2014 CNBLUE Can't Stop Live in Singapore [Full]

Tarikh : 10th Mei 2014
Tempat : Singapore Indoor Stadium
Masa : 7pm
Gambar : Juliana Tan, Ang Chai Peng, Sally Samsaiman

Penantian selama setahun BOICE di Singapura (Nama kelab peminat CNBLUE) akhirnya tamat setelah pihak One Productions memberikan tarikh akhir kunjungan band Korea yang terkenal CNBLUE untuk konsert mereka, CNBLUE Can't Stop Live in Singapore. Konsert ini di jalankan bagi mempromosikan album mini mereka yang kelima, Can't Stop yang sudah mula terjual sejak pertengahan Februari lalu.



CNBLUE yang terkenal sebagai sebuah band yang tidak menari (abaikan tarian spontan Yong Hwa), tidak perlu meunjukkan tubuh badan mahupun menukar baju sekerap mungkin (kali ni untuk Encore sahaja) tidak pernah mengecewakan peminat mereka dengan aksi yang spontan dan gaya mereka yang membuatkan semua peminat menjerit keriangan sehingga tamat persembahan mereka yang berdurasi 2 jam 30 minit.

"The time is over" kata CNBLUE!



Konsert malam tersebut dimulakan dengan lagu The Time is Over melambangkan penantian setahun yang kini sudah berakhir. Yong Hwa yang senantiasa memberikan perhatian kepada peminat dan melayan mereka sebaik mungkin menunjukkan aksi yang akan menyebabkan semua peminat wanita tersenyum lebar. Terkenal dengan jolokan, "Cheeky Yong", Yong Hwa dan CNBLUE melanjutkan persembahan dengan lagu daripada album mini kelima mereka, "Diamond Girl" dan menukar lirik secara spontan kepada "Singapore, you're my diamond girl", yang menyebabkan hampir 7000 peminat di dalam stadium mula bersorak.

Keseronokkan malam tersebut masih lagi diteruskan dengan lagu-lagu yang telah disusun khas dan yang sangat diminati seperti, "I'm a Loner", "I'm Sorry", "Intuition", "In my Head", "Coffee Shop", "Lady", "Robot", dan semestinya lagu yang menjadi siulan kini, "Can't Stop".

"Like a Child" (Lee Jung Shin & Jung Yong Hwa)




Yong Hwa dan Jung Shin memang terkenal sebagai pasangan yang gemar bergurau...dalam kehidupan seharian sehingga ke atas pentas semasa membuat konsert. Keletah mereka yang seperti kanak-kanak menarik perhatian peminat. Ini diteruskan semasa mereka membuat persembahan encore bagi lagu "Wake up".


Jung Shin dan Yong Hwa menggunakan sepenuh masa mereka untuk melayan dan menghabiskan masa mereka dengan peminat. Tiada perkataan penat di dalam kamus mereka pada malam tersebut. Mereka cuba memberikan persembahan sebaik mungkin supaya dapat meninggalkan kenangan manis kepada semua yang datang pada malam itu.


Tindakan Yong Hwa yang spontan mengambil mini-headband dan terus memakainya semasa membuat persembahan sangat menarik perhatian dan lagak spontannya menggamit stadium untuk ketawa dan bergembira bersama mereka berempat. Flying kiss juga merupakan perkara yang paling sering dilakukan oleh Yong Hwa yang membuatkan ramai peminat perempuan yang tersenyum tanpa sebab yang kukuh.


Singapura dan makanan tradisi mereka, chili crab juga menjadi salah satu perkara spontan yang telah di jadikan bahan pada malam tersebut. Min Hyuk yang berada dibahagian belakang pentas kerana peranannya sebagai pemain drum, telah menggunakan sepenuhnya masa semasa sesi memperkenalkan diri untuk berinteraksi dengan peminatnya, sesi memperkenalkan diri oleh Min Hyuk sentiasa dipenuhi kisah makanan yang telah dicuba di negara yang dilawati. Teringat kisah semasa Blue Moon Tour di Malaysia tahun lepas, Min Hyuk gembira bila bercerita tentang Satay, Nasi Lemak dan sebagainya. Di Singapura juga tidak terkecuali apabila Min Hyuk dengan gembira bercerita tentang Chili Crab dan Pepper Crab dan Yong Hwa secara spontan menyanyikan lagu "Love Love Love, everybody crab crab crab (clap clap clap).." - Petikan daripada lagu "Love".

"Can't Stop" untuk alunan Piano Yong Hwa & Lunak suara Jong Hyun



Senarai lagu yang dimainkan pada malam tersebut termasuklah beberapa buah lagu yang muziknya agak perlahan seperti "Blind Love", "Teardrops in the Rain", "These Days", "Rain of Blessing" dan "Love Is". Alunan piano Yong Hwa dan suara lunak Jong Hyun, sebati dan sangat membuai perasaan pada malam tersebut. Walaupun berentak perlahan, namun masih lagi mampu menggamit stadium. Projek "Rainbow Sea" yang telah direncanakan oleh SGFC yang dijalankan dengan sokongan daripada semua yang hadir. Harus ditegaskan disini bahawa projek ini merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan, Syabas SGFC!


