Perihal duit yang anak-anak tak tahu.

1:40:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments

Ibu bapa - ayah, mak, papa, ibu, mama...rata-rata semua masih punya kedua...atau mungkin ada yang dah hilang satu, pinjaman Allah sementara...hari ni, jom kita hayati satu kisah yang bagi Sally...anak-anak sekarang kena tahu...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,

"Pakcik, laptop..." 

dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi,

"Nak beli untuk anak ke?"

"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah.

"Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je..."

Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut..

"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..."

Dia pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anak perempuannya.

"Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"

"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya,

"Yang nie ok ke dik?"

"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah...", jawabnya dengan muka yang kurang puas hati, nampak seperti anaknya menginginkan yang lain yang lebih mahal. 

"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, 

"Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" , tanya si ayah ragu-ragu..

"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..."

Sambut aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik aku menyambung lagi,

"Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar..yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warranty ada setahun."

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini."

Jawab anaknya pendek. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer,

"Cukup duit tadi dik?"

"Cukup, terima kasih ya..."

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan, setiap sekeping yang ada...RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50, cukup sehingga RM1,100. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya dan mungkin dengan penuh harapan kepada kejayaan anaknya. Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sally tak tau nak respon bagaimana, terkadang Sally terfikir...kesiannya pada ibu...lepas dia berpisah dengan arwah papa masa umur Sally 2 tahun...dia bekerja keras....siang malam hanya untuk siapkan keperluan Sally...terkadang perasan, tak nampak pun dia beli apa-apa untuk diri sendiri...mungkin ada, atau mungkin juga takde...Masa Sally nak masuk kolej untuk ambil diploma, dia orang yang paling sibuk..itu dah beli ke, ini dah ambil, itu dah sedia...sampai la akhirnya Sally mohon untuk sebuah laptop...Masa tu dia tak cakap apa, cuma cakap pergilah tengok, ajak kawan..cari yang mana elok...nanti boleh beli...Masa tu tak terfikir...setakat RM2000 apa la sangat kan...cuba bekerja sekarang, mau lelah fikir nak dapatkan RM2000 tu...

Sally tak dibesarkan dengan kemewahan, jadi Sally cepat cemburu dengan orang yang punya segalanya tanpa perlu usaha...sebagai contoh, kita bertungkus lumus untuk menyimpan duit untuk beli sesuatu yang kita hendak...tapi ada orang hanya perlu minta, dalam masa 2-5 minit terus dapat...tapi seperti yang Sally pernah kongsi sebelum ni dalam entry Cemburu? Iri hati? Lupakan jela......tak semua manusia tu bernasib baik...tak semua yang kita ingin dalam hidup mereka, mereka inginkan...mungkin mereka pulak yang cemburu melihat kita...hidup ni tak sempurna...

Anak-anak, adik-adik mana yang membaca, Sally harap...bertimbang rasa la pada ibu bapa kita...mereka dah cuba yang terbaik buat kita...tak semua mereka mampu bagi, tak semua mereka mampu beri...dan tak semua yang kita inginkan tu...kita mampu dapat...usaha...kalau ada rezeki kita, InsyaAllah...Allah akan berikan...kalau kiranya tak dapat...anggaplah Allah ada yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan iaitu apa yang kita perlukan.


Wanita yang sentiasa berada dibelakang...menjadi pelindung, pembimbing dan penasihat...

You Might Also Like

12 comments:

  1. setuju dengan sally. Betap besarnya pengorbanan mak ayah pada kita.

    ReplyDelete
  2. Sedih sangat. Reminds me of my dad. Selalu sangat serba salah bila minta ayah belikan something yang mahal.

    ReplyDelete
  3. Argh ! Sedih weh. Serious dulu kita macam ni , masa tak tahu cari duit sendiri lagi. Semua nak minta -- padahal tak dapat pun. Bila tak dapat mulalah nak sentap. Hahahaa. Tapi bila pikir sekarang , nak beli baju pun hazab ! T_T.

    ReplyDelete
  4. sedihnya .. kesian pakcik tu. serius sedihh..

    ReplyDelete
  5. sedih baca kisah ni akak.. barang2 semua dah naik harga, apa je yang parents kita dapat taburkan. zizie pun mcm akak, xde mewah2.. kalau nak bermewah, gunalah duit sendiri. duit dari parents, semuanya digunakan untuk makan. nasib baik kakak2 dah ada yang bekerja ringankan beban and me, coming soon.. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. sebab tu tak suka meminta. huhu.. biarlah mak ayah offer, tu pun fikir dua tiga kali.. kalau boleh jimat ambik yg paling murah. takut menyusahkan. huhu

    ReplyDelete
  7. Jangan sedih Sally coz setiap orang punya kehidupan yang berbeza, namun jangan jadikan kekurangan yang ada sebagai penghalang untuk lebih berjaya..

    ReplyDelete
  8. hihihi kak sally, berair mata qila baca TT_TT
    hehehe <3 betul sangat.
    sedih dgn certain kids nowadays.
    selalu buat parents mcm tu...
    tapi kan kak sally, ada yg anak yg tak tahu tau...
    tu lagi qila sedih. it's like parents yg taknak tunjuk diorang takde duit.
    so anak ni pun mintak je lah kerja nya.


    sigh!! ada kawan umi tu pun, mcm tak habis nak show off yg dia mampu.
    tapi apa lah salahnya say no hmm.
    sampai pinjam duit bagai, punya lah nak tunjuk dia ni kaya boleh beli apape je untuk anak.

    hehe qila tak minta banyak pun lah hihi
    mintak umi dgn abah panjang umur murah rezeki je T_T
    duit tu qila kumpul lah sendiri heeee :D <3

    ReplyDelete
  9. yayy dah jumpa ibu kak sally hihihi <3
    kirim salam!!! :D :D :D
    thanks kak sally for this entry <3

    ReplyDelete
  10. sedih...teringat ms study..nk beli laptop tp mcm biasa la..parents tak mampu..so diploma tanpa laptop..tp ok..kita faham..parents kita dh bt yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  11. terlalu bernilai pengorbanan mereka

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!