Segenggam Tabah.

12:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Lagu kat atas ni lagu kumpulan InTeam...actually dah lama dah Sally dengar lagu ni...since Form 4 or Form 5 Sally tak ingat...bila mana sally rasa nak menangis...sally akan dengar lagu ni...lagu ni ada one kind of power yang bagi sally ketenangan...lagu yang akan buat sally percaya yang sally masih boleh teruskan kehidupan walaupun hanya tinggal "segenggam tabah"...

Akan ada satu ketika yang kita rasa sampai dah tak mampu nak tahan derita...nak bercakap atau nak cerita kat orang...sape yang nak dengar..? Tak semua orang nak dengar apa yang kita nak ucapkan...Tak semua orang gembira bile dia menjadi tempat untuk kita meluah perasaan...Mungkin ada..tapi tak ramai....

Korang cuba  la dengar lagu ni ye...

You Might Also Like

6 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!