Koleksi Baju Kurung Moden 2014 Daripada 4 Fashion Designers Terhebat di Malaysia!

Haaa! Sape yang belum beli baju raya...? Raya dah dekat ni...ada yang nak beli tapi dah takde saiz yang sesuai...takde warna yang korang nak...takde design yang lagi rare daripada orang lain...? Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang sedikit hari lagi, terdapat pelbagai rekaan baju raya yang terkini boleh korang temui di pasaran. Apa yang pasti, pada tahun ini sekali lagi baju kurung moden menjadi pilihan para wanita untuk tampil bergaya. Rata-rata pereka fesyen dan butik-butik pakaian tidak melepaskan peluang ini dengan membawakan koleksi baju kurung yang cukup menakjubkan. Jadi, hari ni Sally nak ajak korang tengok koleksi baju kurung moden 2014 daripada 4 fashion designers yang terhebat di Malaysia!

1. JOVIAN MANDAGIE



Siapa yang tak kenal dengan Jovian Mandagie? Pereka fesyen muda yang berbakat ini merupakan nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jovian pernah memeriahkan industri fesyen tanah air dengan koleksi baju kurung moden LS for Jovian dan JLuxe pada tahun yang sudah. Tahun ini, Jovian sekali lagi menampilkan koleksi baju raya untuk anda yang menggemari hasil tangan beliau yang cukup teliti.



2. RIZALMAN
Dikenali sebagai pereka fesyen yang paling terkenal dikalangan selebriti tanah air, Rizalman juga merupakan salah seorang nama besar yang telah lama bertapak dalam industri fesyen Malaysia. Bagi tahun 2014, Rizalman turut membawakan koleksi baju kurung moden yang cukup elegan dan pastinya menambat hati anda!

3. MELINDA LOOI

Seterusnya adalah Melinda Looi, pereka fesyen berbangsa Cina yang cukup sinonim dengan rekaan baju kurung yang menawan. Melinda yang sentiasa mengetengahkan idea yang ‘fresh’ kini membawakan koleksi baju kurung moden Diana Danielle untuk anda yang bertubuh kecil molek!

4. SYOMIR IZWA 

Last but not least, Raya tahun ini juga turut dimeriahkan dengan koleksi baju kurung moden daripada Syomir Izwa! Pereka fesyen yang cukup terkenal dengan idea minimal ini hadir dengan koleksi pakaian yang berkonsepkan geometri untuk anda yang menginginkan kelainan pada Syawal 2014 ini.

So, kalau mereka merupakan semua ni merupakan favorite fashion designers korang, apa lagi...layari la laman web ZALORA Malaysia sekarang. Postage pun free sampai depan pintu rumah..tapi kalau pakai alamat office jangan la tunggu depan rumah pulak... Errr...Sally pun nak g usha jugak even takde saiz kan..hahahaha...Happy shopping korang!

Post a Comment

10 Comments

  1. cecantik kan desgi baju diorang,akak pun boleh cuci mata sahaja..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sally, lawa2 baju depa design ~~~

    ReplyDelete
  3. Lya just bli tudung je baju sah ada yg sponser ekkeeke

    ReplyDelete
  4. Ka alora mmg cantik2 tp mhl la sally....x mampu akak...huhu

    ReplyDelete
  5. ehhh macam promote zalora je . heheheh cantik yang rizalman punya . simple but cantik . heheheh

    ReplyDelete
  6. Semua vogue vogue tu! :D lama tak jenguk sini? apa kabare??

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
  7. Semuanya cantik2 ..maklumla designer hebat kan kan kan ..

    ReplyDelete
  8. Fashion designer saya promoter kat kedai jual baju jer. :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!