Buah Kundur.


Sebagai warga KL yang jauh daripada dusun mahu pun kebun, perkara yang paling pandai dibuat ialah minum atau makanan yang segera...hahaha..macam sally...Semalam masa g kedai dengan ibu, sally pun terjumpa la buah kundur..hahaha...ye, sally first time dalam hidup kenal buah kundur...bukan tak pernah minum air dia tapi tak pernah tengok live buah dia..paham tak..? Kat Malaysia ni nama lain dia buah beligu..okay, sally tak pernah tau...thank you!


Untuk pengetahuan korang, orang cina menggunakan isi buah kundur untuk dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, serta gula. Sebenarnya buah kundur sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga sebab buah ni mmg sejuk tapi tak digalakkan kepada orang yang demam, kang makin menjadi-jadi pulak demamnya...dan buah kundur juga sesuai untuk orang yang ada masalah nak buang air kecil. Daun muda, kudup bunga dan buah kundur muda pula boleh di masak.

Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea, sawan, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.
 

Orang di Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak. Bukan main banyak lagi kebaikkan buah kundur ni kan...sampaikan sally siap Google lepas jumpa buah kundur semalam...

Tapi serius la...sally mmg tak pernah makan buah kundur ni...paling jauh pun pernah minum air kotak Yeos je...hahaha...eh, korang ada pape buah yang jarang kita nampak tak..? yang ada kat Sabah Sarawak ke..? kita ni kan orang KL...tak tau pape...

Post a Comment

37 Comments

  1. tak pernah la makan buah kundur tu,minum air buah kundur dari yeos je...

    ReplyDelete
  2. "kundur" kalau dalam bahasa mama cik adalah tembikai..tapi kalau kundur kat kl tu kat sini panggil labu putih(hihihi terbalik pulak kan sally)cik memang selalu jumpa buah ne.Cuma kat sini bentuk nya bujur..Dan selalu masak sup campur dengan ayam..fuhhhh sodappppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sally rasa orang cina yg selalu masak kot...sbb dia bagi sejukkan badan..hehehe...

      Delete
  3. hii sally...acu kenal buah kundur dan suka minum air kotak kundur 2...mmg org cina suka buah kundur ni..acu tercari-cari gak resepi buat air kundur ni...sebab nak gak try buat sendiri...klu yg tau 2 share la ye dgn acu...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai acu! hehehe...rasanya kalau google ada kot...tapi air dia jadi hijau..tak jadi mcm yg segera salam kotak tu :D

      Delete
  4. heeeee qila kureng sikit air niii tapi umi suka gilaaaa hahahahaha.
    Qila pun tersuka sikit je hihihihi :D Kalau takde teh chrysanthemum qila beli teh kundur ni lah :D hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, kak sally geng dgn umi je..qilah pi jauh-jauh!

      Delete
  5. tak pernah jumpa buah kundur jual kat pasar.. :)

    ReplyDelete
  6. btl ckp cik puan tu..biasa d buat sayur..tapi lya tak pndai makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sally pulak tak pernah nampak..tapi tau la kalau dalam masakan cina mmg banyak... :D

      Delete
  7. Xpernah tgk jugak sally..hihi..makan apa tah lagi..tapi da try air yeos dia..xkena dgn tekak.huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa...nana tak suka ke..? sally suka gila air kundur tau!

      Delete
  8. akak xpernah minum ayaq kundur tu tapi selalu makan buah kundur .. hikhikhik

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. wasalam itah..hehehe...serius ke sedap kalau makan gitu je???

      Delete
  10. ermmm ... napa lain dalam gambar kotak air kan ... kotak air gambar ala2 timun gitu ... yang sally amik ni ala2 magga epal gitu ... huhuhuh guano nih!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg ada dia jenis.. Kadang dia besar kadang dia panjang.. Ikut jenis :)

      Delete
  11. erk..tak reti nak makan buah kundur

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan singgah sini dik Sally...akak buat sup sayur buah kundur ni...sedap tau...pena juga Diana masak jenis goreng2@tumis...sedap sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak diana..hehehe...yeke...sedap ek kak..? sally jenis tak suka kalau buah yg dimasak..hihi

      Delete
  13. Saya pun tak pernah tengok buah kundur. Selalu minum yang dalam tin je.

    ReplyDelete
  14. Xperna minom fresh air buah kundur ni.. rasa nya.. mmg xperna minom pon.. haha

    ReplyDelete
  15. akak tak pernah lagi makan buah kundur.. air kotak kundur yeos tu akak pernah minum..

    ReplyDelete
  16. Munirah pun tak pernah makan buah kundur ni :)

    ReplyDelete
  17. Sally mana nak belu buah kundur ini try cari gak kat pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kena tunggu musim jugak ni Maha...Sally beli ni kat Ampang

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!