Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant.

11:12:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments


Pada 7 Jun 2014, Sally telah menerima pelawaan daripada Bangi Golf Resort Restaurant untuk mencuba menu bersempena bufet bulan Ramadhan tahun ini...Disamping diri sendiri, Sally boleh membawa 4 orang rakan lagi...mmg terbaik la dorang...Sally bawak Food Hunting partner Sally, Ain & Siddiq serta blogger kecil molek, Ayue Jean dengan pasangan dia..hehehe...





Antara blogger lain yang Sally sempat nampak tapi segan nak bertegur sapa...



BGR Restaurant akan menjalankan Buffet Ramadhan yang bermula dari 2 Julai sehingga 26 Julai 2014. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM. Buffet Ramadhan di BGR ini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga hampir 200 pilihan!



Sally yang datang makan dengan perut kosong pun boleh balik dengan hati yang girang kot! Muahahaha...sumpah la masakan dia semua sedap! Yang pasti jangan lupa serang bahagian dessert dia tau!









Buffet Ramadhan di BGR menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Cina serta kuih muih serta pencuci mulut yang digemari ramai. Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang memaparkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang. Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mata kita...fresh!





Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Hidangan ini kalau tak silap menjadi kegemaran blogger otai kita, abang Ben Ashaari..hehehe...Sampai ke instagram dia mmg jadi feeling oii makan.. Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, BGR juga turut menyediakan Beef Lasagna, Spaghetti with Chicken Carbonara Sauce dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.



Di sudut Malay Appetizer, Snacks & Main Courses pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Lemang dengan Rendang Daging, Cucur Udang, Karipap dan hidangan popular kegemaran ramai seperti Nasi Briyani, Nasi Ulam, Gulai Kawah Daging, Sambal Sotong dan Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api. Tapi Sally tak makan nasi, rugi la cepat kenyang..hahahaha...Sally rasa lauk je dan yang pasti mmg sangat original style masakan kampung!



Kalau dah namanya bufet, satu kemestian yang akan menarik perhatian ialah kepelbagaian jenis pencuci mulut dan kuih muih! Yang pertama, Aiskrim Pacojet mmg menarik perhatian Sally...Disediakan dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan, aiskrim ini dihasilkan menggunakan teknologi masakan yang sering digunakan di restoran fine-dining..Serius! mmg lain daripada yang lain...Sally suggest kat korang..Teh Tarik!



Bahagian kedua yang paling kerap Sally kunjungi ialah Spanish Churro ‘Live Station’. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kek dan buah potong yang disaluti dengan coklat tebal, buah-buahan tropika dan tempatan yang terpilih serta aneka kuih-muih. Memang la Sally rambang mata bila dapat makan pelbagai jenis pencuci mulut yang kecil comel macam Red Velvet Cake, Chocolate Fudge Cake, Crème Brulee Tartlet, Chocolate Mousse Sundae, Watermelon Lychee Jelly, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Sous Vide Pineapple Panna Cotta and Oreo Cream Cheese.



Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. BGR juga menyediakan sebanyak 500 tempat letak kereta tambahan yang dijangka siap menjelang bulan Ramadhan. Kemudahan lain seperti surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu. Jangan risau sebab kawasan dia mmg sangat selesa dan sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama rakan atau ahli keluarga...

Untuk tempahan boleh la hubungi mereka, sebab kalau buat tempahan awal, boleh dapat harga yang lebih murah...hehehe...

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Laman Web: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Emel: bgb.bangigolf@gmail.com

Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.

You Might Also Like

19 comments:

  1. harga nya berpatutan ... boleh pergi la nanti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon bawa sally sekali kak oiii..nak ikut!

      Delete
    2. tak payah la Qila..dok diam-diam..muahaha :D

      Delete
  2. kak sally xgtau pun g BGR.. umah iman kat area situ je seksyen 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Iman sayang...mana la kak sally tau dik...huhuhu..next time okay?

      Delete
  3. Wah wah wah wah Sally kenyang la nie ...Tak baik tau makan tak ajak akak ..hehehee ..

    ReplyDelete
  4. Huwaaa ruginya tak dapat pergi haritu. Amboii Sally kemain kenyang muka nampak. :P

    ReplyDelete
  5. Peh.. Makanannya sangat menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. Ala
    Kenapa xajak akak
    Sedapnya tgk makanan

    ReplyDelete
  7. rasa taknak balik pulak bila dapat makan kat situ...

    ReplyDelete
  8. semuanya nmpk tempting...bc pulak buah segar disaluti coklat tebal..terus terbayang2..aisehh..

    ReplyDelete
  9. pilihan makanannya ... dahsyat . kat sebelah jer . ada rezeki , sampai lah .

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, nampak sedap sangat ni! Rindu makanan Malaysia sangat sangat >.<

    ReplyDelete
  11. waaahhh.. byk ny makanannn !!!!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya....kalau akak dh lama meletup perut..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!