Iftar 2014 : Geng Sekolah Rendah 1997 - 2014

11:27:00 AM Sally Samsaiman 9 Comments

Kan dah kata akhir-akhir ni asyik berbuka kat luar je...hihihi...so, kisah makan lagi dan lagi...

Kali ni geng keluar makan, kawan-kawan masa zaman sekolah rendah...yup kawan yang kenal since tahun 1997...meaning that I am 7 years old okay at that time! hahahaha...actually ada few yang mmg kami kenal since zaman tadika sampai la ke sekolah menengah...lagipun Keramat tu bukan besar pun..hahahaha





Yang sedihnya bila Sally tersalah buat reservation...dengan yakin Sally ingat buat reservation dekat Wangsa Walk...tapi end up jadi ke e-curve pulak...sabar jela...yang tukang ambik reservation pun bukan nak double confirm...bencinya....masa sampai tu nasib baik la restoran ayam penyet masih kosong...kalau tak...makan kat kaki lima je...

-____-''

Lepas dah solat Maghrib...masing-masing tak nak balik lagi...yela...susah kot nak kumpul sekali...sebab ada yang belajar kat luar negara...dengan tugas hakiki yang bekerja, yang belajar...mmg susah nak kumpul semua...ini pun ada yang last minute tak dapat datang....

Lepas tu pergi la mengopi jap...mengopi kat kedai mamak je pun...sebab tak tau nak borak kat mana...





RINDU! tu je perkataan yang mampu nak ucap...ada yang dah 5-6 tahun tak berjumpa...ada yang mmg selalu jumpa...tapi biasa la...kalau kita dah membesar bersama...feeling tu lain bila kita bertemu balik...rindu yang tak dapat nak describe...

korang ada jumpa kawan-kawan sekolah lagi...?

You Might Also Like

9 comments:

  1. wah..sgt menarik.:) kuat lg ikatan pershbtan ...

    ReplyDelete
  2. wahhh..masih contact dgn kawan2 sek rendah??
    terbaik!

    ReplyDelete
  3. lama xreunion ni tengok pic ni hurmmm teringat zaman muda2

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..selalu gak jumpa kawan-kawan sekolah walau ramai dah beranak-pinak sekarang

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, untungnya kak Sally. Saya macam dah tak berapa contact dengan kawan-kawan sekolah rendah dah.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... sally,

    mselim3 dah lama tak jumpa member sekolah nie.. tak tahu bila nak jumpa masing2 dengan komitmen masing... Insaallah kena 'take time' nie... masing dah berkeluarga dan dok jauh... hehe

    mselim3

    ReplyDelete
  7. cecehhh banyak nya kak sally ni ada iftar.
    mesti pemes ni wiwiwi

    ReplyDelete
  8. seronok sangat tu. kita dulu try buat gathering tp ramai tak beri kerjasama, so terus merajuk taknak arrange dh

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak sally .. nik pun masih contact dengan kawan di sekolah rendah . Hampir 11 tahun dah berkawan .. Alhamdulillah sangat . memang lain sikit kalau persahabatan yang dah agak lama nie .

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!