleh Ustaz Fawwaz Mad Jan. Sama-sama la kita cuba hayati...bukan la niat Sally nak menyekat rezeki mereka yang berniaga di bazaar tu...tapi tak salah kiranya kalau kita ambil berat tentang apa yang diperkatakan....



"Mintak tolong bila kita nak beli makanan yg kita nak makan waktu berbuka nanti kita tengok sama orang yg menjual tu macam mana. Kalau yg jual tu pakai kemas elok, yg laki pakai kopiah elok atau elok cara pemakaiannya, yg perempuan elok tutup aurat, cara buat pun cermat elok, time sembahyang dia berhenti sembahyang, kita yg tengok pun tak rasa was-was apa-apa, maka belilah kat dia.
Tapi bila yg menjual tu pun kelabu asap je, dengan yg lelaki pakai gelang rambut berwarna siap tercacak lagi, dgn yg perempuan pakai ketat, dah la ketat baju tu pulak lengan pendek nampak habih lengan dia, dengan tudung tak pakai, nasihat saya tak payah dok beli laa."

Pasal imam Ghazali ada berkata,

"Jika kamu nak tahu puasa kamu diterima Allah atau tidak, lihat siapa yang menyediakan makanan utk kamu ketika berbuka.."

Kalau yang sediakan makanan kita tu elok budi bahasa, bijak menjaga aurat dan menjaga imannya... InsyaAllah takkan terjejas puasa kita...kalau tidak, dikhuatiri puasa kita tidak diterima Allah...bukan tak sah tau...tak diterima...ada beza disebaliknya...Lecturer Sally sendiri selalu mengingatkan kami, pergi bazaar selain daripada nak cari juadah berbuka...jangan tarik pahala puasa orang lain dengan berpakaian yang tidak menutup aurat ataupun hanya membalut aurat...Sally bukan la alim...jauh sekali nak berlagak macam ustazah...tapi macam kita tau..bulan Ramadhan bulan untuk kita kumpul pahala...sebab semua yang kita buat Allah berikan ganjaran yang berlipat kali ganda...

Daripada mengurangkan pahala yang tak tau berapa dapat tu, baiklah kita tingkatkan amalan kita..okay?

You Might Also Like

17 comments:

  1. betol tu.. kena cri peniaga yg elok penampilannya. sy xgi bazar kat luar.. bazar dalam U ni aje, hehe.

    ReplyDelete
  2. kalau boleh cari yg solat, ni pose tp x solat pe cer kan..

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

    ReplyDelete
  3. lya baru sekali pergi bazar..lya kalau bli mkanan tgk prnjualnya juga he

    ReplyDelete
  4. Nice sharing Sally ! Lepas ni nak pergi bazar kene usha usha juga. ^^

    ReplyDelete
  5. tak selera lah tengok kalau peniaga pun tak terurus...inikan pulak makanannya..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak sally. parents saya pun slalu pesan jgn beli makanan kt org yang x solat, tindik sana sini

    ReplyDelete
  7. betul tu sally...kena jaga pandangan. lepas beli cepat2 balik.

    ReplyDelete
  8. cik akak dah berapa lama tak singgah bazar nie sally....
    puasa memang masak sendiri je :)

    ReplyDelete
  9. betul jgak tu sally, nk beli kena tngok jgak penjual tu mcm mna kan..:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sally, kita masuk bazaar beli sorang satu jenis lauk je. dah. pastu balik... hiiiihiii

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni, saya masak sendiri je.

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang sangat bermanfaat kak Sally.Ramai yang terlepas pandang pasal ni. :)

    ReplyDelete
  13. waaaa ada kaitan dgn siapa yg masakkan untk bbuka ke?? tak sangka..

    ReplyDelete
  14. Nice sharing sally ;) masak sendiri lg bagus kan..hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!