"Love" you Singapore - CNBLUE

Konsert kedua mereka di Singapura diterima baik dan memang dinantikan oleh semua peminat mereka. Ada juga yang datang daripada luar negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan juga Jepun. Kegembiraan ahli kumpulan CNBLUE dapat berkunjung kembali sangat ketara apabila mereka menolak untuk menggunakan khidmat penterjemah bahasa dan berusaha untuk berinteraksi dengan peminat mereka secara terus.


Min Hyuk yang berada agak kebelakang pentas tidak melepaskan peluang untuk berbicara dengan semua peminat walaupun hanya mampu mencuri masa untuk itu. Kesungguhan beliau sangat dihargai oleh semua peminatnya. Seperti kebiasaan, setiap kali berbicara, topik utama Min Hyuk merupakan makanan dan beliau menyambung kisah Chili Crab dengan menyebut makanan kedua yang disukai di Singapura, tofu.


Tiada istilah batasan perbezaan bahasa kerana Yong Hwa kerap kali terlepas cakap di dalam bahasa Korea namun masih ada lagi segelintir peminat yang sangat faham dan mula bersorak. Yong Hwa jugak turut meminta peminat bersorak dan ianya disambut baik oleh semua peminat dan Yong Hwa sendiri mengakui yang konsert malam itu sangat menggembirakan bagi mereka berempat.

"Try again Smile again" & "My Miracle"



Berikutan peristiwa tragedi Sewol yang berlaku di Korea, Yonghwa berkata ianya sangat terkesan kepada mereka dan berterima kasih diatas projek kedua yang dijalankan oleh pihak SGFC, "Yellow Ribbon Project" yang disedari oleh ahli CNBLUE bagi menghormati dan mengenang mangsa serta ahli keluarga mereka. Mengakhiri ucapan dengan berkata mereka berterima kasih kepada dunia kerana mendoakan keselamatan dan kerana turut mendoakan semoga semua mangsa ditemui dalam kadar yang segera, Yong Hwa juga berharap agar muzik mereka mampu memberi cahaya kepada mereka (mangsa tragedi dan keluarga) dan juga kepada para peminat mereka, dimana sahaja mereka berada.

Konsert yang berdurasi selama 2 jam 30 minit itu di tamatkan dengan lagu penutup "Love Light" disertakan dengan kilauan "Rainbow Sea Project" oleh semua hadirin yang datang. Peminat di Singapura juga berharap kumpulan itu akan sentiasa mengunjungi mereka untuk konsert di masa akan datang.



Post a Comment

27 Comments

  1. Oh mai! Oh mai! Rasa lain sangat baca liputan konsert Korea dalam BM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa Farah..? tak best ek..? :(

      Delete
    2. Bukan tak best la kak Sally. Okay je. Tapi rasa macam pelik sikit sebab selalu baca liputan konsert Korea dalam BI. Jarang orang tulis dalam BM.

      Delete
    3. sebab dah biasa dalam English la kak Sally buat dalam Bahasa... :)

      Delete
  2. Wah hebat Kak Sally.
    Sebenarnya saya kenal Min Hyuk je dalam CN Blue ni, sebab min hyuk berlakon dalam cerita The Heir. Heheh ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...biasa la tu...takpe..lama-lama nanti kenal la sorang-sorang kalau selalu g blog akak :P

      Delete
  3. meriahnya sally, walaupun sebelah je mama tinggal, tak dapek mama jumpa bakal menantu mama ni.. isk isk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama! kalau la sally boleh rakan 2 jam tu...Sally dah bg semua org tgk dah..hehehe...

      Delete
  4. walaweh.
    best lah kak sally.
    ayat sangat catchy gitew hihi.

    ReplyDelete
  5. bye-bye cn blue T_T
    till we meet again hihi

    ReplyDelete
  6. membaca sampai habis pun sudah dapat merasakan suasana masa tu ... klu buat kat malaysia , mau lagi byk kuar kat media nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak pun kak...sama macam last year...ada few je yang keluar..tu pun 8TV...

      Delete
  7. alaaahai ee tak tahu pape pasal cnblue ni. hemmm noob nya saya TT_TT

    ReplyDelete
  8. Entah bilalah boleh tgk konsert CNBLUE.. hee

    ReplyDelete
  9. wee..ini dah boleh masuk dalam newspaper ni Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...thanks Anim...InsyaAllah kalau ada rezeki :)

      Delete
  10. Hoiii hoiii , hilang terus monday blues baca entry ni. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoii hoiii...bagus la kalau takde dah Monday Blues tu!

      Delete
  11. Replies
    1. bangun kak! bangun! jangan pengsan dulu..hahahaha...

      Delete
  12. Huhuhu.. KL pun hujung benua, apatah lagi Singapura..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!