Perasmian SEDA Malaysia Low Energy Office (SEDA LEO) di Sabah.

Malaysia kini makin bergerak ke hadapan untuk menjadi salah sebuah negara yang menggunakan tenaga boleh baharu sebagai alternatif untuk mengurangkan pembakaran bahan api fosil yang kini menjadi antara bahan mentah yang semakin meningkat naik harganya di pasaran. Untuk mengurangkan pembakaran bahan mentah ini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi memantap dan membangunkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber tenaga kelima negara yang diaplikasikan daripada alam semulajadi seperti matahari dan sumber air.

Kredit : http://relakssminda.blogspot.com
Sejajar dengan itu, pihak SEDA kini maju selangkah lagi dengan membuka cawangan terbaru mereka di Likas Square Commercial Centre di Kota Kinabalu. Pembukaan pejabat SEDA Malaysia Cawangan Sabah ini adalah selaras dengan penyertaan Sabah dalam program Feed-in Tariff (FiT) yang bermula pada awal tahun 2014 yang akan melibatkan penyertaan daripada individu dan industri dalam pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Sabah. Pihak SEDA Malaysia juga telah mengumumkan pembukaan kuota Feed-in Tariff (FiT) untuk mereka yang berminat bermula pada awal bulan Mei.

Pejabat SEDA Malaysia Cawangan Sabah ini dikenali sebagai SEDA Malaysia Low Energy Office (SEDA LEO) bertindak sebagai cawangan bantuan kepada projek-projek terbaru Tenaga Boleh Baharu yang akan dijalankan di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan kuota sebanyak 65 MW yang akan merangkumi sumber tenaga biogas, biomass, biomas (sisa pepejal), hidro kecil, solar photovoltaic (PV) untuk kategori individu dan industri serta kategori terbaru yang diperkenalkan iaitu solar photovoltaic (PV) bagi masyarakat untuk tahun 2014 yang kini akan dibahagikan untuk Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau mengumumkan peruntukkan kuota bagi tahun 2014 semasa majlis perasmian pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) Cawangan Sabah pada 21 April 2014 yang lepas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web SEDA untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan jadual penyelarasan kuota seperti di bawah:

*Sila klik utk lebih jelas
Kerajaan kini memang mengambil serius dalam mengaplikasikan Tenaga Boleh Baharu yang sememangnya sangat berguna pada masa hadapan. Walaupun Malaysia masih lagi ketinggalan dalam teknologi ini berbanding negara-negara lain di dunia seperti China, India, Australia dan beberapa buah negara lain, namun bukanlah perkara yang mustahil jika suatu hari nanti Malaysia akan berdiri gah sebagai pengeluar dan pengguna Tenaga Boleh Baharu standing mereka. Kita yang akan menentukan hala tuju negara kita pada masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments